Nak sihat, kena makan sayur dan buah banyak. Tapi sedarkah anda, sayur dan buah yang dibeli di pasaran tercemar dengan bahan kimia untuk memastikan ia tidak diserang kulat dan penyakit? Yang lagi parah, ada antara hasil yang dituai diletak bahan kimia untuk memastikan ia sentiasa segar dan ada juga direndam di dalam pewarna untuk menghasilkan produk yang nampak cantik
Perkara serius ni bukan baru tetapi telah menjadi amalan kepada produk sayuran dan buahan yang diimport dari luar negara. Sebab itu, ada antara negara mengetatkan pemeriksaan sayur dan buah yang diimport dari luar seperti Singapore
Tapi, kita di Malaysia memang tiada pilihan. Sedangkan sayur yang diimport keluar pun penuh dengan bahan sintatik, ini kan lagi untuk kegunaan komersial di dalam negara. Namun, jangan khuatir dan gusar, En Hafiz Sulaiman berkongsi tip mudah mencuci racun buah dan sayuran
1. BASUH DAN GOSOK DENGAN AIR
75-80% kandungan racun serangga yang terdapat pada sayur yang dibeli di pasaran dapat dikurangkan dengan membasuh dan menggosoknya di bawah aliran air sejuk. Sebaiknya, gunakan sarung tangan dan gosokkan sayuran dan buah-buahan selama 30 saat di bawah air yang mengalir. Jangan lupa gosok di bahagian celah-celah juga
2. BASUH DENGAN AIR GARAM
Ini antara tip yang kerap digunakan oleh mak-mak kita dahulu. Menurut Centre For Science and Environment, membasuh menggunakan garam dapat mengurangkan sisa racun serangga yang terdapat pada sayuran dan buah-buahan sebanyak 2%
3. CUKA PUTIH
Boleh gunakan cuka epal atau cuka kurma untuk mencuci buah dan sayuran. Pun begitu, rupa fizikal sayuran dan buah-buahan akan bertukar sedikit lebam kesan tindak balas. Rendam buah/sayur ke dalam 1 bahagian cuka dan 10 bahagian air selama 30-60 minit. Kesan dari teknik ini ia dapat membunuh kuman dan membuang sisa racun serangga yang terdapat pada sayuran
4. LEMON DAN SODIUM BIKARBONAT
Umum tahu, lemon dan sodium bikarbonat mempunyai sifat anti kuman.Jadi, ia sesuai digunakan untuk mencucui sayuran dan buah-buahan. Malah database Cochrane menilai 8 kajian termasuk RCT menunjukkan baking soda ini mampu meneutralkan toksik daripada pestisid. Masukkan satu cawan jus lemon dan dua camca besar baking soda dalam botol spray. Spray makanan dan lap (buah) atau basuh dengan air
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI