Tahap kebersihan sesebuah kediaman boleh mencerminkan sikap kerajinan dan keprihatinan pemilik terhadap aspek kebersihan.
Salah satu kawasan yang sering menjadi tumpuan dan paling mudah tercemar adalah lantai. Jadikali ini Impiana mahu kongsikan 4 langkah mudah yang boleh anda praktikkan untuk lantai kediaman. Selain berbau wangi, ia juga akan sentiasa dalam keadaan bersih dan tidak melekit.
Mulakan dengan menyapu bersih lantai dalam rumah agar tiada habuk atau rambut yang mengganggu proses pembersihan.
Langkah 1
Cuka & Air Panas
Sediakan air panas yang dicampur sedikit cuka. Gunakan bancuhan tadi untuk mengemopseluruh rumah. Biarkan kering.
Langkah 2
Cecair Peluntur
Anda juga boleh campurkan sedikit peluntur untuk mendapatkanhasil yang lebih memuaskan. Tetapi awas, jangan terlebih tuang kerana cecair ini boleh merosakkan tangan dan lantai.
Langkah 3
Sabun Pencuci Lantai
Setelah kering, sediakan pula air bancuhan menggunakan pencuci lantai. Pastikan anda membeli pencuci dengan bauan harum seperti ros atau lemon. Anda juga boleh gunakan pelembut fabrik jika tidakmempunyai sabun cuci lantai.
Langkah 4
Air Bersih
Akhir sekali, bilas lantai dengan air bersih. Mop seperti biasa kemudian biarkan kering. Lantai anda akan kelihatan bersih dan berbau harumuntuk jangka masa yang panjang.
Seelamat mencuba!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Elak Pisang Dicuri, Tak Perlu Keluar Modal Pasanag Pagar Cuba Amal Ni
Elak Pisang Dicuri Dan Kebun Diceroboh, Cuba Amalakan 5 Perkara Ni . Memang biasa dan selalu dengar, buah durian, pisang dan yang tengah kecoh sangat sekarang ni sawit. Almaklumlah, sawit tengah naik harga kan. Bagi pemilik pokok memang rasa luluh hati bila tanaman yang dididik dan berhasil, bila nak dituai tak ada. Nak di pagar, tak logik pula. sebab pagar pun bukan jaminan pencuri tak masusk mencuri.
Elly Deslan berkongsi pengalaman nya sendiri dan tip yang dikongsikan oleh ayahnya bagi mengelak pisang dikebunnya dicuri.
Agak sukar dipercayai, tapi inilah yang terjadi.
SABTU lepas, Ayahanda roger chiq. Suh amek pisang. Tak banyak, lebih kurang 6 tandan pisang tanduk dah tua. Dah boleh tebang. Jadi, gerak la kami suami isteri masuk kebun. Dari pagar masuk, jalan sampai ke hujung kebun. Segenap penjuru kami periksa. Dapat 2 tandan je yang dah matang. Ade sebatang pokok tumbang, pisang nye belum tua lagi. Jadi kami biarkan dulu, mungkin seminggu lgi baru bole ambil. Selain tu, ade 2 pokok muda tumbang, masih belum berbuah.
Baca juga: Ikut Panduan Keselamatan Ini Elak Kemalangan Buruk Di Dapur Menimpa Anda
Ye ye ooooo je tadi ayah cakap ade 6 tandan. Yang dapat cuma 2. Balik dari kebun, cari yang kat rumah pulak. Pun same, belum ade yang tua. Ok, ayah ni rindu kebun gaknye. Umpat chiq dalam hati.
Tup-tup!!!! Tadi beliau telefon lagi. Suruh datang ruma ambil pisang. Eh???? Kan baru ambil kelmarin. Pisang dari mane pula? Bertekak kami anak beranak, memang chiq tak puas hati. Mesti nak tuduh chiq periksa kebun sambil lewa la tu😑😑
Cool down….
Kalau ada rezeki, boleh cuba pasang CCT yang guna soalr macam ni https://invol.co/cl8ocde
Ayah tiba-tiba ketawa. Owhhhhh….lupe nak cakap. Mungkin sebab ayah baca-baca sikit kat kebun mase nak balik kampug hari tu. Tu yang korang tak nampak. Ayha pun pelik, kemain besar-besar pisang sampai 4 tandan ni, tak kan lah anak aku tak nampak?
CARA-CARA UNTUK ELAK RUMAH DIMASUKI PENCURI ATAU JIN/IBLIS
Sekadar panduan,
a. Mengucap dua kalimah syahadah (1 kali)
b. Selawat ke atas nabi (2 kali)
c. Ayat kursi (1 kali)
d. Baca ayat 9 dari Surah Yasin (1 kali)
“Wa ja’alna mim baini aidihim saddaw wa min kholfihim saddan fa agsyaina hum fa hum laa yubsiruun”
Maksud ayat:
“Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding(pula), dan kami tutup(mata), mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.”
2. Baca ayat kursi ketika hendak tidur, dalam hadis disebutkan Allah akan melindungi kita dari gangguan syaitan sampai pagi.
3. Berwudhu sebelum tidur, dalam hadis disebutkan Allah akan mengirim malaikat untuk menjaga kita selama kita tidur.
4. Jangan letak gambar makhluk hidup dalam rumah, kerana malaikat tak akan masuk rumah yang ada gambar makhluk hidupnya. Jika malaikat tak masuk, siapa yang akan melindungi rumah kita?
5. Amalkan baca Surah-Al Baqarah. Antara kelebihan surah al-Baqarah seperti yang telah disabdakan oleh Rasulullah SAW: “Rumah yang di bacakan surah al-Baqarah tidak akan dimasuki syaitan” Elak Pisang Dicuri Dan Kebun Diceroboh, Cuba Amalakan 5 Perkara Ni
Jika ini diamalkan insha Allah kita, keluarga kita dan harta kita sentiasa berada dalam penjagaan dan jaminan Allah
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Citarasa Pengguna Masa Kini Sudah Berubah, Jubin Bersaiz Besar Sentiasa Menjadi Pilihan Ramai
Jika kita lihat pada zaman dahulu terhadap citarasa pengguna lebih gemar menggunakan kemasan lantai rumah jenis jubin yang bersaiz kecil. Tetapi, berbeza dengan pada zaman sekarang yang dilihat kebanyakan orang masa kini lebih gemar untuk menggunakan jubin bersaiz besar sebagai kemasan lantai rumah.
Perubahan citarasa ini sememangnya dapat dilihat ekoran jubin yang bersaiz besar ini sering menjadi permintaan ramai masa kini.
Dalam pada itu, pengarah urusan jenama kumpulan Niro Ceramic, Encik Ian Kok turut mengakui perubahan terhadap citarasa pengguna ini sememangnya berlaku dalam pasaran jubin tempatan pada masa kini.
Maklumnya lagi, jubin yang bersaiz besar sentiasa menjadi pilihan dan permintaan ramai pada masa kini.
“Jika kita lihat pada masa kini, permintaan yang paling banyak adalah kepingan jubin yang bersaiz besar. Contoh, kepingan jubin kami yang saiz paling besar iaitu 5kaki x 10kaki sentiasa mendapat banyak permintaan dan menjadi pilihan ramai.
“Jadi, kita dapat lihat citarasa pengguna masa kini sudah mula berubah. Kalau kita lihat sekarang, saiz 2kaki x 4kaki sudah menjadi saiz biasa dan bukan lagi saiz yang besar lagi.
“Meski begitu, kategori jubin bersaiz yang lebih kecil ini tetap masih ada lagi permintaan daripada pengguna meski perubaahan citarasa orang ramai telah berubah.
Ingin tahu info dan maklumat lanjut mengenai jubin yang menjadi pilihan ramai masa kini, anda boleh saksikan pautan video penuh temu bual bersama Encik Ian Kok di bawah;
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: Antara Reka Bentuk Rumah Yang Cantik Dan Lokasi Kediaman Strategik, Mana Satu Paling Penting?
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Throw Cushion Ubah Rupa Ruang Tamu, Tak Perlu Pun Tukar Sofa Baru
Throw cushion ubah rupa ruang tamu, tak perlu pun tukar sofa baru. Ruang tamu merangkap ruang keluarga boleh dianggap sebagai pusat aktiviti di sesebuah kediaman. Di ruangan ini, penghuni rumah berkumpul bersama keluarga atau hanya duduk berehat dan bersantai selain ruang untuk menerima tetamu.
Kewujudan ruang tamu yang selesa pada umumnya dicirikan dengan kehadiran sofa sebagai salah satu perabot utama. Susunan sofa tidak kurang pentingnya daripada susunan perabot di ruangan lain di rumah. Susun atur sofa di ruang tamu serta elemen hiasan adalah kunci utama keindahan dekorasi hiasan ruang tamu.
Anda tidak perlu bersusah payah menukar sofa untuk mendapatkan penampilan ruang tamu yang lebih menarik. Salah satu cara yang paling mudah ialah melalui susunan dan pilihan kusyen atau dikenali juga sebagai throw cushion.
Throw cushion adalah aksesori penting yang mampu menaikkan seri ruang. Kini terdapat pelbagai bentuk dan corak kusyen ‘tabur’ ini malah rambang mata apabila memilihnya di gedung-gedung dekorasi. Anda boleh mencampurkan dan memadankan warna, bentuk, motif dan elemen kusyen pada ruang tamu.
KOMBINASI WARNA
Menggabungkan warna sofa dan kusyen kerusi adalah helah paling mudah untuk paparan sofa yang lebih menarik. Jika anda mempunyai sofa gelap, anda boleh memadankannya dengan kusyen bercorak berwarna terang. Sebaliknya, jika sofa berwarna terang, anda boleh mengimbanginya dengan kusyen berwarna lebih gelap.
GABUNGAN BENTUK
Bentuk kusyen tidak terhad kepada bentuk empat segi seperti bantal pada umumnya. Oleh itu, anda boleh menggabungkan beberapa bentuk kusyen pada sofa untuk penampilan yang menarik. Sebagai contoh, anda boleh menggunakan kusyen bulat untuk memaniskan susunan kusyen segi empat di sekelilingnya. Bukan sahaja bentuk, anda juga boleh menggabungkan pelbagai saiz kusyen dan menyusunnya mengikut susunan magnitud di atas sofa.
AKSEN TIPOGRAFI (TYPOGRAPHY)
Sebagai pemanis untuk sofa, kusyen dengan aksen motif tipografi boleh dijadikan pilihan. Sofa polos akan kelihatan lebih menarik dan tidak kaku dengan tambahan kusyen bercorak seperti ini. Selain daripada tipografi, anda juga boleh memberikan aksen dalam bentuk motif geometri yang agak mudah dipadankan dengan mana-mana jenis sofa.
KOMBINASI THROW CUSHION BERCORAK GARIS/JALUR
Throw cushion dengan motif garis atau jalur Baling atau kain hiasan untuk sofa adalah sama penting untuk dicampur dan dipadankaboleh dijadikan elemen hiasan untuk sofa polos. Padankan dengan warna sofa. Dengan cara itu anda boleh lebih bebas memilih motif dan warna kusyen.
SENADA DENGAN TABLE RUNNER
Table runner atau alas meja juga boleh menjadi padanan untuk susunan kusyen yang menarik. Warna padanan antara kusyen dan table runner menjadikan ruang tamu kelihatan lebih bersatu. Beberapa kedai perabot dan hiasan rumah turut menjual sarung kusyen dan set table runner dalam cetakan dan warna yang sepadan.
SERASIKAN DENGAN HIASAN DINDING
Selain daripada table runner, hiasan dinding seperti lukisan juga boleh menjadi padanan yang baik untuk pilihan kusyen. Melalui padanan warna atau motif yang serupa antara kusyen dan hiasan dinding, penampilan sofa akan lebih menarik dan sedap mata memandang.
Berikut dikongsikan juga tip bagaimana memanjangkan hayat throw cushion ini agar sentiasa kelihatan baru.
1. Elakkan merendam terlalu lama sarung kusyen kecil anda terutama yang bermanik dan berlabuci. Cucian kering lebih sesuai jika terdapat kotoran degil.
2. Pastikan kawasan laluan zip kusyen anda tidak berserabut dengan juraian benang atau fabrik. Ini bagi mengelakkan ia tersumbat dalam struktur kepala zip dan menyebabkan zip pecah.
3. Jangan lupa cungkil kekotoran di bahagian bucu jahitan. Adakala serat-serat halus berkumpul di kawasan situ.
4. Jika anda menggunakan fabrik baldu mahu pun manik penuh, lebih sesuai jika dihantar ke cucian kering bagi memastikan keadaannya kekal cantik.
5. Jika sarung kusyen anda menggunakan busa sebagai pelapik dalam dan perlu mencuci nya dengan cermat dan elakkan dalam muatan yang sangat banyak. Jika terdapat kekotoran, anda boleh menggunakan berus gigi lama untuk menyental.
Kredit foto (top image): Pexels
Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI