20 Barang atau Peralatan Di Dalam Rumah Yang Anda Tak Tahu Ada “EXPIRED DATE” 2.0

Share

Kita memang tidak akan lupa untuk periksa tarikh luput susu, roti, telur dan barang make up. Tapi malang sekali, kita tidak langsung memberi perhatian kepada beberapa barang dan peralatan lain yang juga mempunyai “expired date”. Walhal, ada antara barang dan peralatan yang dah expired tu di gunakan terus menerus tanpa rasa risau risikonya kepada kesihatan.

Jadi, bagi anda yang dah baca artikel ni Impiana WAJIB kan anda untuk periksa 20 barang dan peralatan yang ada di sekeliling anda.

20 Barang atau Peralatan Di Dalam Rumah Yang Anda Tak Tahu Ada “EXPIRED DATE” 1.0 [klik sini] 

11. BRA 1-2 tahun
Apabila bra anda sudah mula hilang bentuk asalnya, longgar dan yang paling penting tidak selesa. Itu petanda wajib untuk anda menggantikan bra dengan yang baru. Tidak perlu tunggu ia mencapai tempoh luputnya 1 tahun

13.KASUT SUKAN
Apabila kasut sukan anda telah digunakan secara kerap dan telah mencapai jarak penggunaan 250-300 batu, sturktur nya sudah mula brubah terutama di bahagian tapak. Jika anda masih tetap menggunakanya, ia akan menyakitkan kaki anda

14. REMPAH 1-3 tahun
Rempah sama ada yang telah atau belum diproses seperti kayu manis, bunga lawang, cengkeh pelaga dan sebagainya akan mula hilang rasa dan aromanya apabila ia disimpan lebih dari tempoh 1-3 tahun. Namun lain bagi rempah yang telah diproses menjadi serbuk. tempoh expired nya lebih cepat iaitu 6 bulan

15. TEPUNG 6-12 bulan
tepung sama ada yang organik mahupun tidak hanya boleh di simpan 6-12 sahaja. Lebih dari tempoh tersebut, akan wujud parasit dan ulat tapung atau ada orang kata kutu.

16. PEMADAM KEBAKARAN 15 tahun
Jika terdapat sebarang kerosakan pada pemadam kebakaran anda seperti retak, berkarat, clip patah. Anda perlu selenggara dengan cepat.

17. PENYAMBUNG ELEKTRIK 1-2 tahun
Penyambung elektrik mempunyai capacity nya yang berbeza-beza setiap satu. Jika penggunaan berlebihan, ia akan mengakibatkan masalah litar pintas. Oleh itu, pastikan had penggunaan dikawal dan diselenggara baik setiap masa.

18. PENYEMBUR PEMBASMI KUMAN 3 bulan
Lepas tempoh luput sampai, penyembur pembasmi kuman akan sudah tidak berkesan lagi

19. PENCEGAH NYAMUK 2 tahun
Selapas 2 tahun, pencegah nyamuk sudah tidak berkesan lagi selepas ia di buka.

20. POWER SOCKET
Memang power soket dengan penyambung elektrik tak tertera tarikh luputnya. Tetapi pakar menasihatkan untuk anda menggantikan power socket setiap 4-5 tahun sekali bagi mengelak masalah litar pintas atau kebakaran di rumah. Paling penting, bila power soket anda sudah mula keras atau sukar di tekan dan mula bertukar warna, ia wajib di ganti baru.

Published by
Impiana