Setiap kali nak make over rumah dengan konsep yang berbeza, ramai beranggapan semua perabot perlu ditukar mengikut konsep yang telah ditetapkan untuk pastikan keseluruhan dekorasi menjadi. Betul tak? Sebenarnya tak perlu sampai macam tu, jika pandai mix and match dah banyak boleh jimat. Jika perabot tersebut langsung tak boleh sesuai dengan konsep dekor kediaman yang baru, apa kata kita lakukan tranformasi. Seperti laci, ia antara perabot yang orang akan fikir banyak kali sama ada perlu di beli baru atau pun tidak. Hal ini disebabkan oleh struktur laci yang masih kukuh.
Nak make over laci lama ni ada pelbagai cara, dari mudah dan yang paling susah. Kebiasaanya, kalau nak mudah boleh gunkan wallpaper sebagai kemasan baru permukaan laci. Selain itu juga, anda boleh gunakan teknik mengecat, stencil, lukisan tangan dan sebagainya. Berikut ida makeover laci lama yang boleh menjadi rujukan anda:
Ads
Ads
Ads
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Cadar dan selimut adalah antara fabrik yang susah untuk disimpan kemas di dalam almari. Bukan sahaja susah untuk menyimpan, malah sukar untuk dilipat kemas. Oleh itu, ada beberapa cara dan kaedah mudah untuk melipat dan menyimpan cadar dan selimut supaya sentiasa kemas.
Dapur adalah jantung bagi setiap rumah. Ia merupakan tempat di mana ahli keluarga dan kawan-kawan berkumpul bersama untuk memasak, makan, dan bersosial. Dan ruang tumpuan di dapur pula? Sudah tentunya kaunter pulau!
Kaunter pulau atau nama glamornya island counter merupakan salah satu elemen yang dapat meningkatkan praktikaliti di ruang dapur. Selain menjadi pusat tumpuan, ia juga dapat menambah ruang kerja sedia ada.
Buat anda yang sedang berkira-kira untuk membina kaunter pulau untuk ruang dapur, ada beberapa perkara yang patut anda tahu.
Jenis Pulau Terdapat dua jenis kaunter pulau iaitu kounter pulau kekal (fix island kitchen) dan kounter pulau mudah alih (mobile/cart wheel island kitchen). Kebanyakan akan memilih untuk memasang kounter pulau jenis kekal kerana ianya lebih mudah untuk dijaga berbanding jenis mudah alih. Kaunter pulau mudah alih menjadi pilihan terutamanya buat anda yang mempunyai kekangan ruang.
Rekabentuk Selamat Jika anda mementingkan aspek keselamatan di dapur, pilihan rekabentuk kaunter pulau separa bulat (semi-circle counter) adalah yang paling sesuai. Ia tidak berbucu serta runcing di bahagian hujung serta boleh mengelakkan dari berlakunya kemalangan semasa anda sedang sibuk memasak di dapur. Mungkin ianya tidak terjadi kepada anda, anak anda atau orang lain pasti menjadi mangsa.
Kepelbagaian fungsi Kaunter pulau dicipta untuk pelbagai kemudahan di dapur daripada hanya digunakan sebagai tempat makan serta penyediaan bahan masakan, ia terus dimajukan dengan fungsi lain seperti gabungan antara meja makan dan ruang simpanan (mempunyai rak dan laci), meja makan dan singki, akhir sekali, gabungan tiga komponen iaitu, singki, dapur memasak dan meja makan.
Zon Segitiga Dapur
Kepentingan mempunyai zon segitiga ini adalah ia akan menjadikan dapur anda lebih praktikal dan memudahkan pergerakan anda ketika berada di dapur.
Fokus Pada Kemasan
Kebiasaanya kaunter pulau akan menjadi pusat tumpuan utama di dapur anda, jadi ia adalah tempat terbaik untuk mana-mana penggunaan bahan countertop berkuali tinggi dan tahan lasak. Antara bahan yang sesuai termasuklah marmar, granit, atau terrazzo. Anda juga perlu pertimbangkan ciri-ciri yang akan menambah tarikan visual dan manfaat tambahan.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Rumah jenis teres intermediate (tengah-tengah) nak-nak untuk kos rendah mahu pun sederhana, mempunyai sirkulasi udara yang sangat terbatas. Sebab itu, ada sesetengah pemaju akan menyediakan satu ruang atau lubang udara. Kebiasaanya ia berfungsi sebagai internal courtyard atau bilik yang tersedia double volume.
Namun, air-cond bukan lah penyelesaian yang terbaik. Haba dan udara yang terperangkap di dalam kediaman masih tidak dapat dikeluarkan. Hal ini akan menyebabkan kondisi di dalam rumah meningkat panas.
Namun, seorang pakar elektrik berkongsi penjelasan dan penyelesaian mudah. Dengan hanya menggunakan kipas, udara panas yang terperangkap di dalam kediaman dapat dikurangkan dengan hanya menggunakan kipas.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.