Merancang untuk membeli peti sejuk baru? Sebelum anda melabur kan duit untuk membeli peti sejuk baru, beberap ciri utama perlu anda teliti dan pertimbangkan. Supaya apa yang bakal dimiliki berbaloi dan memberi kepuasan mengikut keperluan anda. Kelak, tak adalah bahan yang perlu disimpan di dalam peti sejuk tak muat. Berikut antara ciri-ciri utama yang perlu anda pertimbangkan:
Artikel berkaitan: 5 Perkara Penting Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Beli Peti Sejuk Baru
RUANG
Kenal pasti ruang yang tersedia di dapur anda untuk menjadi tempat peti sejuk. Nanti tak ada lah peti sejuk yang di beli tidak muat untuk di letakkan di dapur. Kalau saiz peti sejuk tidak sesuai dengan ruang tersedia, silap-silap pia perlu diletakkan di ruang tamu
SAIZ KAPASITI
Jika anda masih bujang atau baru mendirikan rumah tangga, peti sejuk bersaiz kecil sudah memadai. Namun, jika anda merupakan sebuah kelaurga yang besar, sediakan peti sejuk bersaiz besar kerana lebih banyak stok makanan yang perlu disimpan. Tambahan, peti sejuk bersaiz besar tidak produktif untuk keluarga kecil kerana ia memerlukan tenaga yang kuat untuk menjana peti sejuk
SAIZ KELUARGA | KAPASITI |
Bujang/ baru berkahwin | Kurang radi 200 liter |
Keluarga kecil | 200-300 liter |
Keluarga 4 orang | 250-350 liter |
Keluarga besar | Lebih dari 300 liter |
TABIAT MAKAN
Jika anda bukan seorang vegatarian, ini bermakna anda memerlukan ruang sejuk beku yang lebih luas untuk menyimpan stok makanan. Namun sebaliknya