Bila menggoreng, minyak terperecik tu menjadi satu hal yang biasa terutamnya apabila mengoreng ikan atau ayam. Sebab itu, bagi yang jarang memasak persiapanya macam nak pergi berperang. Ianya bertujuan melindungi diri dari terkena percikan minyak yang panas. Minyak panas ni bukan sekadar remeh dan sukar untuk dikemas jika mengotorkan dapur, bila terkena pada tangan atau muka, dah tinggal kesan. Deritanya pun makan hari nak pulih. SAKITNYA!
Kebiasaanya, langkah proaktif yang akan diambil adalah dengan menggunakan penutup kuali. Jadi, percikkan tu tak lah terkena pada dinding ke atau mana-mana bahagian lain. Selain itu juga, ada beberapa petua lain yang diamalakna. Antaranya ialah:
Potongan halia
Sebelum menggoreng, tak kiralah daging, ayam, ikan, telur, keropok lekor dan sebagainya, masukkan 2 atau 3 hiris halia terlebih dahulu di dalam minyak yang telah dipanaskan. Petua ini, tak adalah kata minyak langsung tak terpercik. Kalau ada pun sangat perlahan dan tak kuat. Teknik ini juga akan menyebabkan masakan anda berbau lebih wangi
Guna tepung
Petua ini amat berkesan kiteka menggoreng ikan keli. Umum tahu, kulit ikan keli dan bahgaian kepalanya yang keras antara punca bila digoreng mudah meletup dan menyebabkan percikkan minyak. Oleh itu, bagi mengatasi masalah ini, masukkan sedikit tepung gandum ke dalam minyak yang panas sebelum memasukkan ikan. Lakukan setiap kali anda masukkan ikan baru. Teknik ini juga dapat mengelak ikan dari melekat. Boleh juga cuba pada ikan atau makanan lain
Garam halus
Letak sedikit garam halus di dalam minyak yang telah panas. Masa masukkan garam tu akan bunyi macam meletup-letup sikit tapi tak terperecik. Selepas bunyi letup tu hilang, baru boleh masukkan bahan yang hendak digoreng. Awas! jagan terlalu banyak garam. Ia akan menyebabkan makanan lebih masin