Cuka umum tahu mempunyai banyak kegunaan. Bukaan sahaja sebagai ramuan makanan, ia juga digunakan untuk tujuan membersih kediaman dan sebagainya.
Tidak terkecuali, penggunaan hebat cuka di kebun memang tidak diragui. Tapi ramai yang tak tahu. Antara kehebatan cuka di kebun adalah seperti berikut:
1. Pemusnah rumpai
Rumpai menjedi pesaing kepada tanaman. Jika tidak dikawal, ia akan menyebabkan tanaman anda terbantut. Ia disebabkan rumpai adalah tumbuhan jenis cepat menyerap nutrient.
Ads
Jika ada rumpai yang tak dapat dicabut menggunakan tangan, tuang kan sesudu cuka pada pangkal akar rumpai.
Ads
2. Baja untuk tanaman
Sesetengah tanaman hidup subur dengan kondisi tanah berasid terutamnya dari jenis berbunga seperti hydrangea dan azalea. Apa yang perlu anda lakukan adalah, campurkan 1 cawan cuka bersama 1 gallon air dan siram pada pangkal pokok sekurang-kurangnya 1 kali sebulan
Ads
3. Perangkap lalat buah
Buah mangga, jambu dan sebagainya antara kegemaran lalat buah. Dari luar, nampak cantik. Akan tetapi, apabila dikupas ada lava lalat buah yang menghuni. Campurkan 1 bahagian cuka, satu bahagian air bersama gula putih dan gula perang. Masukkan ke dalam botol mineral terpakai dan gantung pada pokok terutamanya tempat kegemaran lalat untuk hinggap
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Seni penataan berasaskan konkrit atau simen mempunyai tafsiran dan keindahan tersendiri yang mampu mewujudkan persekitaran segar dekorasi. Secara asasnya digunakan untuk menggantikan kayu untuk mendirikan kediaman, namun kini fungsi dan rekaannya dipelbagaikan dari binaan, rekaan perabot sehinggalah aksesori perhiasan kediaman.
Konkrit yang diadun daripada simen bersama air dan kemudian digaul menjadi seperti doh kini digunakan bahan elternatif bagi proses pembuatan perabot serta perkakasan kreatif. Kelebihan yang terdapat pada konkrit terletak pada ketahanan. Ia juga mampu mengekalakan imej moden klasik yang boleh digayakan bagi penataan formal dan tidak formal dalam sesebuah dekorasi. Jika dulu kita dapat lihat bahawa simen konkrit ini banyak digunakan untuk menghasilkan bangku mahupun taman mini di luar kediaman. Ada juga yang membentuk menjadi tumbuhan seperti cendawan, titi kecil serta kolam ikan.
Penggunaannya kini lebih meluas apabila ada pereka seni dekorasi yang menghasilkan pasu kecil untuk pokok kaktus, lampu perhiasan, kabinet, sinki dan macam-macam lagi. Anda tidak perlu berbelanja besar, luangkan sedikit masa dan gunakan kreativiti anda untuk menghasilkan aksesori daripada bahan binaan ini. Hasilnya bukan sahaja berbeza, unik tetapi juga dapat menyerlahkan konsep dekorasi rustik dan industrial yang ingin anda tonjolakan di dalam kediaman.
TIP IMPIANA
Usah gentar untuk mengekalkan warna asa konkrit pada kediaman anda kerana ia akan menyerlahkan keunikkan serta mempunyai tarikan tersendiri. Gabungan elemen konkrit dan tumbuhan hijau apada sesebuah kediaman mampu memberi impak natural dan segar.
Produk yang berasaskan konkrit init sememangnya mempunyai isipadu sangat berat dan kedudukan kekal. Maka anda perlu merancang dahulu sebelum mengenakan elemen ini pada dekorasi kediaman.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Siapa selalu alami air dari sinki bukan sahaja melimpah di atas “table top” malah lebih teruk meleleh ke lantai dapur? Hal ini sering berlaku apabila struktur kabinet dapur yang dibina tidak mengambil kira aliran air permukaan yang betul.
Hal ini akan menyebabkan anda perlu sentiasa lap air yang melimpah pada lantai. Jika tidak, ia akan menyababkan lantai dapur mudah kotor. Sebanarnya, ada satu penyelesaian yang paling mudah dan boleh dilakukan sendiri.
Penyelesaian mudah ini telah dikongsikan oleh Abeho Fadlulah di dalam group Tukang Apa Hari Ini iaitu menggunakan Shower door dam water stopper
Laci yang menggunakan rail atau track biasa, kalau dapat kat mak-mak yang jenis kerja cepat memang berdentum-dentum bunyi masa nak tutup. Apa kata, tukar track lama kepada jenis soft closer. Dulu memang mahal track ni, tapi dekat shopee harganya tak sampai RM 10 pun. Nak tukar pun mudah je. Tapi sebelum beli, pastikan saiz atau panjang track sama dengan yang lama. Hal ini turut dilakukan oleh Ahmad Ruim di dalam group Tukang Apa Hari Ini.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.