
Apakah langkah yang perlu dilakukan bagi mengelakkan bilik air terlihat membosankan memandangkan ‘bilik kecil’ tersebut tidak terlepas daripada diterjah tetamu?
Sentuhan di bilik air sering diabaikan, mungkin ramai yang memandang remeh akan dekorasi untuk ruang ini. Hakikatnya bilik air juga boleh tampil memukau jika diberi sentuhan dekorasi segar dan haruman. Untuk bajet yang rendah, hiasi sahaja bilik air anda dengan lilin-lilin aroma, boleh juga diletakkan satu sudut bunga-bunga segar. Malah batu-batuan sungai juga turut memainkan peranan dekorasi di ruang basah ini.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Trik Pencahayaan Ini Buat Ruang Yang Sempit Nampak Luas Dan Lapang!

Setiap ruang yang terdapat dalam sesebuah kediaman biasanya dirancang berbeza memandangkan setiap satunya mempunyai fungsi yang berlainan. Bagi memenuhi keperluan aktiviti dalam sesatu ruangan itu, beberapa perkara yang perlu diberi perhatian termasuklah susun atur ruang, jenis perabot dan material yang digunakan. Selain itu, satu faktor penting yang perlu dititikberatkan ialah penataan cahaya. Selain untuk menerangi ruang sesuai dengan aktiviti, penataan cahaya juga penting bagi mewujudkan suasana yang nyaman dan bertepatan dalam ruang tersebut.
Baca juga : Cara Pasang Lampu Di Laman
Ruang Tamu
Ruang tamu merupakan salah satu ruang terpenting dalam sesebuah kediaman. Fungsi utama ruang ini merupakan tempat berkumpulnya tetamu dan ahli keluarga selain digunakan juga sebagai tempat bersantai dihujung minggu atau berehat selepas hari yang panjang. Jadi lampu-lampu yang melengkapi ruangan ini mestilah yang dapat memenuhi kehendak dan aktiviti pengguna.
Ruang Makan
Fokus utama penataan cahaya pada ruang makan sudah tentunya pada meja makan. Sebaiknya, letakkan lampu gantung atau pendant light untuk menerangi ruang makan kediaman anda kerana selain bertindak sebagai punca cahaya, lampu gantung juga boleh menjadi titik focal untuk ruang itu.
Dapur
Sebuah dapur dengan rekabentuk yang baik biasanya akan mempunyai banyak tingkap untuk memudahkan cahaya semulajadi. Jadi anda boleh pelbagaikan sumber pencahayaan bagi mewujudkan keseimbangan di dapur dengan cara mengurangkan silau dan bayang. Gunakan lampu esen, lampu kerja dan lampu ambient bagi menerangi dapur anda.
Bilik Tidur
Bilik tidur juga merupakan ruang privasi buat pemilik beristirehat selain membaca atau membuat kerja sambil berehat. Beberapa jenis lampu harus diletakkan didalam kamar, sesuai dengan kegunaan dan aktiviti yang ingin dikalukan. Downlight dan lampu meja atau floor light sesuai untuk diletakkan didalam bilik tidur anda.
Bilik Air
Pencahayaan yang menyeluruh dan terang diperlukan untuk bilik air kerana kebanyakkannya hanya dilengkapi dengan tingkap kecil bagi tujuan pengudaraan ; menjadikannya agak sukar untuk mendapat cahaya semulajadi. Oleh itu anda disarankan untuk memasang lampu yang dapat menerangi keseluruhan ruang dengan baik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Kata Pakar Guna Hand-Sanitizer Kerap Merosakkan Tangan, Sebaiknya Cuci Dengan Sabun Dan Air

Di kala Virus pembunuh COVID-19 mengancam dunia, antara barang yang selalu tidak diendahkan kini menjadi rebutan sehingga kehabisan stok. Antara barang-barang tersebut adalah Hand sanitizer, topeng muka dan sarung tangan.Di atas permintaan yang tinggi, ketiga-tiga barang ini harganya naik mendadak. Seperti contoh, hand-sanitizer. 500ml boleh mencecah harga sehingga RM 40.
Menurut Alex Berezow, pakar mikrobiologi dan timbalan presiden di American Council on Science and Health, sebenarnya mencuci tangan menggunakan sabun dan air adalah lebih efektif berbanding penggunaan hand-sanitizer.
Hand sanitizer membunuh kuman, namun ia memerlukan kandungan kepekatan alkohol 60-95%. Manakala cucian menggunakan sabun dan air hanya membersihkan bakteria dan kuman dari tangan dengan mudah.
Keberkesanan Sabun
Sabun tak bunuh kuman! tapi setidaknya penggunaan sabun lebih mudah menyingkirkan jangkitan yang terperangkap pada tangan seperti mana ia menanggalkan kotoran pada pinggan. Dengan teknik cucian yang betul dalam tempoh 20 saat, ia berupaya menyingkirkan segala kuman dan bakteria pada tangan. Namun jika lebih masa cucian dilakukan, ia membawa perbezaan yang lebih baik.
Perlu diingat, selepas mencuci segera lap tangan kering dengan tuala taua tisu bersih. Jika dibiarkan basah, bakteria lain pula akan singgah.
Keberkesanan hand-sanitizer
Penggunaan hand-sanitizer adalah pilihan terbaik jika anda tidak mempunyai akses kepada air bersih dan sabun terutamanya ketika berada di luar. Namun ia memerlukan teknik penggunaan yang betul seperti penggunaan sabun dan air bersih.
Namun, menurut Berezow, kebanyakan pengguna menggunakan hand-sanitizer dalam kuantiti yang tidak mencukupi. ANda pasti hand sanitizer yang digunakan dapat masuk pada celah kuku? rata seluruh tangan terutamanya pada celah jari?
“Penggunaan hand-sanitizer yang kerap akan mengeringkan tangan. Hal ini mengakibatnkan rekahan pada tangan dan ia lebih buruk bagi pengidap eczema,” kata Berezow lagi.
Nasihat Impiana, selepas penggunaan hand-sanitizer anda masih perlu mencuci tangan dengan sabun dan air bersih sebelum makan. Ia bagi mengelak kandungan sisa hand-sanitizer pada tangan masuk ke dalam sistem tubuh pula. Utamakan penggunaan sabun dan air bersih untuk cucian tangan sekiranya anda mempunyai akses tersebut terutamanya di rumah.
Sumber: https://www.insider.com/
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Pros Dan Cons Penggunaan Konkrit Untuk Kediaman Industrial

Konsep industri dalam seni reka bentuk dalaman telah lama popular dan menjadi kegemaran dikalangan pemilik rumah dan pereka, menjadikan permintaan terhadap bahan industri seperti konkrit yang biasanya digunakan di jalan masuk atau laluan utama serta pembinaan umum yang lain semakin meningkat. Konkrit juga merupakan bahan yang serba boleh kerana terdapat pelbagai cara penggunaan yang dapat kita lihat bukan sahaja untuk kemasan interior malahan juga untuk perabot seperti lampu dan meja sisi.
Sememangnya bahan ini dapat membuatkan kediaman anda tampak lebih moden dan unik tetapi sebelum anda memilih untuk menggunakan konkrit, adalah lebih baik jika lakukan sedikit research tentang sifat serta fungsinya agar tidak tersilap langkah dan bagi mengelakkan pembaziran di masa akan datang. Dengan mengambil tahu serba sedikit, ia akan membantu anda membuat keputusan untuk memastikan aplikasi yang anda mahu itu sesuai ataupun tidak.
Pemilik rumah mungkin suka untuk gunakan konkrit untuk bilik mandi, tetapi bahan ini tidak digalakkan untuk lantai kerana ;
1- ia boleh menjadi licin apabila basah, ditambah pula jika lantai dipenuhi sabun. Hati- hati ya!
2- Perlu juga diingat, konkrit mempunyai permukaan yang berliang, jadi kemunculan garis-garis retak mungkin akan berlaku dari masa ke masa.
3- Jika permukaan konkrit diletakkan berhampiran tingkap, haba yang dihantar melalui dinding akan menyebabkan permukaan retak dengan lebih cepat.
4- Apabila digunakan di dalam bilik mandi yang tidak mempunyai ventilasi yang baik, reaksi dengan bahan pencuci atau syampu juga mungkin akan menyebabkan kesan berbelak pada konkrit.
5- Jika anda masih berminat untuk mempunyai permukaan konkrit di kawasan basah, maka anda perlu menerima hakikat bahawa rupa dan keadaan konkrit itu akan berubah seiring masa.
Tapi janganlah bersedih dan terus tidak minat dengan konkrit, kerana terdapat pelbagai cara kreatif lain yang dapat kita lihat dengan menggunakan bahan serba boleh ini.
Dibawah IMPIANA kongsikan gambar-gambar untuk kita sama sama terinspirasi dengan konkrit. Selamat menghias!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI