Apa itu wainscoting?
Susunan bingkai pada dinding yang tidak hanya kelihatan anggun, juga merupakan salah satu perincian atau kemasan hiasan dalaman tertua di dunia. Biasanya ditempah khas mengikut kehendak pemilik. Telah wujud sejak abad ke-16 di England, wainscoting pada awalnya bertindak sebagai lapisan yang menutup kelembapan tidak diingini
Terdapat 3 jenis utama bagi wainscoting;
Raised Panel
jenis panel paling mahal antara tiga panel ini sesuai untuk rumah dengan gaya kolonial dan lebih tradisional. Ia akan kelihatan hebat di ruang makan atau pustaka sebuah kediaman yang ingin tampak mewah dan elegan.
Flat Panel
Untuk kediaman yang moden dengan gaya kontemporari, disarankan untuk menggunakan bingkai dinding rata atau flat panel wainscoat. Ia menawarkan reka bentuk yang lebih clean & sleek, mudah untuk diselenggara selain mudah disuai padan mengikut perubahan konsep kediaman.
Bead Board
Bagi kediaman ala-ala kotej atau kabin yang comel dan nyaman, anda boleh gunakan bead board. Dengan ciri yang simple dan santai, pasti memberi suasana lebih lapang dan fresh!