Tahap kebersihan sesebuah kediaman boleh mencerminkan sikap kerajinan dan keprihatinan pemilik terhadap aspek kebersihan.
Salah satu kawasan yang sering menjadi tumpuan dan paling mudah tercemar adalah lantai. Jadikali ini Impiana mahu kongsikan 4 langkah mudah yang boleh anda praktikkan untuk lantai kediaman. Selain berbau wangi, ia juga akan sentiasa dalam keadaan bersih dan tidak melekit.
Mulakan dengan menyapu bersih lantai dalam rumah agar tiada habuk atau rambut yang mengganggu proses pembersihan.
Langkah 1
Cuka & Air Panas
Sediakan air panas yang dicampur sedikit cuka. Gunakan bancuhan tadi untuk mengemopseluruh rumah. Biarkan kering.
Langkah 2
Cecair Peluntur
Anda juga boleh campurkan sedikit peluntur untuk mendapatkanhasil yang lebih memuaskan. Tetapi awas, jangan terlebih tuang kerana cecair ini boleh merosakkan tangan dan lantai.
Langkah 3
Sabun Pencuci Lantai
Setelah kering, sediakan pula air bancuhan menggunakan pencuci lantai. Pastikan anda membeli pencuci dengan bauan harum seperti ros atau lemon. Anda juga boleh gunakan pelembut fabrik jika tidakmempunyai sabun cuci lantai.
Langkah 4
Air Bersih
Akhir sekali, bilas lantai dengan air bersih. Mop seperti biasa kemudian biarkan kering. Lantai anda akan kelihatan bersih dan berbau harumuntuk jangka masa yang panjang.
Seelamat mencuba!