Setelah bermacam-macam cara dan petua hapuskan lipas yang dilakukan, pemuda ini mendapat tip paling berkesan dari neneknya sendiri!
Hanya dengan menggunakan TIGA bahan dapur yang boleh didapati di kedai runcit, Muhammad Ridhwan Abdul Rashid telah berjaya menangkap lebih 30 ekor lipas dengan percubaan pertama.
Bahan Yang Di Perlukan :
- Minyak masak terpakai
- Susu Pekat
- Marjerin
Campurkan ketiga-tiga bahan tadi dalam satu bekas dan letak di dalam kereta.
Biar semalaman dan bersedia untuk lihat keberkesanan petua nenek! Keesokan hari mesti anda boleh lihat berpuluh-puluh lipas yang telah mati terapung dalam bekas tersebut.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Rak Buku RM 14.90 Untuk Bina Kabinet Dapur Cantik Dan Kemas Macam Ni
Untuk memiliki ruang dapur yang cantik dan bersih sebenarnya tidak memerlukan perbelanjaan yang besar. Hanya gunakan rak buku RM14.90 untuk bina kabinet dapur cantik dan kemas.
Anda hanya perlu rajin untuk mengemas dapur anda, namun permasalahan tiada ruang penstoran atau kabinet dapur menyukarkan aktiviti mengemas dapur. Jangan risau, sebenarnya anda boleh buat sendiri kabinet dapur anda.
Shuhaimi Zulkefli telah menghasilkan sebuah kabinet dapur yang istimewa buat isteri tersayang. Shuhaimi tidak menggunakan barang yang mahal tetapi hanya menggunakan rak yang sedia ada dan akhir diubah menjadi kabinet dapur. Ruang dapur pasti akan kelihatan kemas dengan kabinet ini. Jom kita hasilkan, sangat mudah dan menjimatkan.
Anda hanya perlukan:
1) Rak Buku
– RM14.90 x 6 Biji
2) Steel Angle Brackets (Kedai D.I.Y @ hardware)
– RM3.60 (12 pcs)
3) Paku Dinding (tak pakai drill)
– RM1 (sebungkus)
JUMLAH PERBELANJAAN = RM94.00
Setiap rak, diletakkan dua 2 Steel Angle Brackets (atas dan bawah) tepat pada tulang tengah. Tingkat atas tidak perlu diikat.
Memiliki dapur yang lengkap dan cantik pastinya menjadi idaman setiap wanita diluar sana. Keinginan untuk memiliki kabinet dapur selalu terbantut apabila kos yang mereka tawarkan selalunya tidak cukup dengan bajet yang ada. Ini semua tidak menjadi masalah jika bijak menggunakan sesuatu yang boleh dijadikan sebagai rak serba guna.
Dengan hanya mengolah kembali rak ini agar menjadi rak dapur yang diidamkan. kabinet dapur cukup penting untuk dapur yang kemas dan teratur. Sistem penyimpanan di ruang dapur cukup penting.
Selamat mencuba semua!
Sumber Dari FB Shuhaimi.
Baca artikel juga : (VIDEO) Rak Tanaman Bertingkat Dari Batu Blok Pasir SUPER MUDAH
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Memiliki 3 Fungsi Kelebihan, SK magic Triple Care Dishwasher Adalah Pilihan Terbaik Untuk Anda
Ada di kalangan anda yang masih mencari Dishwasher atau mesin pencuci pinggan mangkuk yang sesuai untuk anda dan keluarga? Sememangnya terdapat pelbagai pilihan mesin pencuci mangkuk di pasaran tetapi yang manakah paling sesuai dan terbaik untuk anda miliki?
Jangan risau, kami dari team IMPIANA ingin kongsikan kepada anda pilihan terbaik mesin pencuci pinggan mangkuk keluaran jenama SK magic Triple Care Dishwasher yang sememangnya berkualiti yang seharusnya menjadi pilihan utama anda!
Mesti anda tertanya tanya mengapa SK magic Triple Care Dishwasher merupakan pilihan yang terbaik untuk anda kan? Untuk pengetahuan anda, mesin pencuci pinggan mangkuk keluaran jenama SK magic ini mempunyai kelebihan dengan tiga fungsi yang berteknologi tinggi.
SK magic Triple Care Dishwasher ini dilengkapi dengan tiga fungsi pencucian (Triple Care) iaitu membersih, mengeringkan dan pantulan pensterilan UV (Wash, Dry & UV Sterilisation). Ini bermakna anda boleh memiliki semua fungsi pencucian yang lengkap dalam satu mesin!
Untuk memberikan tahap kebersihan pencucian pinggan mangkuk yang maksimum, SK magic Triple Care Dishwasher dilengkapi dengan fungsi kaedah pencucian secara menyeluruh (Wide Moving Wash) dan pengeringan dwihaba (Dual Heat Drying) untuk mencegah bakteria sekunder pertumbuhan daripada kelembapan.
Selain daripada itu, fungsi pantulan pensterilan UV berupaya untuk penyingkiran 17 jenis bakteria dan virus yang berbahaya pada pinggan mangkuk anda. Fungsi ini amat penting dan sesuai bagi keluarga yang mempunyai kanak-kanak, warga emas dan ahli keluarga yang mempunyai sistem penghadaman yang sensitif.
Selain daripada itu, SK magic Triple Care Dishwasher juga telah direka dengan teknologi mendapan air bersama alat penapisan yang membolehkan proses pencucian lebih bersih.
Di samping itu, ia juga direka dengan sistem motor yang berteknologi Inverter. Jadi, anda tifak perlu bimbang jika ia menggunakan kuasa elektrik yang tinggi. Ini kerana, teknologi Inverter yang ada pada SK magic Triple Care Dishwasher boleh menjimatkan kadar penggunaan tenaga elektrik
Untuk pengetahuan anda, sistem motor yang dilengkapi dengan fungsi Inverter ini juga mempunyai tempoh jaminan selama 10 tahun. Menarik bukan?
Lebih menarik lagi SK magic Triple Care Dishwasher juga didatangkan bersama sabun pencuci pinggan mangkuk yang akan diberi secara percuma setiap 4 bulan. Dengan formulasi dari 100% bahan Gred 1 yang berkualiti, ekstrak minyak oren asli dan tanpa bahan pemutih tambahan sememangnya lebih selamat untuk seisi keluarga.
Melihat kepada kecanggihan setiap fungsi & kebolehan yang ditawarkan oleh SK magic Triple Care Dishwasher ini, sudah tentu ia nya sangat sesuai untuk dijadikan hadiah buat para isteri dan ibu bapa. Pasti kesayangan anda tersenyum lebar malah urusan harian mereka juga akan menjadi lebih mudah dan paling penting sangat selamat! Jangan risau tentang poket anda kerana SK magic sentiasa menawarkan bayaran bulanan “rent to own” serendah RM99/sebulan dan SK magic Triple Care Dishwasher akan menjadi milik kekal anda.
Untuk informasi dan maklumat lanjut mengenai mesin pencuci pinggan mangkuk SK magic Triple Care Dishwasher ini, anda boleh layari di laman sesawang https://shop.skmagic.com.my/dishwasher atau ikuti di laman media sosial rasmi SK magic di Instagram, Facebook, YouTube dan TikTok.
Jika anda ingin melihat produk ini secara dekat atau mengetahui lebih lanjut bagaimana mesin pencuci pinggan mangkuk SK magic Triple Care Dishwasher berfungsi, jangan lupa untuk menonton rancangan CASA IMPIANA yang dibawakan khas oleh SK magic.
Rancangan CASA IMPIANA yang akan bersiaran pada setiap hari Ahad, jam 7.30 malam di saluran Astro Ria.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Baca artikel berikutnya: Dekorasi Berkonsepkan Yang Nordic Japandi, Membolehkan Rumah Tampak Elegan Di Hari Raya Aidilfitri
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Kreatif! Hampir 99% Hiasan Dalam Rumah Ni Pemilik Buat Sendiri.
Tiada apa yang lebih memberi kepuasan di hati selain melihat ruang kediaman indah dihias dengan air tangan sendiri. Bukan harga jadi taruhan apatah lagi perabot mewah bergemerlapan. Sederhana itu bagaikan satu ramuan mujarab menghias kediaman ruang terhad. Ruang dihias bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi satu persembahan kasih sayang untuk seisi keluarga. IMPIANA ke apartmen unik dengan dua kamar beradu jadi taruhan untuk pemiliknya melakar kreativiti menata hias dengan sepenuh hati.
Melangkah masuk ke kediaman pasangan suami isteri ini, Azman Ahmad dan Augustina Early, mata umpama dijamu dengan sentuhan seni yang tidak berkesudahan. Ruang tamu yang mempunyai keluasan sekitar 10 kaki + 20 kaki di dominasi dengan ilham hitam putih. Pandangan mata dengan pantas mendarat ke arah visual besar yang memainkan peranan sebagai feature wall ruang tamu. Menurut tuan rumah, visual tersebut disiapkan oleh pelukis muda Harith Daniel iaitu anak saudara Azman sendiri. Merupakan eksperimen sulung beliau dan kerja-kerja melukis mengambil masa hampir seminggu untuk disempurnakan.
“Saya merasakan perlu ada satu visual yang ringkas tetapi menarik menjadi pemancing mata di ruang ini. Tetapi bukan kertas dinding atau gambar. Saya mahukan sesuatu yang lebih dalam impaknya pada ruang tetapi tampil harmoni. Anak saudara saya memberi beberapa idea tetapi kami sepakat mahukan pemandangan ringkas, lorong di deretan kedai yang mempunyai satu nilai estetika tersendiri, ” ujar Augustina.
Lakaran perspektif itu juga diberi sentuhan minima hitam dan putih. Ini bertujuan agar elemen garisan yang ada memberi kesinambungan dengan idea hias ruang utama secara keseluruhan. Azman sendiri tidak menyangka, sentuhan mural yang bersaiz 10 kaki x 9 kaki tinggi memberi impak yang luar biasa pada ruang. Harmoni pula dengan hiasan kraf lain yang dibuat sendiri oleh tuan rumah.
DUA KAMAR DIHIAS MOLEK
Sederas masa berlalu, anak-anak mula membesar dan sudah bijak membuat keputusan juga cita rasa. Augustina menyatakan, sejak kecil lagi suaminya mahu ruang kamar bakal cahaya mata mereka bertemakan ‘Rock Star’. Jadi tidak hairan kamar anak-anak dicat hitam dan hiasan dinding seperti perkataan ‘Rock Star’ dibuat sendiri dengan kotak sarapan kepingan jagung. Begitu juga rak yang diperbuat daripada skate board yang bertindak sebagai para-para dan papan luncur tersebut juga masih boleh digunakan. Antara hiasan lain yang menarik perhatian sudah pasti kraf gantungan gitar yang diperbuat daripada kertas berkilat. Di sekitar katil dua tingkat ini juga dihias dengan beberapa hasil ilham Augustina seperti bekas menyimpan permainan kecil yang comel dan unik.
Melihat biasan kamar beradu utama pasangan ini, hati bagaikan teringat rona denim dimamah masa. Sesuai benar dengan elemen kreatif yang begitu banyak menghiasi ruang. Hasil usaha tangan dan minda Augustina. Menurut Azman, mereka telah mencampurkan cat biru muda bersama putih agar warnanya lebih nampak berkrim dan lain daripada yang lain. Usaha dan kreativiti pasangan ini ternyata mendapat hasil yang begitu luar biasa moleknya. Apatah lagi apabila ruang disimbahkan dengan pencahayaan semula jadi dan perhiasan rona sedondon serta bunga mawar buat pembangkit seri. Dari bangku yang merangkap meja sisi, botol perhiasan, perhiasan dinding, bekas serba guna ala beg kertas dengan corak bulu mata, semua dibuat sendiri oleh wanita yang mempunyai darah campuran Filipina ini.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI