Berkat kesungguhan menabung sejak tiga tahun lalu, seorang Penjual Apam Balik berjaya membayar deposit pembelian sebuah rumah idamannya hanya menggunakan duit syiling, lapor Tribunews.
Menerusi rakaman video kejadian yang dikongsikan oleh seorang ejen hartanah menerusi akuan TikTok @dianajlndr, seorang lelaki bernama Imam tersebut yang juga merupakan seorang penjual apam di gerai tepi jalan terletak di Banyuwangi, wilayah Jawa Timur telah membawa sekitar empat biji tong air besar berisi kepingan duit syiling.
Syiling tersebut merupakan tabungan daripada hasil jualan apam balik selama tiga tahun. Kesemua syiling itu digunakan untuk membayar deposit rumah yang ingin dibeli di perumahan kavling, Brawijaya Asri.
“Beli rumah dengan duit syiling,” menurut ciapan dalam video itu.
Jelasnya lagi, ejen hartanah itu terpaksa mengira semua duit syiling yang dibawa dan mengambil masa selama lapan jam bagi mengetahui jumlah sebenar dalam tong tersebut.
Lebih mengejutkan, jumlah keseluruhan syiling tersebut mencecah 46 juta rupiah (RM13,535.76), lebih daripada cukup untuk membayar wang muka pembelian rumah.
Mesti Baca: TIP Beli RUMAH PERTAMA, Perunding Hartanah Saran Fokus 4 Proses Penting Ini!
Baca Lagi Di Sini:Beli Rumah LELONG Memang Murah Tapi Kena Tahu Kos ‘Tersembunyi’, Kaji Dulu!
Artikel Menarik:Nak Beli Rumah Sub-Sale, Ini Langkah-Langkah Yang Anda Perlu Tahu
IMPIANA: Berkat kesungguhan menabung, berjaya juga untuk membeli rumah impian. Tak kisahlah walaupun bayar deposit rumah dengan duit syiling sekalipun, yang penting konsisten dalam menabung.
Sumber: Sinar Harian,kosmo
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.