Laman

3 Langkah Mudah Tanam Mangga Dalam Pasu, Cepat Dan Lebat Berbuah

Share

Terdapat lebih 5000 jenis mangga yang di tanam di seluruh dunia. Ia boleh mencapai ketinggian sehingga 32 meter bergantung kepada jenis dan boleh hidup hampir 100 tahun dengan penjagaan yang rapi.

Di beberapa negara Asia seperti Thailand dan Indonesia, menggunakan kaedah tanaman pokok mangga di dalam pasu atau dikenali dengan nama Tabulampot. Ia lebih mudah diuruskan dan hasilnya juga lumayan.

Sebenarnya, tak susah tanam mangga dalam pasu. Hanya 3 langkah

1. Pemilihan benih.
Pilih benih dari mangga jenis mangga Chuk Anan, Epal, dan Nam Dok Mai. 3 jenis mangga ini adalah jenis senang berbuah. Manakala jenis seperti mangga Harum Manis pun boleh, cuma tidak sekerap 3 jenis ini.
Pemilihan benih pula boleh didapati dalam bentuk anak pokok yang sudah siap dikawinkan atau di “tut” dari pokok induk yang berkualiti dari nursery-nursery berdekatan anda. Kalau diambil dari biji buah, akan memakan masa yang agak lama untuk menghasilkan buah. Jadi beli terus di nursery, lebih mudah dan cepat.

2. Cara penanaman.
Dapatkan pasu plastik/tanah liat bersaiz besar lebih kurang diameter 60cm, atau tong drum (bahagi 2, tebuk lubang kecil dibawah supaya air boleh mengalir keluar). Masukkan selapis serbuk kayu gergaji ataupun cocopeat 1/3 pasu. Selepas itu masukkan tanah campuran top soil + cocopeat atau tanah topsoil sahaja (mana-mana tanah yang nursery jual pun boleh). Jangan lupa masukkan pokok sebelum siap isi tanah dalam pasu ya. Fungsi masuk serbuk kayu/cocopeat adalah untuk air mengalir keluar dari pasu, supaya pasu tidak menakung air. Kalau air bertakung, pokok boleh rosak.

3. Pembajaan.
Dari segi pembajaan pula, boleh pakai baja buah yang terdapat di nursery berdekatan anda. Untuk perkongsian kandungan NPK baja yang boleh digunakan adalah 15:15:15 atau 17:17:17:2, atau baja tahi ayam sahaja. Baja perlu diletak lebih kurang 2/3 kali sebulan. Siram sehari dua kali untuk tanah kekal lembab dan tempatkan pokok di bawah cahaya matahari terus.

Sumber: AN Floral Nursery

Published by
Impiana