Ini antara masalah utama yang dihadapi oleh kaum wanita. Ada segelintir tudung atau material shawl yang digunakan akan meninggalkan kesan solekan atau tompokan seakan minyak walaupun telah dicuci berkali. Ini antara isu yang paling sensitif dan kerap i beri perhatian oleh wanita. Bila dah cuci beberapa kali namun masih meninggalkan cela, jawabnya memang dibuang sahajalah tudung tersebut.
Bagi mengatasi masalah ini. ada teknik dan kaedah yang tepat untuk menanggalkan kesan solekkan dan peluh pada tudung anda. ikut cara dan langkah yang perlu anda lakukan.
CARA CUCIAN 1
1. Ambil bedak powder (tak kisah apa jenama) dan taburkan pada kawasan tudung yang ada kesan tompokan minyak tadi. Letak seberapa banyak.
2. Kemudian biarkan sekejap, biarkan mesra sabil gosok lembut dengan jari bedak yang ditabur pada tudung.
3. Setelah mesra bedak dalam material tudung, barulah cuci macam biasa. Rendam dengan sabun sekejap dan bilas.
4. Jemur macam biasa dan tunggu kering. Insya-Allah kesan minyak akan hilang.
CARA CUCIAN 2
1. Cuci tudung dengan shower cream. Kemudian tambahkan bahagian yang terkenak peluh itu dengan baking soda dan guna berus gigi.
2. Gosok perlahan-lahan dan jangan risau, tudung tidak akan rosak jika menggunakan campuran dua bahan ini.
CARA CUCIAN 3
1. Rendamkan dengan air panas
2. Jangan basahkan tudung, gosok dengan “sabun mandi” terlebih dahulu.
3. Sapu bedak supaya ia meresap kesan minyak.
4. Sapu dengan majerin, biarkan seketika dan basuh seperti biasa
5. Campurkan showercream+bakingsoda dan berus tompok dengan berus kecil. Cara ini boleh juga digunakan untuk hilangkan foundation pada tudung.
p/s: kalau boleh elakkan basuh tudung dengan mesin basuh, sebaliknya gosok lembut sahaja untuk menjaga kualiti fabrik.