Tahap kebersihan sesebuah kediaman boleh mencerminkan sikap kerajinan dan keprihatinan pemilik terhadap aspek kebersihan.
Salah satu kawasan yang sering menjadi tumpuan dan paling mudah tercemar adalah lantai. Jadikali ini Impiana mahu kongsikan 4 langkah mudah yang boleh anda praktikkan untuk lantai kediaman. Selain berbau wangi, ia juga akan sentiasa dalam keadaan bersih dan tidak melekit.
Mulakan dengan menyapu bersih lantai dalam rumah agar tiada habuk atau rambut yang mengganggu proses pembersihan.
Langkah 1
Cuka & Air Panas
Sediakan air panas yang dicampur sedikit cuka. Gunakan bancuhan tadi untuk mengemopseluruh rumah. Biarkan kering.
Langkah 2
Cecair Peluntur
Anda juga boleh campurkan sedikit peluntur untuk mendapatkanhasil yang lebih memuaskan. Tetapi awas, jangan terlebih tuang kerana cecair ini boleh merosakkan tangan dan lantai.
Langkah 3
Sabun Pencuci Lantai
Setelah kering, sediakan pula air bancuhan menggunakan pencuci lantai. Pastikan anda membeli pencuci dengan bauan harum seperti ros atau lemon. Anda juga boleh gunakan pelembut fabrik jika tidakmempunyai sabun cuci lantai.
Langkah 4
Air Bersih
Akhir sekali, bilas lantai dengan air bersih. Mop seperti biasa kemudian biarkan kering. Lantai anda akan kelihatan bersih dan berbau harumuntuk jangka masa yang panjang.
Seelamat mencuba!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Hanya Guna Bahan Ini Untuk Kembalikan Kilat Dapur Kaca, Memang Menjadi!
Dapur merupakan antara kawasan yang paling rumit untuk dibersihkan. Jika kita gagal menjaga kebersihan di ruang ini, pelbagai risiko penyakit bakal timbul akibat dari pemakanan yang tercemar.
Salah satu bahagian penting termasuklah pada dapur masakan. Disinilah tempat juadah di masak dan disiapkan sebelum dihidang kepada keluarga atau tetamu. Jika permukaan dpaur tidak bersih, bagaimana nak yakin dengan kebersihan makanan?
Melalui perkongsian Puan Idel Hayarnulis di Facebook, terdapat cara mudah nak bersihkan permukaan dapur kaca. Hanya dengan menggunakan tepung, kaca akan menjadi lebih bersinar dan bersih.
CARA MENCUCI DAPUR KACA
Tanpa guna air dan dijamin selamat, tak pecah tak retak. Setiap kali lepas guna pun boleh buat mcm ni. Hanya guna tepung je..tabur kat cermin dapur pastu gosok dengan tangan sampai bersih berkilat, kemudian lap menggunakan kain bersih. Cuba lah! Semoga berguna untuk kita semua. Selamat mencuba ya…
p/s : Untuk cuci tungku memasak tu, boleh rendam dengan air campuran cuka, soda bikarbonat, sabun pencuci dan Clorox. Rendam semalaman kemudian gosok menggunakan berus dawai besi yang kebiasaanya diguknakan untuk menggosok periuk.
SELAMAT MENCUBA!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
7 Perkara WAJIB Ambil Tahu Sebelum Renovasi Bilik Air Rumah Anda
Terdapat banyak perkara yang perlu diambil kira dalam proses pengubahsuaian yang pastinya memeningkan kepala. Jika anda seorang profesional sekali pun, setiap projek adalah berbeza-beza bergantung kepada kehendak pemilik, bajet dan macam-macam faktor lagi.
Artikel kali ini membincangkan tentang perkara yang patut anda tahu sebelum memulakan sebarang renovasi pada bilik air di kediaman. Dengan kajian yang mencukupi dan pengetahuan yang diperoleh, diharap proses ini akan lebih lancar dan berakhir dengan sebuah bilik air baru yang cantik dan menarik.
1. Jangkaan kos renovasi
Sebelum memulakan apa-apa projek, adalah penting untuk anda tahu apa yang anda mahukan dan apa yang anda boleh dapat dengan jumlah wang yang sanggup dilaburkan. Saiz bilik mandi, kualiti bahan dan upah pekerja – semua ini merupakan faktor yang akan memberi impak secara langsung terhadap kos renovasi anda.
2. Susun atur dan pelan
Rancang dan bincang dengan teliti bagaimana susunan bilik air yang anda inginkan dengan kontraktor. Jangan takut untuk meminta pendapat dan idea dari pihak ketiga.
Buat umat Islam adalah lebih baik jika tandas anda tidak mengadap ke kiblat. Selain itu, elakkan meletak tandas berhadapan dengan pintu masuk kerana ia bukanlah perkara paling menyenangkan untuk dilihat dan mungkin terlihat tidak sopan.
3. Fahami dimensi bilik air
Ambil tahu dan buat sedikit research tentang ukuran beberapa alatan utama yang diperlukan didalam sesebuah bilik mandi agar mudah untuk anda memperuntukkan ruangan buat sinki, tandas mahupun tab mandi dengan lebih efisyen.
4. Ketinggian yang tepat untuk sinki
Kebiasaannya tinggi sinki adalah 32 ke 34 inci dari permukaan lantai bilik air. Tetapi anda perlu mengambil kira tentang ketebalan material kaunter yang ingin digunakan sekali agar penggunaan bilik air lebih selesa.
5. Semak saiz jubin yang dipilih
Jangan terperanjat jika jubin 300×300 yang anda beli tidak menepati spesifikasi sebenar. Ini mungkin terjadi atas faktor sendi grouting dan ia boleh mempengaruhi susun atur dan perletakan jubin akan jadi tidak cantik.
6. Pasang sendiri (DIY)
Kos memasang juga akan memaksa anda menambah bajet keseluruhan renovasi. Sebenarnya tuan rumah boleh mengurangkan kos dengan melakukan sendiri kerja-kerja pemasangan yang mudah.
7. Beri perhatian pada transisi lantai
Bilik air yang dipasang jubin perlu dipadankan dengan kemasan lantai diluarnya. Ramai pemilik yang terlepas pandang hal ini tetapi pemilihan jubin yang berpadanan adalah penting kerana ia dapat mempengaruhi transisi dari satu ruang ke ruang yanng lain. Seperti dalam kebanyakan kes, perancangan awal akan memberikan hasil yang memenuhi kehendak anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Khasiat Pokok Pandan Mengikut Petua Orang Kampung
Isi Kandungan
ToggleJika lihat tumbuhan pokok pada gambar yang tertera, sudah pasti anda mengenali dengan pokok daunan yang bernama Pandan ini. Boleh kata hampir di setiap rumah ada yang menanamnya di halaman rumah.
Umum mengetahui, selain kegunaannya sebagai penambah aroma atau perisa kepada makanan, minuman dan penggunaannya yang lain, pokok daun Pandan ini terkandung banyak khasiat kepada kesihatan tubuh badan.
Bukan sekadar itu sahaja, pokok daun Pandan ini juga mempunyai lebih 10 khasiat kebaikan kepada tubuh badan mengikut petua orang kampung antaranya:
Menurunkan darah tinggi
Caranya, rebus beberapa helai daun pandan dengan sukatan 2 gelas air. Didihkan sehingga airnya tinggal kira kira setengah gelas sahaja kemudian minum air rebusan tersebut.
Mengubati lemah saraf
Ambil 3 helai daun pandan lalu dicuci sehingga bersih kemudian dipotong. Selepas itu, rebus dengan 3 gelas air hingga tersisa 2 gelas saja. Setelah air rebusan suam, minum ramuan tersebut dua kali sehari pada setiap pagi dan petang masing masing satu gelas setiap kali minum.
Mengatasi lemah syahwat
Selain digunakan sebagai ubat lemah saraf, daun pandan juga berkhasiat untuk mengubati lemah syahwat kaum lelaki. Ambil sehiris halia, sekeping kulit kayu manis, beberapa biji halba serta tiga helai daun pandan yang telah dicuci bersih dan potong kecil-kecil. Rebus dengan empat gelas air hingga tersisa dua gelas. Minum ramuan tersebut dua kali sehari pada setiap pagi dan petang masing masing satu gelas setiap kali minum.
Menurunkan bacaan gula
Ambil akar yang terjuntai beberapa batang, kemudia cuci sehingga bersih lalu rebus dan buat ramuan air itu sebagai minuman segelas pada setiap pagi dan petang.
Sebagai Pembersih Wanita
Rebus daun pandan bersama daun inai, daun sirih, buah manjakani dan sikit garam. Setelah air rebusan menjadi suam, lalu boleh dijadikan sebagai pembersih wanita.
Merawat gaot
Ambil tujuh helai daun rebus dari air lima gelas hingga jadi dua gelas, setelah suam bolehlah minum. Segelas pagi dan segelas petang, amat disarankan untuk buat setiap hari.
Menghilangkan bau badan
Kisarkan daun pandan dengan buah limau kastri, kemudian gosok dan sental ramuan yang telah dikisar pada badan seperti ketiak. Akhir sekali, gunakan sabun pencuci badan dan bilas dengan air bersih.
Matikan kuman dalam darah
Amalan minum air rebusan daun pandan secara kerap dikatakan juga dapat membantu mematikan kuman dalam darah agar tubuh badan lebih sihat.
Menurunkan kolesterol
Selain menurunkan tekanan darah tinggi, dengab mengamalkan minum air rebusan daun pandan akan menurunkan kadar kolesterol dalam tubuh badan.
Mengatasi sembelit
Air rebusan daripada daun pandan dan minum airnya dipercayai juga boieh mengatasi masalah sembelit.
Melembutkan daging
Jarang-jarang kita dengar dengan menggunakan daun pandan yang dicampur dalam masakan membantu melembutkan daging. Tetapi mengikut petua orang kampung, ia dipercayai berkesan untuk melembutkan daging yang liat dalam masakan.
Menaikkan selera makan
Mengikut petua orang kampun, dipercayai dengan meminum sehari 2 gelas air rebusan daun pandan dapat menaikkan lagi selera makan anda.
Makanan tidak cepat basi
Masukkan daun pandan semasa memasak untuk mengelakkan makanan atau minuman daripada cepat basi.
Merawat rambut
Kisar 10 helai daun pandan yang segar dan campur dengan 100ml santan kelapa tua. Urut kulit kepala dengan campuran tersebut dan balut kepala dengan tuala. Biarkan selama 30 minit. Kemudian basuh kepala dengan syampu dan bilas dengan air sehingga bersih.
Melicinkan kulit
Perah dan dapatkan air daun pandan lebih kurang 5 titik. Amalkan minum air perahan tersebut bersama dengan buah pisang.
Merawat resdung, jarawat dan jeragat pada wajah
Blander daun bersama buah limau.. kemudian sapu pada muka. Setelah itu dibilas bersih.. boleh juga bahan ini dicampur dengan bedak sejuk.. tampal tebal tebal bila dah kering gosok gosok dengan sapu tangan dan kemudian dibilas dengan air suam.
Sebagai pewangi
Ikat atau potong daun pandan kecil-kecil ke dalam bekas dan letakkan ke dalam kereta atau almari rumah sebagai pewangi dan penghalau lipas semulajadi.
Merawat masalah susah tidur
Ambil daun pandan, kemudian jemurkan ia di bawah sinar matahari sehingga kering. Lalu, digunting kecil-kecil dan dimasukkan ke dalam sarung bantal.
Perasa dan warna asli
Kisarkan daun pandan dengan sedikit air dan tapis. Sesuai untuk dijadikan sebagai cecair perasa dan pewarna asli makanan atau minuman.
Buang angin dalam badan
Rebus 3 helai daun bersama dengan sehiris halia serta seketul gula batu, biarkan air rebusan menjadi suam lalu diminum.
Mengecutkan rahim
Akarnya direbus dan diminum oleh wanita yang baru melahirkan anak. Amalkan secara berterusan selama 40 hari selepas bersalin.
Sumber: Facebook Kedah Gazette
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: Cara Tanam Lobak Putih Agar Cepat Tumbuh Dengan Hasil Umbisi Yang Gemuk
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI