Ramai antara kita yang cuba elak untuk membeli rumah sub sale. Kenapa? sebab biasanya tidak tahu cara dan ada yang beranggapan rekaan nya kurang menarik, busuk, buruk. Tapi kalau setakat design atau rekabentuk rumah sudah berusia dan nampak usang, tidak ada masalah. Cat dan kemas kan semula dan rumah tersebut akan nampak seperti baru.
Tapi ada juga yang kata, takut kena tipu dengan agen. Ok bagi mengatasi masalah ini, ikuti 21 langkah WAJIB ini sebelum anda membeli rumah sub sale.
FASA 1: Kenali latar belakang perunding hartanah (PH)
1. Hubungi perunding hartanah (PH) yang dilantik oleh pemilik rumah untuk membuat bayaran tempahan.
2. Semak dulu pendaftaran perunding hartanah (PH) yang dilantik.
3. Bermula tahun 2014, sudah mula berkuatkuasa di mana semua PH perlu mendaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir, dan Ejen Harta Tanah Malaysia (LPPEH).
4. Bagaimana ingin menyemak PH itu berdaftar secara sah atau tidak? PH yang berdaftar akan dibekalkan dengan tag nama yang mempunyai QR code oleh LPPEH.
5. Apabila kita scan QR code gunakan aplikasi di smartphone, maklumat lengkap PH akan terpapar di smartphone.
FASA 2: Peringkat dan cara pembayaran
6. Bila sudah buat keputusan untuk membeli rumah subsale, sediakan dulu duit tempahan awal (earnest deposit) sebanyak 3.5% daripada harga jualan.
7. Sebagai contoh, harga jualan rumah tu adalah RM300,000. Bermakna, earnest deposit yang perlu dijelaskan adalah sebanyak RM10,500.
8. Bayaran ini boleh dibuat dalam bentuk tunai atau cek (lebih baik) yang dikeluarkan atas nama syarikat PH yang dilantik. INGAT YA, ATAS NAMA SYARIKAT PERUNDING HARTANAH. BUKAN INDIVIDU
9. Kalau anda ingin buat pembayaran tunai, sila buat bayaran dekat pejabat berdaftar PH yang dilantik, dan dapatkan terus resit salinan rasmi.
10. Jangan sekali-kali buat bayaran tunai di luar pejabat PH yang dilantik untuk elakkan sebarang kejadian buruk berlaku.
11. Selepas bayaran dilakukan & telah mendapat resit rasmi, PH yang dilantik akan mengisi borang Agreement to Purchase.
Pembeli perlu tandatangan borang ini sebagai menyatakan persetujuan untuk membeli rumah tersebut.
FASA 3: Penyediaan dokumentasi
12. Perunding hartanah (PH) yang dilantik akan bawa borang Agreement to Purchase kepada penjual, untuk dapatkan tandatangan pengesahan persetujuan untuk menjual.
13. Kalau rumah tersebut atas nama dua orang pemilik, kedua-dua pemilik asal itu perlu turunkan tandatangan sebagai persetujuan.
14. Pemilik asal juga perlu serahkan salinan kad pengenalan dan S&P (Sales and Purchase Agreement) lama rumah tersebut untuk diserahan kepada pemilik baru.
15. PH yang dilantik, akan serahkan satu salinan Agreement to Purchase, kad pengenalan pemilik, dan S&P asal rumah itu kepada pembeli.
16. Pembeli seterusnya akan serahkan semua dokumen kepada lawyer untuk proses penyediaan S&P yang baru.
17. Tempoh yang diberikan untuk siapkan S&P baru adalah selama 14 hari bekerja.
FASA TERAKHIR: Bayaran akhir
18. Peguam akan maklumkan kepada pembeli dan penjual sebaik saja S&P sudah siap.
19. Pembeli perlu sediakan cek atas nama peguam dengan baki bayaran deposit (6.5%), selepas kedua-dua pembeli dan penjual tandatangan S&P yang baru.
Kemudian, peguam akan serahkan cek kepada penjual.
20. Pembeli diberi masa untuk uruskan loan dan selesaikan transaksi jual beli.
21. Semua transaksi selepas ni, akan diuruskan oleh peguam.
Sumber: gilahartanah.com