Zaman sekarang, rumah yang menerapkan ciri-ciri tradisional memang jarang sekali kita dapat lihat. Barang kali, ada juga yang telah lupa akan seni bina tradisional. Bagi anda yang ingin merasai sendiri dan menghayati nilai seni bina tradisional yang semakin ditelan zaman, ini antara lokasi yang patut anda kunjungi.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Rumah Rehat Tradisional Lengkap Dengan Private Pool
Omah Liren yang terletak di Sungai Besar, Selangor dimiliki oleh seorang arkitek yang bernama Arissen bin Sanusi. Menurut beliau, Omah Liren berasal daripada perkataan bahasa Jawa yang membawa maksud rumah rehat.
Omah Liren direkabentuk oleh pemiliknya sendiri. Semasa merekabentuk Omah Liren, Encik Arissen menginginkan sebuah rumah yang simple tapi menepati ciri sebuah keluarga. Beliau mendapat idea dan inspirasi dari pengalaman beliau sekeluarga yang selalu travel ke luar negara. Omah Liren dilengkapi dengan kemudahan private pool, ruang santai yang terbuka dan kemudahan lain seperti dapur.
.
.
.
Antara keunikan Omah Liren adalah asas rumah induknya yang berasal daripada kayu rumah lama kepunyaan ibu bapa Encik Arissen dan ditambah rekabentuk baru. Kawasan private pool yang berhampiran memudahkan ibu bapa untuk memantau anak-anak.
Antara tips yang dikongsikan oleh Encik Arissen adalah letakkan perabot kayu di kawasan tertutup dan pastikan perabot kayu tidak didedahkan dengan kelembapan yang berlebihan.
.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Senibina Tradisional Dalam Penataan Moden Rumah Panjang Sarawak
Sudah banyak artikel tentang rumah yang disiarkan oleh IMPIANA baik dari jenis teres hingga ke rumah high rise disekitar semenanjung Malaysia. Kali ini IMPIANA ingin mengajak anda untuk menjengah saudara borneo kita di negeri Sarawak yang mana mereka amat terkenal dengan pembuatan rumah panjang yang boleh memuatkan lebih daripada 10 keluarga dalam satu rumah. Jika dalam sebuah komuniti adanya ketua kampung, ketua adat dan tok batin, di rumah panjang tanggungjawabnya tergalas di bahu seorang tokoh bernama Tuai Rumah.
Rumah panjang tradisional diperbuat daripada sumber semula jadi seperti kayu,buluh dan dibina secara bertingkat di atas tanah. Lazimnya ia akan menempatkan semua ahli keluarga dalam satu rumah dan berkongsi ruang tamu yang sama dalam saiz panjang dari hujung ke hujung. Kebiasaanya, kediaman jenis ini menjadi penempatan buat suku kaum Iban, Melanau, Orang Ulu dan Bidayuh.
Rumah panjang tradisional dibina menggunakan tiang jenis kayu keras dan tidak mudah rosak seperti kayu belian manakala binaan bumbungnya diperbuat daripada daun rembia dan apa jua jenis daun yang tebal dan tahan lasak. Untuk menampung penduduk yang ramai lantainya diperbuat daripada buluh, papan atau kulit kayu. Tangganya pula dihasilkan daripada sebatang kayu bulat yang ditakik menggunakan beliong.
Walaupun negara kita sudah memasuki zaman moden dimana pembuatan rumah juga turut mengikuti arus peradaran zaman, begitu juga dengan rumah panjang, hari ini sudah ada rumah panjang moden tetapi senibinanya kekal sama seperti tradisional. Sepertimana perkongsian yang dibuat oleh seorang pemilik laman sosial iaitu Andrewson Luat Jantai yang mana beliau telah berkunjung ke salah satu rumah panjang moden yang terletak di daerah Bintulu, Sarawak.
Senibinanya diperbuat daripada batuan konkrit dengan hiasan dalaman yang moden. Seperti contoh, penggunaan kipas elektrik dihadapan setiap bilik keluarga, sofa dan dapur moden. Terdapat seramai 33 keluarga yang mendiami rumah panjang tersebut.
IMPIANA paparkan untuk anda beberapa rumah panjang moden untuk kita ketahui dengan lebih luas salah satu khazanah budaya berbilang kaum yang ada di Malaysia.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
5 Homestay CANTIK ala Tradisional Melayu Di Langkawi
TERATAK 1 MALAY FARMER ‘ HUT
Teratak 1 – Malay Farmer’s Hut yang terletak berhampiran dengan Pantai Chenang. Mengambil masa kira-kira 5 minit untuk kesana jika menaiki kereta. Manakala ianya mengambil masa 15 minit untuk ke lapangan terbang. Sudah semestinya homestay ini merupakan salah satu tempat yang begitu strategik dan memudahkan pengunjung ke sini. Selain itu juga, korang boleh menikmati pemandangan Gunung Mat Chinchang yang sangat cantik dan mendamaikan lebih-lebih lagi pada waktu pagi. Di homestay ini telah menyediakan pelbagai kemudahan dan kelengkapan yang pastinya memuaskan hati ramai pihak.
SUNSET VALLEY
Sunset Valley yang dikatakan berusia lebih daripada satu ratus lapan puluh tahun ini berkonsepkan ala tradisional yang mempunyai kelengkapan yang lengkap untuk tetamu yang menginap di homestay ini. Homestay Sunset Valley yang berada di Langkawi ini dikelilingi dengan pemandangan sawah padi yang hijau yang pasti membuat anda teruja kerana seperti berada dikampung. Homestay ini menyediakan kemudahan wifi,dapur,bilik tidur yang dilengkapi dengan katil, bilik mandi yang moden dan terdapat juga kolam renang.Homestay Sunset Valley ini terletak dilokasi yang sangat strategik kerana terletak kira-kira 15 minit dari lapangan terbang dan juga jeti ke Pulau Langkawi.Homestay ini juga menawarkan haga yang sangat berpatutan.
ALAMANDA MINANG VILLA
Alamanda Minang Villa ini merupakan salah satu homestay yang berkonsepkan rumah tradisional moden yang sangat cantik dan selesa. Harga untuk semalaman pula ialah RM341,harga yang sangat bersesuaian dengan homestay ini.Homestay ini juga membuat hiasan atapnya hanya dengan menggunkan daun mengkuangdab berdinding batu. Homestay Alamanda Minang Villa ini mempunyai kawasan yang sangat luas dan pemandangan yang sangat cantik.
VILLA SERI KAMPUNG
Sebuah lagi homestay yang berkonsepkan seperti villa ini yang merupakan sebuah tempat penginapan yang sangat selesa dan ianya mementingkan ciri-ciri rumah kampung dan tradisional melayu. Homestay Villa Seri Kampung ini terletak lebih kurang 10 minit dari Bandar Kuah dan 30 minit dari Lapangan Terbang. Di kawasan homestay ini dikelilingi dengan pokok-pokok yang menghijau yang pasti akan memberi ketenangan bagi mereka yang berada di sini.Homestay Villa Seri Kampung ini turut menyediakan kemudahan yang lengkap. Jika anda berada di sini dan sudah menempah homestay ini, pemilik homestay ini sendiri yang akan menjemput anda di lapangan terbang.
TRADITIONAL ISLAND HOUSE
Traditional Island House ini adalah sebuah homestay yang dimiliki oleh seorang wanita yang berasal dari England! Homestay ini telah mendapat pandangan yang sangat bagus dari pengunjung-pengunjung yang penah menginap di homestay ini. Jika telah mendapat pandangan yang baik,sudah tentu homestay ini memberikan penginapan yang cukup baik untuk para pengunjung.Homestay traditional island house ini terletak berhampiran dengan Pantai Chenang yang merupakan pantai yang cukup terkenal di Pulau Langkawi
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI