Terdapat lebih 5000 jenis mangga yang di tanam di seluruh dunia. Ia boleh mencapai ketinggian sehingga 32 meter bergantung kepada jenis dan boleh hidup hampir 100 tahun dengan penjagaan yang rapi.
Di beberapa negara Asia seperti Thailand dan Indonesia, menggunakan kaedah tanaman pokok mangga di dalam pasu atau dikenali dengan nama Tabulampot. Ia lebih mudah diuruskan dan hasilnya juga lumayan.
Sebenarnya, tak susah tanam mangga dalam pasu. Hanya 3 langkah
Ads
1. Pemilihan benih.
Pilih benih dari mangga jenis mangga Chuk Anan, Epal, dan Nam Dok Mai. 3 jenis mangga ini adalah jenis senang berbuah. Manakala jenis seperti mangga Harum Manis pun boleh, cuma tidak sekerap 3 jenis ini.
Pemilihan benih pula boleh didapati dalam bentuk anak pokok yang sudah siap dikawinkan atau di “tut” dari pokok induk yang berkualiti dari nursery-nursery berdekatan anda. Kalau diambil dari biji buah, akan memakan masa yang agak lama untuk menghasilkan buah. Jadi beli terus di nursery, lebih mudah dan cepat.
Ads
2. Cara penanaman.
Dapatkan pasu plastik/tanah liat bersaiz besar lebih kurang diameter 60cm, atau tong drum (bahagi 2, tebuk lubang kecil dibawah supaya air boleh mengalir keluar). Masukkan selapis serbuk kayu gergaji ataupun cocopeat 1/3 pasu. Selepas itu masukkan tanah campuran top soil + cocopeat atau tanah topsoil sahaja (mana-mana tanah yang nursery jual pun boleh). Jangan lupa masukkan pokok sebelum siap isi tanah dalam pasu ya. Fungsi masuk serbuk kayu/cocopeat adalah untuk air mengalir keluar dari pasu, supaya pasu tidak menakung air. Kalau air bertakung, pokok boleh rosak.
Ads
3. Pembajaan.
Dari segi pembajaan pula, boleh pakai baja buah yang terdapat di nursery berdekatan anda. Untuk perkongsian kandungan NPK baja yang boleh digunakan adalah 15:15:15 atau 17:17:17:2, atau baja tahi ayam sahaja. Baja perlu diletak lebih kurang 2/3 kali sebulan. Siram sehari dua kali untuk tanah kekal lembab dan tempatkan pokok di bawah cahaya matahari terus.
Kebanyakan kita pastinya pernah menghadapi masalah tahi cicak yang memenuhi sudut pintu dan celahan tingkap. Amat menjengkelkan dan naik kembang tekak bila tengok lama-lama kan?
Sememangnya sudah menjadi kemestian untuk dibersihkan, walaupun tahu tahi cicak akan berkumpul semula dicelah-celah tingkap tadi. Bukan mudah nak bersihkan, lebih-lebih lagi yang sudah mengeras kerana dibiar lama.
Buat pemilik rumah yang sudah buntu macam mana nak kurangkan masalah jelek ini, wanita ini ada kongsikan tips dan panduan membasmi tahi cicak dengan hanya menggunakan tiga bahan. WOW!
TIP ATASI MASALAH TAHI CICAK
Euww! geli sangat bila tengok taik cicak bertaburan kat tepi tingkap, kat lantai. Kakina memang geli dengan cicak. Tapi, tiap kali balik kampung, kena cuci taik cicak.
Biasa lah rumah kampung banyak cicak. Pasang perangkap pun tak pupus. Ada je yang datang mengunjung. Tak mau berperang dengan cicak, lebih baik cari jalan elak dari cicak buat onar di tepi tingkap dan lantai. Kita buat spray penghalau.
Bahan-bahan yang diperlukan ;
– 1/3 Cuka makan
– 1/3 Air
– 1/3 Cecair pencuci pinggan
Campurkan kesemua bahan tadi mengikut nisbah yang ditetapkan di dalam botol spray. Kemudian semburkan pada kawasan yang selalu menjadi pusat perkumpulan cicak. Selain cicak, gabungan bahan tersebut juga boleh digunakan untuk menghalau semut. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!
Esok sudah tibanya hari yang dinanti-nantikan umat islam, bangun sahur adalah saat paling indah tetapi ada yang liat nak bagun sahur pun ada. Kali ini IMPIANA nak share resipi dengan pembaca semua. Sesuai untuk juadah bersahur.
Asyik cerita pasal mengemas ja kan, kali ni IMPIANA nak buat kelainan sikit kat dapur tu. Jom pergi dapur check bahan-bahan ni ada ke tak?
Bahan-bahan
Minyak Masak
Ikan bilis
Bawang Besar
Cili Padi
Cara Memasak
Panaskan kuali dengan minyak masak.
Goreng ikan bilis sehingga garing.
Asingkan ikan bilis yang telah digoreng.
Goreng bawang besar yang telah dihiris bersama cili padi yang dibelah dua sehingga kekuningan.
Campurkan ikan bilis, bawang dan cili padi.
Hidang sedia untuk dimakan .
Mudahkan, makan dengan nasi panas dan kicap… Perghhhhhh!
Pasti tersenyum sepanjang hari berpuasa. Kalau tak percaya boleh cuba. Jimat dan sedap!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Jangan pandang sebelah mata pada perabot yang dijual di kedai-kedai secondhand kerana jika nasib menyebelahi kita, mungkin ada “harta karun” yang sedang tunggu untuk diberikan peluang kedua. Tambahan pula, barangan dikedai sebegini biasanya amat limited dan mungkin ada satu saja yang tinggal, justeru meningkatkan lagi nilai estatiknya.
Itulah yang dilakukan pengguna Facebook Fithry Anaqi yang telah berkongsi hasil ubahsuai kerusi dengan rekabentuk retro yang tampak lusuh dan kurang menarik menjadi sebuah set kerusi yang lebih elegan. Kerusi lama yang dibelinya dari kedai perabot terpakai itu telah ditambahbaik dengan menukar cat serta kusyen yang baharu.
Kerusi yang menggamit memori lama itu telah diberi peluang kedua apabila ada yang tahu menilainya.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.