Hampir semua orang makan dengan menggunakan sudu dan garpu. Sementara yang lain terutamanya di Rantau Asia Timur akan menggunakan ‘chopstik’. Secara amnya, sudu dan garpu atau ‘chopstick’ yang digunakan kebiasaannya diperbuat daripada keluli tahan karat. Namun, pada hakikatnya sudu dan garpu adalah barangan yang mudah berkarat. Walaupun ianya diperbuat daripada keluli tahan karat, sudu dan garpu tidak terjamin 100 peratus akan bebas dari karat.
Berikut adalah beberapa sebabnya. Jom kita tengok!
Alatan Tahan Karat Mempunyai Komposisi Yang Berbeza
Sering melihat tulisan ‘tahan karat’ yang akan ditulis di bahagian belakang sudu, garpu atau chopstik. Tulisan di belakang ini bertujuan untuk memberitahu bahawa bahan yang digunakan adalah dari keluli tahan karat. Walau bagaimanapun, komposisi keluli tahan karat yang digunakan mempunyai tahap yang berbeza-beza.
Contohnya, sudu dan garpu dengan komposisi 18/10, yang bermaksud ianya mengandungi 18 peratus kromium dan 10 peratus nikel. Atau ada juga contoh lain seperti 18/8 yang bermaksud 18 peratus kromium dan 8 peratus nikel.
Sudu dan garpu yang mudah berkarat adalah salah satu sebabnya kerana komposisi nikel yang terlalu sedikit. Atau dengan kata lain, semakin banyak tinggi kandungan bahan nikel, semakin lama tempoh tahan karat.
Langkah pertama yang perlu anda ambil tahu sebelum anda ingin membeli sudu dan garpu adalah dengan mencari bahan asas dari nikel yang lebih tinggi.
Jenis Bahan Pencuci Yang Digunakan
Walaupun dengan komposisi nikel yang lebih tinggi, namun bahan pencuci yang digunakan juga boleh menjadi penyebab sudu dan garpu mudah menjadi karat. Ternyata ia masih belum sepenuhnya dijamin bebas karat. Sebabnya tahap karat atau tidak sudu dan garpu itu adalah bergantung juga dengan bagaimana cara kita menjaganya.
Salah satu perkara yang boleh menyebabkan bahan keluli tahan karat ini adalah pencuci pinggan mangkuk. Dengan kekerapan penggunaan sabun pencuci pinggan dari masa ke semasa juga adalah boleh menjadi sebab sudu dan garpu pasti akan berkarat.
Membiarkan Sudu Dan Garpu Di Dalam Sinki Terlalu Lama
Jika alatan ini dibiarkan didalam sinki terlalu lama dan basah, asid dan sisa makanan boleh menghakis permukaan dan boleh menyebabkan sudu atau garpu lebih mudah berkarat dan berlubang. Begitu juga jika sudu dan garpu yang telah dicuci tidak dikeringkan atau dibiarkan ia kering sendiri di rak pinggan.
Untuk mengelakkan alatan ini dari mudah berkarat, anda harus mencuci setelah digunakan dan segera dikeringkan. Ini bagi memastikan sudu dan garpu akan tahan lebih lama dan tidak berkarat dengan penjagaan yang baik. Cara penyimpanan alatan ini juga memainkan peranan, anda boleh menyimpannya secara berasingan dari alatan yang lain. Ini juga dapat mengelakkan dari calar akibat geseran dengan alatan lain.
Jangan lupa Follow, Like & Share : Facebook IMPIANA, Instagram IMPIANAMY, Youtube IMPIANA TV, Tiktok IMPIANAMY
https://www.facebook.com/impiana/
https://www.instagram.com/impianamy/
https://www.youtube.com/channel/UChkERV6rmDOz1CoITHbaw-Q
https://www.tiktok.com/@impianamy
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.