Pokok cili antara tanaman yang rumit dan kerap di ancam perlbagai penyakit tidak kiralah berpunca daripada serangga, kulat dan virus. Tapi bila dah kena jangkitan virus, apa pun tanaman tidak mudah dirawat. Lebih baik musnahkan sahaja daripada berjangkit ke tanaman laian. Masalah kerinting daun memang paling digeruni oleh petani dan pekebun cili. Selain berpunca daripada virus CMV (Cucumber Mozaic Virus), masalah kerinting daun pada pokok cili juga boleh di sebabkan oleh serangga halus yang dipanggil thrips.

Thrips menyerang hampir semua jenis tanaman. Kebiasaanya, thrips jenis Parvispinus yang akan menyerang pokok cili. Ia akan menyerang bahagian daun terutamanya di bahagian pucuk, kudup bung, bunga dan buah. Daun yang dierang thrips akan merekot atau kerinting. Terdapat juga bahagian yang telah lama menjadi habitat thrips akan bertuakr menjadi coklat.

bagi buah yang diserang thrips pula akan rosak dan berbentuk tidak sempurna. Paling teruk, buah akan gugur sebelum sempat dituai. Hal ini berlaku disebabkan oleh masalah penyakit sampingan di mana kulat mula wujud di bahgain bekas serangan thrips.

3 Cara Untuk Kawal Masalah Daun Kerinting Dan Buah Tak Menjadi Pada Pokok Cili Yang Berpunca Daripada Thrips

Ads

3 Cara Untuk Kawal Masalah Daun Kerinting Dan Buah Tak Menjadi Pada Pokok Cili Yang Berpunca Daripada Thrips

3 Cara Untuk Kawal Masalah Daun Kerinting Dan Buah Tak Menjadi Pada Pokok Cili Yang Berpunca Daripada Thrips

Ads

PEMBASMIAAN SECARA MEKANISMA
Menggunakan benih yang bersih, rumah semaian yang tertutup. Tanaman yang diserang segera dicabut dan dibakar untuk mencegah penyebaran.

Ads

PEMBASMIAN SECARA KIMIA
Lakukan semburan pada tanaman dengan racun serangga dengan bahan aktif IMIDACLOPRID. Aturan semburan dan dos haruslah mengikut pengilang yang menghasilkan racun tersebut. Sediakan 2 atau 3 jenis racun untuk digunakan secara selang seli bagi mengelakkan rintangan racun pada serangga.

PEMBASMIAN SECARA ORGANIK
Tumbuk 5 ulas bawang putih, bawang merah, lengkuas, dan halia. Rendam dalam 10 liter air yang dicambur 20 ml sabun cecair. Tapiskan dan boleh digunakan untuk semburan pada semua bahagian pokok.

3 Cara Untuk Kawal Masalah Daun Kerinting Dan Buah Tak Menjadi Pada Pokok Cili Yang Berpunca Daripada Thrips

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI