Mengoreng adalah kaedah memasak yang menjadi pilihan utama rakyat Malaysia. Namun, untuk kesihatan minyak menggoreng hanya boleh digunakan 3-4 kali pusingan sahaja. Walaupun minyak masih kelihatan bersih, molekul minyak telah berubah selepas beberapa kali di panaskan.
Kebiasaanya, sisa minyak tadi akan dibuang begitu sahaja seperti di dalam longkang. Sedarkah anda, ia akan mengundang masalah pencemaran kepada alam sekitar? menurut KITARR, minyak masak terpakai boleh menjadi salah satu bahan untuk menghasilkan biodiesel, sabun pencuci dan juga lilin.
Jika anda tidak berhasrat untuk mengguna semula minyak masak terpakai, apa kata jual pada 7 organisasi yang sedia membeli minyak masak terpakai anda. Antaranya ialah: