Memiliki sebuah rumah atas nama sendiri menjadi impian setiap orang. Tapi selalu kita dengar alasan tak mampu walaupun gaji RM 3K sebulan. Nak tahu kenapa anda tak mampu?
Orang tak mampu beli rumah terpecah kepada beberapa golongan:-
1. Asyik complain harga rumah mahal. Tapi tak tahu pun dia sebenarnya layak je nak beli dengan gaji dia. Tapi tak tahu nak kira kelayakan.
2. Asyik complain harga rumah mahal, sedangkan dia asyik tengok rumah idaman. Rumah idaman semua orang memang mahal. Yang murah ialah rumah mampu milik.
Kalau search kat mudah, julat harga ada dari puluh ribu sampai ratus ribu. Kena rajin je nak pergi melawat.
3. Asyik complain tak mampu beli rumah, tapi beli kereta mahal berhutang, beli handphone mahal berhutang, duit setiap bulan habis pergi jalan, shopping barang baru dengan korek duit simpanan. Kalau matlamat jelas, boleh disiplin, boleh je nak kumpul duit bayar deposit rumah.
Jaga DSR. Kalau loan pun dah bertingkek tingkek (kata WARIS dalam lagu dia), jangan la mimpi nak beli rumah idaman.
Tak semua orang Allah rezekikan harta dan ilmu. Cuma jangan merungut, teruskan usaha dan kalau tak mampu beli rumah, tak salah pun untuk menyewa.
Sumber: Hannan Shawalludin
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Cipta Kisah Hidup Baru Anda di Kediaman UNA Di Tengah Nadi Kuala Lumpur
Memiliki sebuah kediaman idaman di tengah kota bukan lagi mustahil pada masa kini. Cipta kisah hidup baru anda di kediaman UNA di tengah nadi Kuala Lumpur.
Apartment Servis UNA oleh Selangor Dredging Berhad (SDB) yang baru siap dibina yang terletak di Jalan Peel di Kuala Lumpur melambangkan nadi ibu kota Malaysia yang meriah dengan lokasi serta menang dan menarik dengan ciri uniknya – menjadikannya tempat tinggal bandar yang ideal untuk menulis kisah hidup anda.
Baru-baru ini seorang pembeli menerima kunci kondominiumnya, berkongsi rasa gembira bahawa projek ini telah disiapkan dengan teliti, dan memanggilnya ‘Menara Empire States yang bergaya’ di kawasan Bukit Bintang.
“Dengan wang yang mencukupi, sesiapa sahaja boleh membeli rumah, tetapi tidak semestinya rumah yang berkualiti – lebih-lebih lagi oleh pemaju seperti SDB,” katanya, sambil menambah bahawa dia percaya pembeliannya akan dihargai dalam tempoh lima tahun akan datang.
Terdapat sebab yang baik untuk keyakinannya, bermula dengan banyak kemudahan dalam jarak berjalan kaki. Malah, di seberang jalan dari UNA ialah Sunway Velocity Mall, manakala destinasi membeli-belah dan kedai-kedai lain yang berdekatan termasuk IKEA, MyTown dan AEON Taman Maluri membuat lokasi ini menjadi lebih strategi dan berbaloi.
Selain itu, kira-kira 3 km dari UNA adalah antara lain, Pavilion Kuala Lumpur dan Jalan Bukit Bintang serta Kenanga Wholesale City. Pada masa hadapan, tanda tempat menarik lain yang akan dibuka termasuk Merdeka 118, The Exchange TRX dan Mitsui Shopping Park Lalaport KL – semuanya dalam radius beberapa kilometer.
Lokasi strategik UNA adalah bonus untuk penduduk yang bekerja di Kuala Lumpur dan di seluruh Lembah Klang. Pengangkutan awam seperti stesen MRT Maluri dan Cochrane dan beberapa perhentian bas Rapid KL berdekatan, begitu juga lebuh raya utama seperti SMART, MEX dan BESRAYA.
Mercu tanda UNA setinggi 46 tingkat yang sangat luas adalah mercu tanda paling tersendiri di sepanjang Jalan Peel dengan ciri unik dan konsep seni bina dengan tetapan gaya bandar.
Ketua Jualan dan Pemasaran SDB Khong Wei Chung berkata bahawa UNA menunjukkan kepercayaan pemaju butik bahawa kehidupan berkualiti bermula dari rumah dan pertimbangan yang menggalakkan untuk perancangan dan kerja pembinaan telah dilaksanakan untuk memastikan matlamat ‘rumah berkualiti’ dipenuhi.
“Ruang yang dikonfigurasikan dengan baik adalah salah satu ciri utama UNA, terutamanya untuk pasangan muda dan keluarga,” kata Khong, sambil menambah bahawa setiap apartmen mempunyai susun atur rectilinear untuk menghapuskan ruang yang tidak digunakan, bersama-sama dengan balkoni utilitarian, dan panel tingkap yang luas yang membolehkan untuk penembusan cahaya semula jadi dan pengudaraan.
Apatah lagi, terdapat hanya sembilan pangsapuri di setiap tingkat ini berfungsi untuk memastikan penduduk dapat melarikan diri ke dunia peribadi mereka.
Penduduk juga dikelilingi oleh kehijauan dengan tumbuhan dan bunga yang banyak ditanam di kolam renang luaran, taman langit dan kawasan komunal lain selaras dengan konsep ‘spatial sanctuary’ UNA.
“Idea di sini adalah untuk penduduk menikmati kedamaian dan ketenangan seolah-olah mereka berada di beberapa oasis bandar,” kata Khong. “Semua kawasan ini diselenggara dan dibersihkan setiap hari.”
Keseluruhan keselamatan dan keselamatan terjamin dengan ciri optimum. Setiap apartment dilengkapi dengan interkom yang disambungkan ke lobi pintu masuk utama dan pejabat keselamatan.
Kad kunci akses membenarkan penduduk memasuki aras unit lantai dan kawasan umum sahaja. Ciri-ciri keselamatan lain termasuk CCTV sepanjang pembangunan dengan pengawal keselamatan bertugas 24/7. Secara keseluruhan, terdapat lima peringkat keselamatan.
“UNA terletak di kawasan kejiranan yang agak selamat,” kata Khong. “Kawasan sekitar cenderung terang benderang manakala balai polis bersebelahan.”
Sehingga kini, kira-kira 90% daripada projek itu telah dijual. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Pangsapuri Servis UNA, sila hubungi 03-9212 8333 atau layari www.unabysdb.com.my.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Selangor Dredging Berhad, layari laman webnya di www.sdb.com.my atau ikuti mereka di media sosial di:
Facebook : @selangordredgingberhad
Instagram : #selangorredging
LinkedIn : www.linkedin.com/company/selangor-dredging.berhad
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Bina Villa Di Langkawi, BLACK HANIFAH Kumpul Hartanah Demi Masa Depan!
Selain menjadi tempat kediaman, rumah juga merupakan pelaburan yang menguntungkan. Begitulah langkah bijak yang diambil oleh penyanyi Black Hanifah dalam menaik taraf kehidupannya.
Tidak dilahirkan dalam keluarga kaya dan mewah menyebabkan pelantun lagu Teman Pengganti ini berusaha keras meraih kesenangan hidup sehinggalah berjaya mengumpul beberapa aset demi masa depan. Tahniah!
Baru-baru ini, nama Black kembali menjadi bualan apabila dia membuka sebuah villa peranginan di Pulau Langkawi, Kedah yang dikenali sebagai Rindu D’Villa. Khabar gembira itu dikongsikan Black sendiri di Instagram miliknya sebelum ini dengan menunjukkan setiap perkembangan pembinaan villa berkenaan.
Villa sempena nama puteri kesayangan
Lebih manis, dia menamakan villa itu sempena nama puteri kesayangan iaitu RIndu Dayyana. Rindu D’Villa dibina berkonsepkan Bali yang terletak di Cow Hill, Kedawang, Langkawi mengambil masa kira-kira tiga bulan.
Jelas pemilik nama Hanifah Md Hanafiah ini, Rindu D’Villa dibina Black sendiri dan dibantu empat pekerja yang dibawa dari Kuala Lumpur.
Dia yang kini berusia 36 tahun berkata Rindu D’Villa sudah bersedia menerima kunjungan tetamu dan tempahan sudah mula dibuka pada bulan Mac.
Pelaburan Masa Depan
Difahamkan, Black juga tidak menolak kemungkinan bakal menambah villa di sekitar lokasi tersebut pada masa depan kerana menganggap ia satu pelaburan yang baik untuk masa depan keluarga.
Saban tahun, pasti ada aset baru yang dimiliki anak seni ini. Januari tahun lalu misalnya, Black berkongsi proses ubah suai kediaman dua tingkat miliknya yang serba moden dan eksklusif.
Pada tahun 2019, dia dilaporkan menghadiahkan ibu bapanya banglo dan tiga chalet iaitu D’Sawah Chalet di Kupang, Baling, Kedah yang harganya dianggarkan mencecah RM200,000!
Black menjelaskan kediaman itu dibina atas tanah milik bapanya selepas mereka berhasrat menetap di kampung.
Bagusnya Black, pandai kumpul aset hartanah!
Mesti Baca:DIY Cat Top Coating Guna Teknik ‘Stencil’, Berseri Lantai Driveway Rumah!
Baca Lagi Di Sini:Cara Yang Betul Cat Dinding Luar Rumah, Barulah Cat Tahan Lebih Lama
Artikel Menarik:Tak Perlu Pakai ‘Roller’ Cat Lagi, Guna Mesin Penyembur Cat Ini Lebih Mudah & Cepat
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Belanja RM30k Dekor Apartmen Dengan Rona Hijau Segar
Menghias kediaman baru sememangnya memerlukan kesabaran yang tinggi kerana prosesnya bukan semudah yang disangka. Selepas layout planning dan pecahan bajet, pemilihan konsep dan warna juga merupakan perkara yang perlu dititikberatkan. Seperti yang dilakukan pada apartmen 3 bilik ini, pemilik menggunakan warna hijau dan putih untuk menyempurnakan lagi konsep tropikal yang dipilih.
Menurut Puan Hanisah Zakaria atau lebih mesra dipanggil Anis, kediaman berkeluasan 850 kaki persegi ni baru sahaja didiami sejak 11 bulan yang lalu. Kos mengubahsuai dan menghias kediaman yang terletak di Setia Alam, Selangor ini pula dianggarkan memakan belanja sebanyak RM30k. Menurut pemilik yang sudah mula mendeko sejak dua tahun yang lalu, rata-rata idea yang didapati dan diolah adalah melalui hasil rujukan yang di lakukan di pelbagai laman sosial yang mempunyai banyak perkongsian mengenai dekor dalaman.
Bahagian kediaman yang menjadi kegemaran pemilik adalah ruang tamu dan ruang makan. Sesuai dengan konsep yang diketengahkan, ruang tamu kediaman ini dihiasi karpet hijau yang dipadankan dengan dua buah sofa kelabu 2 tempat duduk. Bagi menambah seri ruang, Anis turut meletakkan beberapa pasu tumbuhan hijau yang juga bertindah sebagai pembersih udara dalaman. Beralih pula ke ruang makan serba putih yang tampil cukup simple tetapi sempurna buat keluarga ini. Dilengkapi set meja makan 4 kerusi dan kaunter bar, ruang ini juga dihiasi karpet hijau dan tumbuhan bagi mengekalkan kesegaran konsep tropikal.
Anis juga ada berkongsi tips deko buat para pembaca IMPIANA:
1. Beli perabot secara berperingkat bergantung dengan bajet anda.
2. Pilih konsep yang dekat di hati dan sesuaikan dengan keluasan seluruh ruang.
3. Bersihkan permukaan perabot yang berwarna putih menggunakan span lembap dan sedikit pencuci.
4. Vacuum dan mop rumah sekurang-kurangnya sekali sehari.
5. Pemilihan perabot perlu sesuai dengan penghuni. Contohnya, jika terdapat anak kecil, kurangkan baranga kaca.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI