4 Elemen Sempurnakan Kediaman Dengan Konsep Ala Bali

Share

Salah satu tema yang sering menjadi pilihan bagi pemilik kediaman di mana kenyamanan dan ketenangan menjadi aspek utama adalah konsep ala Bali. Negeri asal yang terletak di Indonesia ini amat dekat dengan flora dan fauna serta kaya dengan budaya. Bagi anda yang mungkin mahu menerapkan unsur Bali pada kediaman, pastikan rumah tersebut dilengkapi dengan 4 elemen utama ini :

#1 Alam Semulajadi

Gabungkan keindahan alam semulajadi dengan keselesaan hiasan dan susun atur dalam kediaman anda bagi mendapatkan feel yang lebih autentik selain menjamin kebersihan udara di ruang berkenaan. Banyak kelebihannya selain tampak cantik dan menaikkan seri rumah yang berani menerapkan unsur kehijauan pada bahagian dalam.

#2 Budaya

Kekayaan adat dan budaya sememangnya telah cukup sinonim dengan Bali. Jadi apa salahnya jika anda memelihara dan memulihara keistimewaan ini dengan menerapkan beberapa unsur kebudayaan masyarakat Bali sebagai tribute selain melahirkan rasa penghargaan dan kecintaan terhadap pelbagai cabang seni yang terdapat di Bali.

#3 Buatan Tangan

Barangan handmade atau buatan tangan biasanya mempunyai nilai yang lebih tinggi kerana kualiti yang terjamin serta kehalusan seni nya. Kediaman anda akan nampak lebih ‘hidup’ dengan adanya aksesori atau perabot yang dibuat dengan penuh perincian.

#4 Neutral

Pilih warna-warna neutral atau bertona tanah untuk menyempurnakan konsep Bali di kediaman anda. Pemilihan warna dapat memainkan peranan penting dalam menzahirkan mood kediaman yang anda inginkan. Selain memberi ketenangan, earth tones juga melambangkan optimism, semangat dan kegembiraan.

Published by
amalina