Segelintir pembeli mungkin tidak tertarik dengan kediaman sub-sale kerana ada yang bertanggapan rumah tersebut pasti dalam keadaan yang teruk ataupun memerlukan belanja yang banyak untuk dibaikpulih. Tetapi, tidak semua rumah sub-sale itu tak semenggah..
Mengikut statistik dari Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), lebih kurang 80% transaksi hartanah di negara ini adalah dari pasaran sekunder.
Jadi, buat anda yang sedang mencari rumah pertama ataupun yang mahu menambah hartanah, bolehlah cuba explore pasaran sub-sale.
Tapi sebelum buat keputusan membeli, semak dahulu 4 perkara penting ini :
DO’s
Modal secukupnya
Sebelum membeli rumah, ini antara kos yang anda perlu tanggung.
1. Downpayment
2. SPA
3. Loan Agreement
4. Valuasi
5. Insurans
Jadi pastikan modal anda sudah mencukupi dan diyakini dapat cover kesemua diatas.
Bawah harga pasaran
Pastikan kediaman yang anda lihat adalah dibawah harga pasaran untuk kurangkan kerugian.
Agen Hartanah berdaftar
Lantik agen yang berdaftar bagi mengelakkan anda ditipu
Lawat dan Periksa
Lakukan lawatan dan periksa keseluruhan rumah beberapa kali sebelummembuat keputusan supaya tidakmenyesal dikemudian hari
DON’Ts
Buat bayaran di akaun peribadi
Ejen tidak boleh meminta anda untuk membayar deposit ke akaun peribadinya. Anda berhak untuk persoalkan jika terjadi perkara ini.
Mohon pinjaman lebih dari kelayakan
Elakkan berbuat demikian jika anda tidakmahu menggung beban dimasa hadapan
Beli semata-mata kerana murah
Rumah murah tidak semestinya anda untung. Semak harga pasaran di masa hadapan.
Jangan abaikan kos tersembunyi
Jangan lupa untuk semak terlebih dahulu kos tersembunyi seperti kos penyelenggaraan paip, elektrik dan dinding
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Dekorasi Pangsapuri Servis 950Kps Interpretasi Konsep Mid-Century Modern
Isi Kandungan
ToggleDekorasi Pangsapuri Servis 950Kps Interpretasi Konsep Mid-Century Modern. Saat kali pertama melihat ruang kediaman yang dikongsikan IMPIANA tertawan dengan gaya dekorasi yang ingin diserlahkan.
Cukup unik berseni dengan gaya yang tersendiri.Tak terasa kediaman ini hanya berkeluasan 950kps. Perancangan bijak pemilik dalam menyusun atur dan menghias kediaman, membuatkan suasana rumah kelihatan ‘cosy’, luas dan cantik mata memandang.
Pemilik kediaman, Jay Mustafa cukup ‘berani’ memilih konsep Mid-Century Modern, yang jarang sekali menjadi pilihan gaya dekorasi kediaman di negara kita. Acapkali yang sering menjadi pilihan pencinta dekorasi kediaman seperti konsep MUJI, Japandi, Minimalist, Scandinavian, Modern Luxury mahupun Farmhouse.
Inspirasi Konsep Mid-Century Modern
Pemilik baru sahaja menghuni pangsapuri servis ini pada penghujung tahun 2024. Interpretasi konsep Mid-Century Modern pada dekorasi kediaman jenis Pangsapuri Servis berkeluasan 950 kaki persegi yang baru sahaja sebulan didiami ini berjaya dizahirkan oleh pemilik dengan sebaiknya. Malah proses renovasi dan menghias kediaman pula hanya mengambil masa 5 bulan.
Istimewanya, pemilik menjadikan sumber di media sosial serta filem-filem yang pernah ditonton sebagai ilham dekorasi dan inspirasi bagi merealisasikan konsep rumah ini.
“Kediaman ini berkonsep Mid-Century Modern. Saya memilih gaya konsep ini kerana ia memberikan suasana estetik yang tak lekang zaman dengan gabungan konsep vintage dan moden,”
“Saya mendapat idea dan inspirasi dekor rumah berkonsepkan Mid-Century Modern ini adalah daripada sosial media dan dari filem-filem yang saya tonton,” jelas Jay.
Keutamaan Dekorasi Kediaman
Tidak dinafikan pemilihan rona kediaman dan jenis perabot memainkan peranan penting dalam menyerlahkan lagi sesuatu konsep dekorasi kediaman yang menjadi pilihan. Lebih-lebih lagi pada kediaman yang memiliki ruang terhad.
Bagi pemilik aspek yang menjadi keutamaan sewaktu dekorasi ruang rumah ialah
penggunaan warna dan pemilihan perabot yang tepat. Ini kerana ia mampu menjadikan ruang yang kecil sekalipun boleh terasa lebih luas dan selesa.
Berkongsi ruang kegemaran atau ‘favorite spot’ di rumah pula, pemilik memilih bahagian ruang tamu yang tampak cukup ‘cosy’ dan selesa malah kebanyakkan masa juga dihabiskan pada ruang yang satu ini.
Definisi Rumah Buat Pemilik
Rumah pastinya mempunyai definisi yang tersendiri buat setiap pemilik kediaman. Bagi pemilik ini, ia melambangkan keperibadian serta mampu memberi sejuta kedamaian buat penghuninya.
“Dekorasi rumah melambangkan keperibadian pemiliknya. Rumah seharusnya menjadi tempat berteduh dari kesibukkan di luar yang memberikan sejuta kedamaian sebagaimana slogan Rumahku Syurgaku,” ujar Jay.
Memang cantik hasil dekorasi pangsapuri servis berkonsep Mid Century Modern ini. Meskipun hanya berkeluasan kecil 950kps namun tak terasa sempit, malah pemilihan padanan rona warna dan perabot yang tepat menyerlahkan dekorasi berkonsep ini. Semoga menjadi inspirasi buat pencinta dekorasi rumah yang lain.
INFO KEDIAMAN
Nama Pemilik: Jay Mustafa
Usia Kediaman: November 2024
Konsep Hiasan Dalaman: Mid-Century Modern
Lokasi: Kajang, Selangor
Keluasan Kediaman: 950 kaki persegi
Jenis Kediaman: Pangsapuri Servis
Spesifikasi Ruang Kediaman: 3 bilik tidur, 2 bilik air, yard
Mesti Baca: Inspirasi Bina Rumah Sendiri Konsep Moden Atas Tanah Memanjang 3284kps
Baca Lagi Di Sini: Inspirasi Tiny Cottage 420Kps, Tunai Hajat Arwah Suami Bina Rumah Persinggahan Atas Bendang
Artikel Menarik: Tiang & Lantai Retak, DBKL Arahkan Projek Kondominium RUMAWIP, J.Satine Residensi Wilayah Dihentikan
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Dekorasi Bajet Kuarters Guru, Rumah ‘Pinjam’ Pun Kena Hias Cantik-cantik
Dekorasi Bajet Kuarters Guru, Rumah ‘Pinjam’ Pun Kena Hias Cantik-cantik. Walaupun sekadar rumah pinjam, mestilah nak selesa juga bukan? Kita yang nak duduk hari-hari. Buangkan ‘perasaan’ bila duduk rumah sewa, tak payah beria hias rumah cantik-cantik!
Lihat dekorasi rumah kuaters guru dengan gaya bajet, simple dan moden ini. Hasilnya tetap cantik dan mencuri pandangan. Perabot cukup seadanya. Tak perlu beli perabot lebih-lebih. Ruang kediaman jadi tidak sempit. Rasa luas sebab tak banyak barang. Nak kemas pun senang.
Ini perkongsian Nur Diyana bagaimana menghias kuaters guru yang didiaminya dengan kos yang berpatutan dan juga dengan fungsi praktikal. Jom kita menjamu mata!
TIP HIAS RUMAH SEWA:
1. TENTUKAN KONSEP
Sebelum membeli barang-barang untuk menghias kediaman, pastikan konsep yang ingin dihasilkan. Konsep minimal dan praktikal lebih sesuai supaya tdak membazir ruang dan juga wang.
2. PILIH WARNA YANG SESUAI
Warna yang paling selamat adalah warna putih. Sesuai untuk semua jenis dekorasi. Jika anda tidak mahu pening-pening memikirkan cat apa yang sesuai untuk dinding rumah sewa anda, pilihlah warna putih.
3. MINIMUMKAN PERABOT
Pilih perabot yang sesuai dengan ruang kediaman. Jika perlu, ukur terlebih dahulu ruang yang ingin diletakkan perabot tersebut. Tidak perlu beli terlalu banyak perabot sehingga ruang menjadi sempit. Minimalis itu lebih baik!
4. MINIMUMKAN BARANG PERHIASAN
Berhati-hati ketika membeli barangan untuk hiasan kediaman anda. Selalunya kita akan sentiasa terlebih beli barang yang tidak perlu. Jadikan ruang kediaman anda berfungsi secara praktikal dan ruang yang mudah dibersihkan. Pastikan kediaman mempunyai ruang supaya mudah untuk divakum, dimop dan dibersihkan habuk.
5. BOLEH LETAK POKOK HIASAN
Hiaskan dengan pokok hiasan seperti fiddle-leaf fig (Ficus lyrata), snake plant dan sebagainya untuk memberikan suasana dan zen yang menenangkan.
Sumber: Nur Diyana
Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Anda ingin tak memiliki set sofa yang cantik keluaran jenama Ella Furniture?
Jom sertai peraduan rakam video dan menang Ella Furniture. Anda berpeluang untuk memenangi set sofa bernilai RM12,000!
Bagaimana caranya? Mudah sahaja! Follow akaun tiktok rasmi Impiana dan Ella Furniture sekarang.
Rakamkan video berdurasi 1 minit mengapa anda mahukan set sofa baharu dari Ella Furniture.
Muatnaik rakaman video tersebut di akaun TikTok, Instagram atau Facebook peribadi anda.
Jangan lupa untuk tag Impiana dan Ella Furniture berserta hashtag #EllaXImpiana #EllaXSelebriti
Makesure akaun media sosial peribadi anda disetkan mod public! Sertai sekarang!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Seni Bina Ruang Tamu Untuk Orang Islam, Privasi Dan Aurat Tuan Rumah Lebih Terjaga
Isi Kandungan
ToggleRekabentuk rumah lama sangat mementingkan privasi penghuni kediaman. Jika diperhatikan, rekaan rumah lama telah diadakan sudut khas untuk tetamu tanpa perlu mengganggu privasi penghuni kediaman yang lain.
Khairunnisa Hamzah seorang pengasas Reka Bentuk 3D Online telah berkongsi ilmu bagaimana ruang tetamu yang sesuai dibina untuk rumah orang Islam.
Sekiranya anda berkeinginan untuk membina rumah sendiri dan mempunyai modal lebih, apa salahnya jika mengikuti saranan ini. Keselesaan ahli keluarga anda pastinya akan terjamin selain mengikut tuntutan syarak terutama dari segi menjaga aurat. Semoga bermanfaat untuk semua.
BAGAIMANA RUANG TAMU YANG SESUAI UNTUK RUMAH ORANG ISLAM?
Adalah lebih baik jika tetamu tidak dapat melihat langsung aktiviti dan dalaman rumah keluarga. Cukuplah pergerakan tetamu di ruang tetamu sahaja.
“Minta maaf, nak tumpang tandas, boleh?” Biasa tetamu akan buat permintaan mengejut sebegini apabila datang berkunjung.
Sekiranya ada tandas di ruang tetamu, tetamu tidak perlu lagi masuk ke dalam bilik-bilik tuan rumah atau terus terjah ke dapur.
Saya ada menonton kuliah agama seorang ulama Indonesia yang mengatakan:
“Yang terbaik adalah jika kamu boleh mengasingkan ruang tetamu dengan ruang keluarga. Kalau boleh, diasing terus dari rumah kamu sehingga apabila kamu menutup pintu dan menguncinya sekalipun, tetamu masih boleh aman di situ.”
Maksud beliau kita sememangnya wajib melayan tetamu sebaiknya. Oleh itu sediakan ruang untuk tetamu semampu boleh namun paling penting ialah mengambil kira aurat dan aib tuan rumah sekeluarga.
Siapkan ruang duduknya, ruang bersucinya (tandas), ruang solatnya dan juga ruang berehatnya (bilik tidur) di satu kawasan yang sama yang tidak perlu melalui ruang keluarga.
Ini dapat membataskan aurat, pandangan dan pergaulan antara tetamu dan ahli keluarga.
Orang putih ada wujudkan ‘powder room’ di ruang tamu. Ia adalah bilik bersiap yang dilengkapi dengan kemudahan tandas.
Namun berbeza dengan rumah-rumah di negara kita yang kebanyakkannya tandas diletakkan di ruang dapur atau di dalam bilik tidur.
“Nisa, macam mana ya nak buat? Kalau tetamu datang, dari pintu masuk terus boleh nampak akak tengah memasak di dapur. Tak selesalah. Kadang tak sempat pakai tudung atau baju lengan panjang,” luah salah seorang pemilik kediaman masa sesi makeover rumahnya.
Sekarang banyak rumah buat konsep terbuka (open concept). Namun, apabila menerima kehadiran tetamu secara mengejut, ia menyebabkan wanita Islam tidak selesa kerana belum bersedia menutup aurat. Apatah lagi ketika itu sedang sibuk beraksi dengan kuali di dapur.
Jika kita lihat senibina rumah lama dahulu, mereka sudah ambil berat tentang hal ini terlebih dahulu. Di dalam rumah mempunyai ruang publik, semi publik dan ruang privasi.
RUANG PRIVASI
Apabila tetamu yang tidak rapat datang berkunjung, mereka hanya ditapis dan dilayan hanya di serambi (ruang publik).
SEMI PUBLIK
Sekiranya merupakan tetamu rapat seperti kenalan atau saudara, barulah dapat masuk sehingga ke ruang menonton, ruang rehat dan ruang makan.
RUANG PRIVASI
Manakala bilik-bilik tidur, ruang keluarga dan dapur (ruang privasi) hanya untuk tuan rumah sahaja.
Ramai antara kita sudah siap beli rumah daripada pemaju. Jadi bagaimana untuk menjadikan rumah kita terpelihara aurat dan pandangan dari tetamu?
MUNGKIN BOLEH BUAT BEGINI:
1. Boleh buat penghadang pandangan seperti tambahan tembok atau tabir yang menghalang pandangan terus ke ruang privasi tuan rumah.
2. Boleh tambah tempat wuduk dan ‘powder room’ (tandas) di hadapan rumah.
3. Boleh siapkan bilik tidur/bilik solat tetamu di hadapan rumah.
PENGALAMAN BERKUNJUNG KE RUMAH KENALAN DI INDONESIA:
Saya pernah datang berkunjung ke rumah kenalan di Indonesia. Ia merupakan rumah bertingkat (apartment). Apa yang menariknya, setiap rumah itu dilengkapi dengan ruang yang sangat menarik perhatian saya.
Pemaju menyiapkan ruang untuk pembantu rumah yang boleh dipisahkan terus dari rumah keluarga. Ini bermakna apabila tutupnya pintu dapur dari dalam, maka pembantu rumah boleh menjalankan aktivitinya seperti biasa kerana dilengkapi dengan tempat tinggal, tandas, fasiliti lain dan boleh terus keluar dari kawasan pagar rumah di bahagian tersebut. (Ada 2 akses)
Mungkin apa yang boleh kita buat akan datang ialah merekabentuk rumah di mana ruang tetamu boleh direkabentuk sebegitu. Ruang tamu mempunyai akses yang berlainan dan terpisah terus dari rumah keluarga. Dengan cara ini privasi keluarga di rumah tersebut akan terus terpelihara.
Sumber: Khairunnisa Hamzah
Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI