Zaman sekarang, rumah yang menerapkan ciri-ciri tradisional memang jarang sekali kita dapat lihat. Barang kali, ada juga yang telah lupa akan seni bina tradisional. Bagi anda yang ingin merasai sendiri dan menghayati nilai seni bina tradisional yang semakin ditelan zaman, ini antara lokasi yang patut anda kunjungi.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Santapan Menu Oriental Berlatarbelakang Fasad Ala Maharaja di The Qing
Jika anda pengemar hidangan kaum Cina seperti dim sum, ladu dan seakannya, The Qing adalah pilihan yang tepat! Berlatarbelakang fasad ala Dinasti Maharaja Cina, pasti membuatkan anda teruja. Indah dalam dan luar, The Qing semestinya tarikan terbaru pusat bandar Kuala Lumpur dengan fasad serta dekorasi menawan!
Kombinasi hidangan menyelerakan, atmosfera tenang lagi mendamaikan, The Qing yang terletak di Chow Kit bukan sekadar menawarkan variasi menu ladu serta dim sum lazat, namun lebih lagi dengan suntikan suasana Chengdu moden yang pasti mengujakan.
Menggabungkan konsep dari negara China dan Jepun, pemilik memilih kombinasi serasi kedua-dua budaya negara yang cukup dekat di hatinya apatah lagi konsep, dekorasi, susun atur dan pelaksanaan merupakan hasil idea dan kreativiti Mr Chan sendiri.
Menghuni premis tiga tingkat, Mr Chan menerapkan konsep ancient dan moden untuk setiap tingkat, di mana tingkat pertama lebih kepada Hong Kong dan Jepun, manakala China pula untuk tingkat dua dan tingkat tiga lebih kepada Shanghai. Turut digabungkan adalag lima elemen Wu Xing yang menyerlahkan atmosfera setiap tingkat iaitu api, air, kayu, bumi dan logam.
Fasad ala-ala dinasti Cina dan budaya Jepun dengan pokok-pokok bonsai serta laluan kaki bermaterialkan kayu jati dengan pelbagai aspek tradisional lain, sungguh kami rasakan ketenangannya walaupun lokasinya terletak di tengah-tengah ibu kota.
Menawarkan pengalaman menjamu selera yang pasti sukar ditemui di mana-mana restoran Cina Halal seangkatan dengannya, kami tertanya-tanya bagaimana terciptanya idea membangunkan restoran seperi The Qing ini.
“Pada mulanya, ideanya adalah mencipta restoran warisan dengan dalaman moden, tetapi semuanya berubah selepas saya pulang bercuti dari negara China”, jelas pemilik dan pengasas The Qing, Mr. Chan Wai Keong.
Idea konsep santapan mewah ala raja untuk pengunjung bercitarasa tinggi menjadi pilihan beliau dalam memastikan setiap rakyat Malaysia pulang dengan pengalaman yang tidak dapat dilupakan sementelah melawat The Qing.
Di perkarangan restoran ini sudah cukup menyejukkan mata, suasana di dalam juga tiada bezanya. Dengan tempat duduk beralaskan kulit dengan warna biru nilam, latar dinding berwarnakan simbolik unsur bunga dalam budaya Cina, serta pokok bonsai yang dipercayai aura dalam membangkitkan semangat, mewujudkan keseimbangan yang harmoni, pasti menyejukkan mata yang memandang.
Beralih pula pada ruang tempat duduk di tingkat atas, mampu memuatkan kira-kira 40 orang, kami cukup terpesona dengan figura ikan emas bercahaya terapung di siling restoran, pokok dan batu bata mengambarkan lima unsur Wu Xing iai tu api, air, kayu, logam dan tanah. Pelbagai pilihan tempat duduk dari persendirian sehingga ke meja bulat kayu jati dilengkapi dengan pencahayaan mewah yang menyinari segenap ruang.
Indah dalam dan luar, The Qing semestinya tarikan terbaru pusat bandar Kuala Lumpur. Pilihan dim sum menjadi antara daya penarik, dengan gabungan mewah dan sentuhan tradisional pastinya buat anda terliur.
Yang menariknya, memandangkan semua hidangan yang dijamu bebas daging khinzir, The Qing adalah untuk semua. Visinya satu, mengalu-alukan setiap lapisan masyarakat Malaysia untuk menikmati makanan istimewa serta tradisi kaum Cina tanpa ragu-ragu yang semestinya tidak boleh anda lepaskan.
Kesimpulannya, The Qing adalah lebih daripada sekadar restoran bagi menikmati pilihan dim sum bebas daging khinzir, namun ia lebih pengalaman mengisi mata dan perut. Dengan persekitaran yang anggun dan tersusun, anda dan keluarga pasti ingin bersantap lagi ke sini.
Gambar: Instagram @theqingkl
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Bagi Yang Gemar Travel Wajib Kunjung Hostel Di Asia Ini
Bagi yang gemar travel wajib kunjung hostel di Asia ini. Hostel pilihan IMPIANA yang stylish dan memukau pada padangan pertama.
Hostel ini memang wajib jadi kunjungan kerana dekorasi yang terdapat di hotel ini tidak sama dengan hotel yang biasa di kunjungi. Jom lihat apa yang menariknya.
- Citan Hostel, Tokyo- Rekaan dan sentuhan dalam suasana yang lebih moden
Bagi yang berhajat nak ke Tokyo boleh la singgah untuk menginap di Citan Hostel ni. Harga pun berpatutan. Rekaan yang digayakan lebih santai dan moden minimalis dalam penataan tersendiri.
Sumber: trip.com
2. Adler Hostel, Singapura – Mewah Di Tengah Kota
Adler Hostel merupakan salah satu hostel mewah di Singapura dengan memadukan nuansa seni bina Heritage dengan rekaan interior bergaya Eklektik.
Ruang komunikasi berupa ruang duduk sekaligus lobby, dekorasinya juga memasukkan warna-warna bold yang segar. Stylish dan mewah!
Jika Anda ingin menginap di hostel yang mewah dan indah, serta berlokasi sangat strategik, menjadi pilihan tepat untuk menginap di Adler Hostel, Singapore.
Sumber: adlerhostel.com
3. The Vietnam Hostel Danang- Rekaan Eco Friendly
Danang merupakan kota wisata bahari yang terkenal di Vietnam, karena memiliki pantai yang indah serta sungai Han dan Semenanjung Son Tra yang tidak kalah indahnya.
The Vietnam Hostel dibangun dengan mempertimbangkan dampaknya terhadap lingkungan, sehingga banyak menggunakan konstruksi yang ramah lingkungan seperti penggunaan konstruksi batu bata yang tidak dibakar, dinding yang tidak diplester agar meminimalisir penggunaan semen, dan desain dengan sistem passive cooling.
Secara keseluruhan, The Vietnam Hostel, Danang ini memiliki konsep yang environmental friendly with beautiful design.
sumber: archdaily.com
4. Tamni Hostel, Bangkok- Konsep Mampan Dalam Sentuhan
Tamni Hostel awalnya merupakan area seluas 1110 m2 yang terdiri dari 22 unit ruko yang telah berusia 60 tahun, lalu diubah menjadi kawasan Hostel seluas 700 m2.
Prioritas pengembangan kawasan ini bukan dengan tujuan bisnis, namun untuk perubahan yang lebih baik bagi masyarakat dan lingkungan.
Sehingga hostel didesain dengan banyak area komunal yang memungkinkan terciptanya banyak interaksi antar manusia, selain itu juga banyak menggunakan material-material reuse dan recycle yang ramah lingkungan.
Secara keseluruhan Tamni Hostel, Bangkok ini menerapkan desain yang sustainable, yet exciting!
sumber: archdaily.com
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Nikmati Rekabentuk Indah Dengan Konsep Menarik Di Kafe Vintage 1988
Jenama aksesori terkenal, Vintage 1988 kini melebarkan sayap dalam bidang gastronomi dengan pembukaan kafe pertamanya di Jalan Sultan, Kuala Lumpur. Pengunjung akan disambut dengan suasana retro yang sememangnya dapat menggamit kenangan masa lalu.
Terletak betul-betul di hujung jalan, kafe Vintage 1988 amat menonjol dan mudah untuk dijumpai. Muka bangunan (facade) klasik yang di cat hijau dan putih ini terlihat segar dan pasti akan membuat pengunjung lebih tertarik dengan papan tanda neon menandakan terdapatnya aneka burger, gelato dan kopi di dalam.
Komited dengan tema vintaj, kafe ini membawa ciri-ciri retro 80-an dengan penggunaan pelbagai barangan antik yang ditata rias selari dengan perabot kayu moden serta dinding batu bata yang dibiarkan tanpa kemasan. Tingkap-tingkap besar sekeliling premis ini berbentuk arch dengan bingkai besi tampil elegan selain menyerlahkan lagi elemen retro.
Selain itu, kafe ini juga dipenuhi tumbuhan hijau segar yang menghiasi meja dan beberapa sudut bagi menaikkan lagi “mood” pelanggan yang mahu bersantai sambil menikmati makanan yang disediakan.
AKSESORI SENTUHAN PERIBADI
Seperti yang kita tahu, Vintage 1988 juga merupakan jenama aksesori. Antara aksesori fesyen yang dihasilkan termasuklah gelang tangan dan kaki serta rantaileher. Semuanya bercirikan vintaj dan autentik. Pelanggan juga boleh DIY loket yang mereka inginkan, sangat sesuai dijadikan hadiah atau cendera hati.
PENGALAMAN KULINARI UNIK
Menu yang terdapat di Vintage 1988 di dominasi oleh makanan barat dengan fusion tempatan. Segalanya disediakan dengan cermat dan dibuat dengan bahan segar berkualiti bagi menjamin kepuasan pelanggan. Setiap hidangan pastinya akan membuka selera sesiapa sahaja yang cintakan makanan dengan citarasa unik.
Bagi anda yang sering mencari destinasi menarik untuk minum petang di hujung minggu, jangan ketinggalan untuk kunjugi Vintage 1988 kerana selain terdapat pelbagai juadah yang menarik, kafe ini juga depenuhi sudut-sudut instagrammable untuk anda muat naik ke laman sosial.
+ INFO KAFE
Premis : Vintage 1988
Lokasi : 34, Jalan Sultan, City Centre, 50000 Kuala Lumpur
Hidangan : Barat dan Asia
Waktu Operasi : Buka setiap hari, 9am-11pm
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI