Se

Merawat tanaman bukan lah hal yang mudah kerana ianya harus konsisten. Mulai dari menyiram. memberi baja sehinggalah penyediaan lingkungan yang sesuai dengan keperluan tanaman. Namun, masih terdapat tanaman yang tetap bermasalah, layu dan lalu mati walaupun segala perhatian telah diberikan sewajarnya.

Walaupun kelihatan tanaman anda gagal, menurut Richard Cheshire, ahli tanaman di Patch Plants, kemungkinan besar ia masih boleh diselamatkan. Berikut 4 langkah yang boleh anda lakukan untuk menyelamatkan tanaman anda:

Artikel berkaitan: Ikut Pantang Larang Tanam Pokok Dalam Pasu Ini Agar Pokok Subur Dan Merimbun

Ads

1. PERIKSA BATANG POKOK

Jika tanaman anda jenis berbatang keras atau kayu, cuba kupas sedikit dengan perlahan-lahan dan periksa bahgian dalam batang. Jika anda melihat bahagian dalam masih segar, ini menunjukkan tanaman anda masih boleh diselamatkan. Akan tetapi, sebaliknya jika ia kelihatan kering dan berubah warna coklat.

2. BUANG BAHAGIAN MATI

Pangkas atau buang pada bahagian-bahagian yang rosak, mati, kekuningan atau pun kelihatan layu dengan segera. Kaedah ini berupaya menggalakkan akar dan nutrisi untuk terus memberi fokus pada bahagaian tanaman yang masih berpotensi untuk terus hidup

Ads

3. LAKUKAN SIRAMAN

Jika kelihatan tanaman anda layu sahaja, cuba berikan siraman segera. Akan tetapi, pastikan siraman dilakukan dengan betul. Tidak terlalu banyak hingga menyeabbkan tanah bertakung air. Hal ini hanya akan memudaratkan tanaman anda. Lakukan siraman sedikit demi sedikit namun teratur

4. PEMBAJAAN

Setelah melepasi tahap kritikal dan kelihatan tanaman mula stabil, anda boleh lakukan pembajaan. Perkenalkan dengan pembajaan organik yang ringan terlebih dahulu untuk membekalkan semula keperlua tanaman4 Langkah Untuk Selamatkan Pokok Yang Dah Layu Dan Kering Untuk Terus Hidup

Ads

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI