Bagi yang sedang mencari pokok-pokok yang sesuai untuk dijadikan ‘pagar privasi’ semulajadi kediaman serta menyerikan lagi landskap laman, boleh tanam 3 jenis pokok ini. Ia bukan sahaja mudah dijaga, hidup subur malah sesuai dengan iklim tropika.
1. Calathea Lutea
- Pokok Calathea Lutea adalah sejenis pokok tropika yang sesuai dengan iklim panas dan lembap. Daun pokok ini yang besar dan berwarna hijau sangat sesuai dengan halaman yang berkonsepkan Bali atau Tropical Garden.
- Tumbuh rimbun menghijau, Calathea Lutea yang ditanam rapat sangat sesuai dijadikan pokok pagar privasi untuk melindungi kawasan rumah.
2. Red Ginger (Alpinia Purpurata)
- Red Ginger (alpinia purpurata), suka cuaca panas dan lembap untuk hidup subur. Rizom dan tangkainya mempunyai bau pedas yang kuat. Bunganya berwarna merah terang atau merah jambu. Ia mampu mencapai ketinggian sehingga 4 meter.
- Pokok ini juga berfungsi sebagai ‘pagar’ untuk melindungi privasi rumah dan sering dijadikan penyeri landskap kediaman.
3. Heliconia
- Heliconia merupakan sejenis tumbuhan kumpulan bunga (ornamental plants) dari keluarga Heliconiaceae yang cantik dan mendapat perhatian peminat landskap.
- Heliconia antara pokok pagar yang sangat sesuai ditanam di laman untuk mencipta ruang privasi bagi pemilik kediaman.
- Ia mudah ditanam dan dibiakkan walaupun di dalam tanah yang tidak berapa subur seperti gambut dan berpasir.
- Malah mempunyai pelbagai jenis dan warna yang menarik sebagai penyeri landskap laman rumah.
Mesti Baca:Pokok Hiasan Yang Mudah Ditanam & Dijaga, Tak Payah Hari-hari Nak Kena ‘Belai’
Baca Lagi Di Sini:Cara Potong Mesti Betul, Rupanya Inilah Rahsia Pokok Fiddle Fig Tumbuh Merimbun
Artikel Menarik:Nak Tanam Pokok Dalam Kolam? Ini Jenis Water Plants Yang Sesuai
IMPIANA: Jadi nak buat ‘pagar’ privasi semulajadi di laman rumah, boleh tanam pokok-pokok ini.
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.