
Ada kalanya tumbuhan juga boleh menunjukkan tanda-tanda hidrasi. Tetapi anda boleh mengelakkan keadaan tersebut dari berlaku. Jika tanda-tanda tersebut berlaku kepada tumbuhan berpasu, rawatan intensif perlu dilakukan segera seperti meletakkan tumbuhan berpasu di bawah teduhan untuk beberapa hari sehingga ia kembali segar. Ada kalanya tanah yang telah mengalami hidrasi sepenuhnya akan mula mengeras, oleh itu mengembur perlu dilakukan untuk memastikan air yang disiram dapat diserap segera oleh tanah dan akar.
Tanda-tanda tanaman berpasu terlebih siram
Penyiraman terlalu kerap dan berlebihan boleh menyebabkan tanaman hiasan bermasalah. Ini akan menyebabkan tanah sentiasa basah.
– Tanah yang lembab akan menjadikannya sebagai tempat yang sesuai untuk pembiakan kulat dan bakteria yang boleh mengancam tanaman.
– Akar lemas hingga menyebabkan batang pokok mudah lembik. Dalam keadaan ini, serangga perosak akan menyerang tanaman tersebut.
– Daun dan pucuk mula gugur serentak.
– Batang pokok mula lembik akibat daripada adar air yang diserap oleh akar terlalu banyak.
– Kudup bunga mula dipenuhi kulat putih terutamanya pada tangkainya.
– Bunga melecur merupakan salah satu petanda yang kerap berlaku untuk tumbuhan ang mempunyai kadar resapan air berlebihan.
Langkah-langkah selamatkan tanaman terlebih siram
1. Letakkan tanaman berpasu ke kawasan yang menerima sinaran matahari secara langsung sekurang-kurangnya lapan jam sehari.
2. Melakukan penanaman semula boleh membantu untuk menyelamatkan tanaman.
3. Gantikan keseluruhan medium yang terdapat di dalam pasu dengan medium yang baru dan kering. Tidak perlu melakukan sebarang penyiraman selepas penanaman semula dilakukan sehingga tanda lebihan air yang terdapat pada pokok hilang.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
7 Perkara WAJIB Ambil Tahu Sebelum Renovasi Bilik Air Rumah Anda

Terdapat banyak perkara yang perlu diambil kira dalam proses pengubahsuaian yang pastinya memeningkan kepala. Jika anda seorang profesional sekali pun, setiap projek adalah berbeza-beza bergantung kepada kehendak pemilik, bajet dan macam-macam faktor lagi.
Artikel kali ini membincangkan tentang perkara yang patut anda tahu sebelum memulakan sebarang renovasi pada bilik air di kediaman. Dengan kajian yang mencukupi dan pengetahuan yang diperoleh, diharap proses ini akan lebih lancar dan berakhir dengan sebuah bilik air baru yang cantik dan menarik.
1. Jangkaan kos renovasi
Sebelum memulakan apa-apa projek, adalah penting untuk anda tahu apa yang anda mahukan dan apa yang anda boleh dapat dengan jumlah wang yang sanggup dilaburkan. Saiz bilik mandi, kualiti bahan dan upah pekerja – semua ini merupakan faktor yang akan memberi impak secara langsung terhadap kos renovasi anda.
2. Susun atur dan pelan
Rancang dan bincang dengan teliti bagaimana susunan bilik air yang anda inginkan dengan kontraktor. Jangan takut untuk meminta pendapat dan idea dari pihak ketiga.
Buat umat Islam adalah lebih baik jika tandas anda tidak mengadap ke kiblat. Selain itu, elakkan meletak tandas berhadapan dengan pintu masuk kerana ia bukanlah perkara paling menyenangkan untuk dilihat dan mungkin terlihat tidak sopan.
3. Fahami dimensi bilik air
Ambil tahu dan buat sedikit research tentang ukuran beberapa alatan utama yang diperlukan didalam sesebuah bilik mandi agar mudah untuk anda memperuntukkan ruangan buat sinki, tandas mahupun tab mandi dengan lebih efisyen.
4. Ketinggian yang tepat untuk sinki
Kebiasaannya tinggi sinki adalah 32 ke 34 inci dari permukaan lantai bilik air. Tetapi anda perlu mengambil kira tentang ketebalan material kaunter yang ingin digunakan sekali agar penggunaan bilik air lebih selesa.
5. Semak saiz jubin yang dipilih
Jangan terperanjat jika jubin 300×300 yang anda beli tidak menepati spesifikasi sebenar. Ini mungkin terjadi atas faktor sendi grouting dan ia boleh mempengaruhi susun atur dan perletakan jubin akan jadi tidak cantik.
6. Pasang sendiri (DIY)
Kos memasang juga akan memaksa anda menambah bajet keseluruhan renovasi. Sebenarnya tuan rumah boleh mengurangkan kos dengan melakukan sendiri kerja-kerja pemasangan yang mudah.
7. Beri perhatian pada transisi lantai
Bilik air yang dipasang jubin perlu dipadankan dengan kemasan lantai diluarnya. Ramai pemilik yang terlepas pandang hal ini tetapi pemilihan jubin yang berpadanan adalah penting kerana ia dapat mempengaruhi transisi dari satu ruang ke ruang yanng lain. Seperti dalam kebanyakan kes, perancangan awal akan memberikan hasil yang memenuhi kehendak anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Tip Terbaik Cara Menjadikan Ruang Dobi Anda Lebih Mesra Alam

Rata-rata pada masa kini kita semua sudah memmpunyai kesedaran untuk menjaga alam sekitar dengan baik. Walaupun negara di seluruh dunia melakukan yang terbaik untuk menangani masalah alam sekitar – terutamanya memandangkan kenaikan produk penggunaan tunggal seperti topeng muka yang tidak dapat dielakkan – Samsung Electronics memahami bahawa pengeluar produk juga mempunyai tanggungjawab untuk membantu menangani isu perubahan iklim.
Komitmen ini untuk memberi pilihan kepada pengguna dari seluruh pelosok dunia yang meletakkan kelestarian alam sekitar di hadapan telah menyaksikan pelaburan besar oleh Samsung untuk penyelidikan dan pengembangan produk mesra alam.
Pengguna juga dapat membantu menjalankan tugas harian dengan persekitaran yang baik serta sempurna. Dengan hanya mencuci pakaian sahaja pengguna dapat membantu menjaga alam sekitar dengan sempurna jika dengan teknik yang betul.
Tetapi ramai yang tidak tahu sewaktu kita membasuh pakaian dengan mesin basuh kita akan melepaskan karbon ini akan merosakkan sistem hijau. Kali ini IMPIANA ingin berkongsi tentang cara bagaimana untuk kurangkan pelepasan karbon itu dengan teknologi penjimatan tenaga.
Menggunakan air panas semasa cucian menggunakan sejumlah besar tenaga – sebenarnya, 75% tenaga yang diperlukan semasa kitaran cucian panas digunakan hanya untuk memanaskan air. Oleh itu, untuk mengurangkan jumlah tenaga yang digunakan untuk melakukan cucian, pilih pencucian sejuk atau tetapan pencucian suhu yang dioptimumkan.
Jangan risau dengan teknologi kini Samsung menghasilkan satu lagi teknologi EcoBubble ™ Samsung, anda tidak perlu risau pencucian yang lebih sejuk akan menghasilkan pembersihan yang kurang berkesan.
Walaupun pada suhu mencuci sejuk pada suhu 15 ° C, teknologi EcoBubble ™ akan melarutkan detergen dengan berkesan dan mencampurkannya dengan udara dan air untuk membuat gelembung yang menembusi pakaian sehingga dapat menghilangkan noda yang paling sukar. EcoBubble ™ memberikan penembusan kain yang lebih baik dan kadar penyingkiran tanah sebanyak 24%, dan akan menjaga pakaian anda juga, kadar peningkatan prestasi penjagaan pakaiannya sebanyak 45.5%.
Cara lain untuk mengurangkan jumlah tenaga yang anda gunakan bersama dengan bil elektrik semasa melakukan cucian adalah dengan mengurangkan masa mencuci. Untuk menjimatkan masa, wang dan melindungi pengguna, QuickDrive Unik Samsung mengurangkan masa mencuci hingga 50% tanpa kompromi pada prestasi pembersihan.
Putaran drum dinamik teknologi Q-Bubble ™ dan tangkapan air tambahan menghasilkan gelembung yang lebih banyak dan kuat, jadi detergen menembusi lebih cepat dan mencuci dengan cepat dan lembut.
Dengan mesin basuh Samsung QuickDrive ™, anda dapat mencuci seluruh cucian sepenuhnya hanya dalam 39 minit menggunakan butang Super Speed, yang menggunakan teknologi Speed Spray yang menembakkan jet air yang kuat untuk mengeluarkan sisa pencuci dengan berkesan dan mengurangkan masa mencuci.
Lebih-lebih lagi, mesin basuh Samsung diaktifkan oleh SmartThings, yang membolehkan anda membuat tekaan untuk melakukan cucian anda cara gaya di Dobi yang pintar, yang mencadangkan kitaran optimum untuk muatan anda berdasarkan warna, jenis kain dan maklumat tahap kekotoran.
Kurangkan Penggunaan Air dan Bahan Pencuci Anda
Sebilangan besar detergen dobi mengandungi mikroplastik5, menjadikan pengguna perlu menggunakan hanya jumlah pencuci yang diperlukan semasa mencuci pakaian mereka. Walaupun setiap beban cucian yang anda lakukan akan berbeza, cara terbaik untuk memastikan bahawa anda tidak membuang bahan pencuci atau air semasa melakukan pencucian adalah dengan menggunakan fungsi kitaran yang paling sesuai untuk setiap beban.
Ciri AI Wash Samsung dapat membantu anda melakukan perkara yang tepat: AI Wash menggunakan empat jenis sensor yang berbeza untuk mengesan berat cucian anda sebelum mengira dan mengeluarkan jumlah air dan pencuci optimum yang diperlukan untuk muatan. Sensor kekeruhan yang dipatenkan bahkan memantau tahap pengotoran sepanjang kitaran pencucian, menyesuaikan jumlah pencuci atau jenis basuh jika perlu.
Bagi mereka yang mencari cadangan jarak jauh melalui aplikasi SmartThings mereka, ciri Resipi Dobi pintar juga membolehkan anda memperhitungkan tahap pencuci yang anda ingin gunakan dalam pengiraannya ketika memberikan cadangan kitaran yang optimum.
Pilih Perkakas Mesra Masa Depan yang Dibangun sehingga Tamat
Tip terakhir untuk menjadikan cucian anda mesra alam mungkin adalah memilih peralatan yang tahan lama, pengurangan sampah di tempat pembuangan sampah, pencegahan pencemaran alam sekitar dengan bahan toksik dan pengurangan gas rumah hijau yang dihasilkan dalam penghasilan bahan baru.
Produk mesin cuci dan pengering Samsung telah dirancang untuk penggunaan jangka panjang, dilengkapi dengan jaminan terkemuka untuk kedua-dua produk dan komponen supaya pengguna dapat yakin bahawa keputusan perkakas mereka adalah yang terbaik untuk alam sekitar.
Dapatkan oven Microwave panggang percuma (bernilai RM799) atau detergen Breeze, atau kredit Touch ‘n Go eWallet (bernilai sehingga RM400) apabila anda membeli mesin basuh Samsung semasa promosi. Kalau dah mula berminat beli sewaktu promosi Stay Strong Malaysia ini yang hanya berlangsung sehingga 30 September 2021, jadi cepat dan beli sekarang: https://www.samsung.com/my/offer/staystrongmsia2021/da/
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
(GAMBAR) Deko Sweet Dan Mewah Hanya Menggunakan 2 Warna

Pasangan yang bagus adalah pasangan yang mampu memberi nilai positif di dalam ruang. Macam pasangan duet menyanyi. Pasangan yang dimaksudkan adalah pasangan warna yang lazim membuat kita pening. Apakah padanan yang paling tepat untuk kita. Ada di kalangan kita tidak suka teknik padanan harmoni, matching- matching…..bukan style mereka…siapa sangka warna yang tidak pernah anda duga dipadankan mampu mewujudkan magis….
Ini adalah antara pilihan padanan warna menarik untuk anda…
Turquoise + Pink
Pesona penuh keriangan dan sweet. Rona lembut dan ceria melambangkan jiwa yang positif dan berani mencuba. Bagaikan bunga teratai dan daunnya di tengah tasik. Keindahan dua rona ini cukup memukau ruang kediaman anda. Padankan di ruang kamar anda dengan gaya scandinavian, tropika atau kontemporari, wow! Memukau!
Idea penuh terancang dan berani. Unik dan memberi ipak mewah dan eksklusif
Pilihan warna yang melambangkan keindahan pantai dan dasr laut yang indah.
Ruang nampak penuh eksotik , berani dan kreatif dengan padanan warna serta corak.
Nada pastel juga memberi tenaga positif
Coklat + Emas
Tidak perlu banyak emasnya, cukup sekadar menghidupkan suasana agar elemen coklat tidak memberikan mood suram.
Elegan, penuh berbudaya dan megah. Selalunya rona jingga akan menggantikan emas jika tidak mahu benda berkilau. Anda boleh memilih padanan ini untuk ruang akan yang menggunakan kayu mewah atau ruang tamu. Padanan bijak ini boleh dilakukan antara perabot dan aksesorisnya. Emas itu boleh datang dari aksesori tembaga macam barang antik atau tradisi. Simple!
Perang tua memberi elemen maskulin dan klasik. Imbangan rona terang dan gemerlapan, mengurangkan rasa kejung pada tata hias.
Kelabu + Kuning
Umpama sekuntum bunga kuning di tengah padang salju..itu inspirasinya.
Satu lagi ilham eksklusif. Warna yang agak berat tetapi mempunyai nilai riang dan serius di dalamnya. Anda yang mahukan gaya english modern atau country mungkin boleh mencuba kelainan daripada ilham seumpama ini. Bunyinya macam pelikkan tetapi dari aspek visual ia sememangnya unik dan tidak jemu dipandang.
Kelabu memberi ipak moden dan dilembutkan dengan rona kuning.Jadi ruang tidak nampak membosankan.
Clean cut, kemas dan sweet.
Padanan bersahaja dan nampak hidup. Kunning memberi keseimbangan pada ruang kelam ini.
Coklat + Turquoise
Ruang sebenarnya dihias ringkas tetapi nampak terisi mewah dan ideal.
.Mewah, menggoda dan moden . Pertemua dua elemen kuat dalam satu medium memberikan pelbagai perspektif pada padanan coklat dan turqoise ini. Ia memberi satu kepuasan pandang dan memberi kefahaman baru kepada anda yang ragu-ragu mencuba bermain dengan warna. Anda yang sukakan gaya moden klasik, english kontemporari malah moden boleh mencubanya.
Padanan yang kreatif dan bermain dengan tone. Tetapi masih menyerlah nilai elegan dan mewah.
Tidak perlu banyak, cukup sebuah dinding bagi menghidupkan tata hias coklat ini.
Simple tetapi jelas nampak elemen mewah dan artistik pada padanan warna ini.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI