Backsplash atau kemasan dinding pada bahagian belakang sinki adalah satu perkara yang selalu kita pandang remeh ketika dalam proses renovasi rumah khususnya di dapur. Fungsi utama backsplash adalah bagi menghalang dan mengelak dinding dari terkena air seterusnya mengotorkan bahagian tersebut. Ia tidak perlu terlalu dominan dan menyakitkan mata, namun jika ia terlalu hambar, anda pasti akan tertanya-tanya mengapa ruang dapur anda kelihatan kusam…
Kaca
Material kaca sesuai digunakan untuk dapur yang berkonsepkan minimalis dan moden. Material kaca mudah dibersihkan selain buat dapur anda nampak lebih clean
Batu Marmar
Marmar adalah antara material pilihan popular untuk backsplash. Selain mudah dibersihkan material ini juga menciptakan aura elegan dan mewah. Marmar juga sangat keras dan tidak mudah pecah menjadikannya antara bahan yang bagus untuk jangka masa panjang. Selain untuk dinding anda juga boleh gunakan marmar untuk material counter top anda.
Stainless Steel
Material anti-karat yang mudah dibersihkan. Kotoran hanya perlu dilap dengan kain lembap tanpa perlu bersusah payah. Material stainless steel sesuai untuk dapur yang bertema industrial dan moden. Stainless steel sebagai backsplash juga sering digunakan di dapur-dapur profesional seperti hotel atau restoran.
Jubin Seramik atau Porselin
Material paling common yang kita lihat untuk backsplash ini menjadi pilihan ramai kerana ia amat versatile dan mudah disesuaikan dengan konsep mengikut kehendak pemilik. Dan dari aspek kos pula, harganya berubah ubah bergantung pada saiz, ketebalan dan bentuk yang anda pilih. Tetapi jangan risau, terdapat ribuan pilihan jubin yang sesuai dijadikan lapisan pada dinding, anda hanya perlu pilih yang kena denga bajet dan gaya sahaja.