Se (30)

Umum tahu,kunyit dikategorikan sebagai super food yang kaya dengan pelbagai khasiat untuk kesihatan. Sebenarnya, kunyit juga antara bahan rawatan terbaik untuk tanaman dikebun anda. Antaranya ialah:

Nak beli baja organik yang dihasilkan sendiri petani tempatan boleh klik sini https://invol.co/clv52h

4 Kegunaan Hebat Serbuk Kunyit Di Laman, Untuk Cegah Serangga Perosak1. RACUN SERANGGA

Walaupun kunyit dikategorikan sebagai superfood, ada sesetengah serangga seperti semut tidak menyukai aroma kunyit. Oleh itu, jika tanaman anda diserang semut, selain mengunakan semburan untuk mencegah kehadiran semut, boleh taburkan serbuk kunyit pada pangkal tanaman

IKLAN

2. MERAWAT LUKA TANAMAN

Selepas mencantas, tanaman mudah terdedah kepada bakteria pada bahagian yang baru dipotong. Hal ini akan menyebabkan pokok diancam dengan pelbagai penyakit. Sebaiknya, bancuhkan sedikit serbuk kunyit menjadi pes, sapukan pada bahagian yang di potong.

IKLAN

3. RAWATAN KULAPUK (OWDERY MILDEW)

Kelihatan kulapuk putih pada permukaan daun tanaman terutamanya yang berhampiran dengan tanah? rawatan alami untuk masalah ini campurkan 2 bahagian abu arang dan 1 bahagian kunyit. Taburkan serbuk ini pada tanaman yang dijangkiti pada hari yang tidak berangin. Sebaiknya taburkan pada awal pagi kerana embun pada daun akan melekat pada serbuk.

IKLAN

4. RAWAT GIGITAN SERANGGA

Digigit serangga ketika berkebun? ada kesannya menyebabkan kegatalan. Apa yang perlu anda lakukan adalah, bancuh serbuk kunyit menjadi pes adn sapukan padankawasan gigitan. Kandungan kunyit mudah dan cepat diserap kulit. Ia akan mengurangkan kegatalan dan alahan secara semula jadi.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI