Backsplash atau kemasan dinding pada bahagian belakang sinki adalah satu perkara yang selalu kita pandang remeh ketika dalam proses renovasi rumah khususnya di dapur. Fungsi utama backsplash adalah bagi menghalang dan mengelak dinding dari terkena air seterusnya mengotorkan bahagian tersebut. Ia tidak perlu terlalu dominan dan menyakitkan mata, namun jika ia terlalu hambar, anda pasti akan tertanya-tanya mengapa ruang dapur anda kelihatan kusam..
Jika anda bercadang untuk menambah baik atau mengubahsuai dapur anda, di sini IMPIANA kongsikan beberapa jenis bahan yang sesuai untuk dijadikan backsplash dengan menilai faktor-faktor berikut ;
1.KOS
Adakah bahan itu mampu milik dari segi kos pemasangan dan kos penyelenggaraan
2.GAYA
Sama ada ia adalah satu gaya yang sudah lapuk dan ketinggalan zaman atau tidak bersesuaian dengan konsep
3.KETAHANAN
Memastikan bahan yang dipilih berbaloi dengan nilai yang dibayar dari segi ketahanan untuk jangka masa yang panjang
Jangan pula kita lupa bahawa backsplash bukan hanya sekadar elemen dekoratif di dapur tetapi juga merupakan sesuatu yang mempunyai fungsi pelindung. Jadi kita juga perlu menilai backsplash dari aspek functionality. Sama ada material yang dipilih dapat mejalankan tugas menghalang air dari terpercik ke dinding dengan baik ataupun tidak. Keperluan setiap orang juga adalah berbeza-beza jadi ikutlah kesesuaian dan kemampuan masing-masing ya!
Ini 4 material pilihan IMPIANA untuk backsplash :
Kaca
Batu Marmar (Marble)
Besi Tahan Karat (Stainless Steel)
Jubin Seramik atau Porselin