Hampir semua orang makan dengan menggunakan sudu dan garpu. Sementara yang lain terutamanya di Rantau Asia Timur akan menggunakan ‘chopstik’. Secara amnya, sudu dan garpu atau ‘chopstick’ yang digunakan kebiasaannya diperbuat daripada keluli tahan karat. Namun, pada hakikatnya sudu dan garpu adalah barangan yang mudah berkarat. Walaupun ianya diperbuat daripada keluli tahan karat, sudu dan garpu tidak terjamin 100 peratus akan bebas dari karat.
Berikut adalah beberapa sebabnya. Jom kita tengok!
Alatan Tahan Karat Mempunyai Komposisi Yang Berbeza
Sering melihat tulisan ‘tahan karat’ yang akan ditulis di bahagian belakang sudu, garpu atau chopstik. Tulisan di belakang ini bertujuan untuk memberitahu bahawa bahan yang digunakan adalah dari keluli tahan karat. Walau bagaimanapun, komposisi keluli tahan karat yang digunakan mempunyai tahap yang berbeza-beza.
Contohnya, sudu dan garpu dengan komposisi 18/10, yang bermaksud ianya mengandungi 18 peratus kromium dan 10 peratus nikel. Atau ada juga contoh lain seperti 18/8 yang bermaksud 18 peratus kromium dan 8 peratus nikel.
Sudu dan garpu yang mudah berkarat adalah salah satu sebabnya kerana komposisi nikel yang terlalu sedikit. Atau dengan kata lain, semakin banyak tinggi kandungan bahan nikel, semakin lama tempoh tahan karat.
Ads
Langkah pertama yang perlu anda ambil tahu sebelum anda ingin membeli sudu dan garpu adalah dengan mencari bahan asas dari nikel yang lebih tinggi.
Jenis Bahan Pencuci Yang Digunakan
Walaupun dengan komposisi nikel yang lebih tinggi, namun bahan pencuci yang digunakan juga boleh menjadi penyebab sudu dan garpu mudah menjadi karat. Ternyata ia masih belum sepenuhnya dijamin bebas karat. Sebabnya tahap karat atau tidak sudu dan garpu itu adalah bergantung juga dengan bagaimana cara kita menjaganya.
Salah satu perkara yang boleh menyebabkan bahan keluli tahan karat ini adalah pencuci pinggan mangkuk. Dengan kekerapan penggunaan sabun pencuci pinggan dari masa ke semasa juga adalah boleh menjadi sebab sudu dan garpu pasti akan berkarat.
Ads
Membiarkan Sudu Dan Garpu Di Dalam Sinki Terlalu Lama
Jika alatan ini dibiarkan didalam sinki terlalu lama dan basah, asid dan sisa makanan boleh menghakis permukaan dan boleh menyebabkan sudu atau garpu lebih mudah berkarat dan berlubang. Begitu juga jika sudu dan garpu yang telah dicuci tidak dikeringkan atau dibiarkan ia kering sendiri di rak pinggan.
Untuk mengelakkan alatan ini dari mudah berkarat, anda harus mencuci setelah digunakan dan segera dikeringkan. Ini bagi memastikan sudu dan garpu akan tahan lebih lama dan tidak berkarat dengan penjagaan yang baik. Cara penyimpanan alatan ini juga memainkan peranan, anda boleh menyimpannya secara berasingan dari alatan yang lain. Ini juga dapat mengelakkan dari calar akibat geseran dengan alatan lain.
Di mana ada gula, di situ ada semut. Memang tak larilah ungkapan tersebut sehingga hari ini. Kadang tu, duduk di tingkat 17 pun semut tetap ada. Naik lif agaknya semut ni kan. Cara paling mudah yang kerap digunkan untuk memusnahkan koloni semut ni adalah dengan menggunkan racun kima yang banyak di pasaran tak kiralah jenis semburan atau serbuk yang perlu ditabur.
Tapi, dengan mengunakan racun yang mempunyai bahan kimia kan bahaya. Apa kata anda cuba gunkan bahan-bahan dapur yang memang mujarab ini:
CECAIR PENCUCI PINGGAN
Tahukah anda bahawa cecair pencuci pinggan adalah bahan terbaik untuk mencegah semut? Jika semut terkena solusi ini, ia akan merosakkan sel tubuh smeut dan menyebabkan ia cepat terhidrat dan akhirnya mati.
Membuang kulit sitrus seperti lemon, oren, limau dan sebagainye selepas dimakan bukan lah idea yang baik. Banyak kegunaan kulit limau ni seperti mengharumkan rumah, sebagai baja organik dan sebagainya. Yang lagi best, kulit sitrus ni mengandungi D-limonene yang berupaya mencegah dan menghalang deria bau semut untuk memasuki kediaman kita. Keringkan kulit limau di dalam suhu bilik untuk tempoh 1 atau 2 hari. Kemudian kisar kering kulit limau tersebut. Taburkan serbuk limau ini disekitar kediaman anda
BAWANG PUTIH
Bawang putih memang diperakui mempunyai pelbagai khasiat untuk tubuh manusia namun tidak bagi serangga. Ia telah digunakan secara meluas sebagai salah satu bahan untuk menghasilkan racun serangga organik di kebun termasuk semut. Semut tidak gemarkan bau bawang putih yang kuat. Jadi, hanyurkan beberapa labu bawnag putih dan letakkna ia di laluan semut
GARAM
Garam akan menyebabkan badan semut rapuh. Akibatnya, semut kehilangan air secara drastik dan mati akibat hidrasi. Untuk mencegah semut naik ke atas meja, apa kata anda taburkan garam di sekitar kaki meja.
BEDAK
Semut adalah antara tetamu laman yang hadir nya tidak di jemput. Jika kelihatan semut di laman, segera musnhkannya sebelum ia meroskkan tanaman anda. Semut ini, bukan sekadar memusnahkan serangga baik untuk tanaman, malah membawa perosak seperti aphids. Jadi apa yang perlu anda lakukan adalah, tabur bedak sekeliling sarangnya dan semut yang kelihatan. Ia berupaya merosakan deria baru semut. Jadi, semut yang dah terkena bedak tadi tak boleh pulang kesarangnya dan yang dalam sarang tak keluar. Kelamaan meraka pun mati
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Cuaca mungkin boleh berubah-ubah, tetapi warna hijau sentiasa menjadi salah satu pilihan popular apabila tiba masa untuk mendekorasi semula kediaman. Warna yang sinonim dengan alam semulajadi ini merupakan simbol pertumbuhan, keharmonian, kesegaran, dan kesuburan. Dari sudut hiasan dalaman, warna hijau sentiasa boleh diguna pakai tidak kira apa gaya dan bajet anda. Bermacam pecahan warna hijau yang kita pernah dengari contohnya, hijau pucuk pisang, hijau zaitun serta hijau lumut. Dengan pilihan yang luas ini anda hanya tinggal pilih mana satu yang sesuai dengan ruangan anda. Satu fakta menarik, mata manusia boleh membezakan warna hijau lebih banyak berbanding warna-warna yang lain. Hebat kan?
Walaupun begitu, janganlah terlalu ghairah menghias dengan warna hijau tanpa meletakkan sebarang limitasi kerana jika keterlaluan sakit juga mata nak melihatnya. Jadi jika anda sedang memikirkan bagaimana untuk menghiasi kediaman dengan warna hijau, anda telah datang ke tempat yang betul. Sudahkah anda bersedia untuk membawa makna baru pada kediaman dengan idea-idea reka bentuk menarik digabungkan bersama warna hijau yang menawan.
MENGAPA PILIH WARNA HIJAU?
Hijau adalah warna yang paling sesuai untuk dibawa ‘masuk’ ke dalam rumah kerana ia adalah warna yang melambangkan keseimbangan dan keharmonian. Ia juga warna yang memberi tenaga dan menjanjikan pembaharuan. Untuk benar-benar menikmati kesan positif warna hijau ini pada interior anda, pilihlah warna hijau yang bersesuaian dengan mood yang ingin dikecapi.
RUANG TAMU
Cukup hanya dengan memfokuskan kesebuah perabot kerana dalam ruangan ini ia mampu menjadi tumpuan dan juga sebagai focal point ruang tamu. Biarkan dinding polos tetapi berkarakter bagi mendapatkan latar belakang yang sempurna. Lengkapkan gaya ruang tamu dengan memilih aksesori seperti pasu dan tumbuhan botani agar lebih menyerlah dan nyaman.
RUANG MAKAN
Langsir hijau digantung buat penambah seri ruang makan yang dipenuhi warna-warna neutral kayu. Tumbuhan hijau dalam vase kaca yang polos diletakkan diatas meja sebagai aksesori tambahan.
DAPUR
Dua rona hijau digabungkan pada kabinet dan dinding dapur. Aksesori dan kemasan putih buatkan dapur nampak lebih rapi serta menjamin kesegaran yang mampu bertahan seiring trend semasa.
Kabinet hijau dengan counter top putih amat sepadan digandingkan dengan pemegang berwarna emas. Selain itu karpet oriental vintaj dihamparkan memberikan lebih tekstur pada dapur anda.
BILIK TIDUR
Bilik tidur memerlukan aura yang menenangkan serta nyaman dan ia memang mudah untuk dicapai sekiranya anda mengambil kira penggunaan warna hijau. Kepala katil hijau baldu ini di neutral kan dengan meja sisi kayu dan pasu berbelang hitam putih.
BILIK MANDI
Umumnya, tandas atau bilik mandi adalah tempat yang terkecil dalam keseluruhan rumah. Jadi ia merupakan ruang yang paling sesuai buat anda yang ingin bereksperimentasi dengan warna. Warna hijau digabungkan dengan dinding bata merah dibiar kasar agar tampak jelas kontras antara dua permukaan.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Hias Rumah Selesa Dan Cantik Ala ‘American Country’. Dalam menghias kita perlu tahu. Terdapat dua gaya utama yang perlu anda faham.
1. Hiasan untuk pameran atau penuh protokol. Duduk pun tegak je tak boleh nak bermalas-malasan. 2. Gaya yang lebih santai dan casual. Ia tidak terlalu kejung dan kaku. Anda lebih rileks dan selesa.
Jadi antara yang popular selain daripada kedesaan Inggeris, adalah gaya peneroka Amerika. Kedesaan Amerika perabotnya lebih besar, berat dan agak’kasar’ rekaannya. Lebih mementingkan keselsaan daripada rekaan yang halus. Malah corak buna-bunga pun tak de. Mereka lebih senang memakai corak kekotak kasar dan tebal serta tahan lasak.
Sekarang ramai je yang suka ikut gaya kedesaan Amerika untuk cari kelainan dan tahan lasak . Nak pulak jika ada anak kecik.
Bagi ruang tamu, sofa selalunya tak de corak. Kakinya pun kaki kayu polos atau diukir kasar. Selalunya bahagian sandar dan tempat letak tangannya agak tebal. Apa yang bestnya tentang gaya ini, kalau rumah agak bersepah atau tidak berkemas (bukan kotor dengan sampah) masih kelihatan menarik dan cantik.
GAYA KONTEMPORARI DENGAN PADANAN PERMAIDANI KULIT LEMBU SEBAGAI TARIKAN RUANG.
Selalunya akan ada sebuah kerusi kayu untuk tuan rumah duduk. Di sesetengah rumah. mereka ada kerusi goyang untuk tuan rumah melepaskan lelah dan menghabiskan masa di kerusi itu. Lupakan sahaja gaya sedondon. Ini adalah kerana gaya kedesaan adalah suai padan apa je yang ada dan terampu mereka miliki. Cuma kita mungkin boleh padankan dari aspek warna asas mahu pun karakter perabot.
RINGKAS, PADANAN YANG BERBEZA KARAKTER TETAPI HASILNYA NAMPAK HARMONI DAN INDAH
Bagi ruang makan pula, kabinet pamer ala Inggeris masih diguna pakai. Cuma adakala pembuatannya agak kasar dan warnanya juga tidak semegah gaya Inggeris. Cat pudar atau warna kusam menjadi identiti. Paling tidak warna putih asli atau kayu oak atau birch. Rekaan kerusi makannya sangat istimewa. Rekaan bahagian sandar yang tinggi, tempat duduk lebar dan kaki kerusi yang sedikit terkangkang untuk memberi kestabilan. Ia agak berat dan saiznya juga besar.
REKAAN KERUSI MAKAN YANG CUKUP PADU DAN TEGUH. SAIZ LEBIH BESAR DAN SANDARNYA JUGA TINGGI
Manakala kebanyakan aksesori yang ada juga banyak daripada besi kasar dan ringkas. Cnadalier, lampu, tombol pintu, kaki lilin dan sebagainya. Ia tidak sehalus gaya Eropah namun masih mempunyai nilai estetika tersendiri.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.