
Sayur jenis berdaun terutamanya bayam dan kangkung, 3 hari je dah mula layu dan lebih lagi rosak begitu sahaja. Sebenarnya, untuk sayauran berdaun ni ada cara atau teknik penyimpanan untuk tahan segar lebih 10 hari walaupun dah dipotong.
Cara-caranya:
1. Satukan kesemua sayuran dalam satu bekas besar dan rendam bersama air yang sudah ditambah sedikit garam selama 10 minit.
2. Toskan sayur selama beberapa minit dan rendamkan semula sayur dalam air tanpa garam selama 5 minit.
3. Toskan semula sekitar 15 minit atau sampai sayur kering sebelum masukkan ke dalam bekas kedap udara.
4. Simpan sayur dalam peti sejuk.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Wanita Ini Dedah Rahsia Sayur Kekal segar Dalam Masa 3 Minggu. Memang Berjaya!

Kalau takat duduk berdua tu memang rasanya tak berbaloi nak beli bahan mentah dan masak. Bukan apa, nanti confirm bahan mentah tu tak tahan lama dan cepat busuk. Takkan nak makan lauk yang sama tiap hari kan? Tapi nak buat macamana, beli sikit-sikit rugi. Tu yang selalu kita bini-bini ni beli sekali seikat.
Wanita ini kongsi tips sayur kekal segar walau hampir 3 minggu.
TIPS SAYUR KEKAL SEGAR.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Harini sy nak kongsi cara saya simpan sayur. Disebabkan saya ni agak malas hari-hari nak ke kedai beli sayur tambah-tambah lagi kedai runcit agak mahalkan. Sya dan suami akan k pasar borong selangor 2 minggu sekali atau 3 minggu sekali untuk beli segala keperluan masak. Percaya atau tidak semua sayur ni harga x sampai RM20 tau…Jimatkan kan kan..Kami akan spend Rm150++ sahaja untuk barang basah bagi 2 k 3 minggu kegunaan. Eh panjang plak pengenalan jom2 kita pergi k tips simpan sayur segar berminggu-minggu.
1 —> Satukan semua sayur dalam satu bekas yang besar dan rendam bersama air tambah sedikit garam selama 10minit.
2 —> Toskan selama beberapa minit.
3 —> Rendamkan balik sayur dalam air sahaja tanpa garam tau selama 5minit sahaja.
4 —> Toskan lagi sampai air menghilang dari sayur okey. Lepastu masukkan dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti ais tadaa siap.
Sangat senang, mudah dan jimat bagi saya sorang suri rumah x payah nak bazirkan masa dan minyak kereta lagi hari-hari nak ke kedai kan.
Sumber : Syikin Miskam via (MAHN)
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Bekas Simpan Beras Vairal, Cantik Dan Comel Je Buat Dekor Di Dapur

Bekas beras bukan boleh sebarang. Ianya perlu kedap untuk memastikan ia tahan lama dan terhindar dari ancaman terutamanya kutu beras. Sebab itu, ada istilah FIFO (first in, first out) bagi memastikan beras yang lama dihabiskan dahulu. Sedar keperluan ini, banyak jenama mengeluarkan bekas khas untuk menimpan beras dengan konsep FIFO ni. Tapi, harganya memang boleh tahan mahal.
Sebenarnya kalau tak ada bekas beras FIFO ni pun tak jadi masalah. Tapi, pastikan beberapa perkara ni anda lakukan:
1. Sediakan bekas keda udara
2. Elak air atau tangan basah ketika menggambil beras
3. Boleh letak bunga cengkih, daun limau purut atau cili kering dalam bekas beras
4. Pastikan beras lama di habiskan terlebih dahulu sebelum beras baru dimasukkan
5. Cuci beaks beras setiap kali beras baru dimasukkan
Baru-baru ni, tular pula bekas beras cantik yang secara tidak langsung boleh menajdi sebahagian dari dekor di dapur
Bekas beras nano siap ada tempat letak herba untuk elak seranggan kutu beras. Kalau nak beli bekas beras ni, boleh je klik link shopee ni https://invol.co/cl4kr45
Rekaan beaks beras ni macam periuk nasi. Memang cantik letak atas kabinet dapur tambahan warna nya pun menarik. Nak beli, boleh klik link shopee ni https://invol.co/cl4kr7y
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
5 Lokasi Kedai Deko Wajib Pencinta Vintaj & Retro Pergi!

Bring the vintage back! Trend barangan Vintaj & Retro kini semakin menyengat di kalangan peminat dekorasi kediaman. Orang kata, yang lama itu lebih berkualiti, tahan lama dan mengancam pandangan. Nyata kata-kata tersebut bukanlah omong-omong kosong kerana Vintaj & Retro telahpun bertahan berdekad lamanya dan ramai yang masih setia dengan konsep ini.
Sebut sahajalah apa jenis perabot atau aksesori sekalipun. Meja kulit, kerusi lipat, cermin dinding dan sebagainya, segalanya ingin ditukar kepada dua konsep tersebut. Tetapi, sudahkah anda menyinggah di kedai-kedai yang ada menjual barangan Vintaj & Retro? Jangan risau, WEB IMPIANA ada jawapannya untuk anda. Ini dia 5 buah kedai perabot wajib-kunjung di sekitar Lembah Klang. Bagi yang berada di negeri lain, mereka juga ada menyediakan khidmat penghantaran!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI