Rata-rata dapur sekarang menggunakan sistem kabinet untuk ruang penyimpanan lebih kemas. Namun, ramai yang tak faham atau mungkin tidak tahu cara sebenar penjagaan permukaan Tabletop atau countertop kabinet dapur anda. Hal ini menyebabkan permukaannya cepat rosak dan kusam. Tidak kira apa jua jenis permukaanya sama ada batu asli atau tiruan, 4 perkara ini WAJIB dilakukan kalau nak pastikan kabinet dapur anda kelihatan cantik walau kerap digunakan
1. Elak guna pencuci berasid
Pencuci yang menggandungi sebatian asid akan menyebabkan permukaan perlindungan terutamanya bagi tabletop jenis batuan asli terhakis. Secara tidak langsung, ia menyebabkan permukaan tersebut mudah terdedah kepada elemen semulajadi yang akan menjadikan ia cepat kusam. Periksa label pencuci dan pastikan ia tidak menggandungi asid sitrat
Sebaiknya, gunakan air sabun pencuci pinggan dan bilas dengan air bersih sahaja. Lalu, keringkan segera dengan kain microfiber untuk memastikan ia terus berkilau
2. Gunakan alas ketika melakukan kerja
Tidak kira anda memotong, menumbuk atau hanya meletakkan periuk di atas tabletop, pastikan anda alas terlebih dahulu. Sebaiknya, gunakan kain lembut sebagai alas untuk mengelak permukaan tabletop anda tercalar. Kesan-kesan calar tadi akan menyebabkan bukan sahaja tabletop anda cepat rosak, malah menjadi tempat pembiakkan bakteria tanpa anda sedar
Ads
Bagi permukaan batuan semula jadi pula, risiko kepada pori yang terdedah kepada penyerapan air. Hal ini akan memburuk kan lagi keadaan.
3. Kerap bersihkan permukaan yang mempunyai barang
Kebiasaannya, anda hanya akan membersihkan permukaan yang kosong. Namun, anda lupa permukaan tabletop yang mempunyai susunan barang seperti bawah pengisar, mikrowave, periuk dan sebagainya.
Ads
Hal ini akan menyababkan barang-abrang tersebut meninggalkan kesan seperti karat yang sukar untuk dibersihkan. Rutinkan sekurang-kurangnya 1 minggu sekali untuk membersihkan bahagian bawah peralatan yang diletakkan di atas tabletop
4. Pastikan lap kering setiap kali selesai digunakan
Walaupun permukaan tabletop anda kelihatan bersih secara teknikalnya, jika masih terdapat air bermakna kerja mengemas anda masih belum selesai sepenuhnya. Jika anda membiarkan air yang terdapat pada tabletop mengering sendiri, ia bukan sahaja akan meninggalkan kesan tompok air, malah akan menyebabkan permukaan kembang.
Ads
Keadaan ini sangat mengancam kemasan permukaan jenis kayu atau MDF board. Lama kelamaan, kayu mudah mengembang dan rosak walaupun telah diberi lapisan perlindungan. Sebaiknya, langkah terakhir anda mengemas setiap kali selai digunakan adalah lap keseluruhan permukaan tabletop dengan kain Microfibers yang bersih dan kering
Rumah Gasing Sebuah rumah kompak yang miliki ciri lestari dalam binaan. Rumah dua setengah tingkat dengan berkeluasan 1625 kaki persegi, yang di tambahkan sehingga 4 tingkat (separuh tingkat bawah tanah dan loteng bilik tidur utama) dengan halaman dinding hijau dalaman. Ia kini mempunyai lebih kurang 2400 kaki persegi dibina.
Apabila Arkitek Seshan Design ingin memulakan perancangan dalam membina kediaman ini, mengenali perwatakan pelanggan dan bilangan isi rumah itu sangat penting untuk mendapatkan sebuah kediaman yang sempurna.
Jika anda melihat kediaman lestari ini arkitek Seshan Design ada merangkumi elemen lestari di dalam binaan. Ini membuatkan rumah lestari ini sempurna dalam kehidupan seharian. Bukan itu sahaja malah pemilik kediaman ini juga mengutamakan keselesaan dan kesempurnaan dalam binaan.
Bagi pemilik siapkan binaan kediaman yang utama dahulu, sebagai contoh, apabila mereka pada mulanya berpindah bersama bayi yang baru lahir, rumah itu mempunyai bilik tidur utama, ruang belajar, bilik pembantu rumah, kawasan terbuka yang besar yang berfungsi sebagai bilik tetamu dan bilik permainan, dan 3 bilik mandi. Pada masa hadapan, dalam tapak yang sama, rumah itu boleh dibina dengan berkesan untuk mempunyai 4 lagi bilik (selain bilik tidur utama, bilik belajar dan bilik pembantu rumah) dan bilik mandi tambahan.
Ciri utama rumah lestari ini yang lain ialah halaman tengah atau foyer yang menembusi sehingga ke atas. Ini adalah sumber utama cahaya dan udara untuk rumah. Terdapat bumbung polikarbonat bernada bicu di bahagian atas yang membolehkan pengudaraan silang dan menghalang hujan. Ketinggian (4 tingkat) ruang foyer ini menghasilkan kesan yang sangat baik yang memastikan rumah berangin dan sejuk.
Halaman tengah ini membolehkan pengguna mempunyai garis penglihatan dari hampir setiap ruang ke ruang lain. Ia adalah pautan visual kepada semua ruang di dalam rumah. Ini adalah faktor utama dalam mereka bentuk ruang kecil: garis penglihatan berterusan (dan banyak cahaya semula jadi!) memastikan ruang tidak berasa sesak dan memberikan persepsi bahawa ruang jauh lebih besar daripada yang sebenarnya.
Arkitek Seshan Design juga memasukkan infrastruktur paip untuk tadahan air hujan di mana air hujan yang ditadah dan disimpan boleh digunakan untuk menyiram tanaman, mencuci kereta dan juga menyiram tandas di bilik mandi. Pereka juga tidak memasukkan tangki simpanan, pam dan penapis kerana bajet yang terhad tetapi ia boleh ditambah kemudian. Air hujan dari bumbung dan teres taman dialirkan ke kawasan yang telah ditetapkan untuk tangki simpanan melalui paip bawah air hujan simfoni oleh Fast Flow.
Menarik bukan, rekaan dalam kediaman ini. Jika ada yang sudah tertarik boleh membuat kediaman seperti ini.
Renovasi atau ubah suai sesebuah kediaman bukanlah suatu proses yang mudah dan boleh diambil ringan. Terdapat beberapa perkara penting yang perlu diteliti sebelum anda memulakan ubah suai seperti kos, kontraktor, konsep dan juga masa yang diperlukan.
Sama ada ubah suai yang dilakukan adalah dalam skala kecil mahupun besar, semuanya bergantung kepada keperluan dan bajet pemilik. Seperti kediaman dari negara seberang ini, pemilik telah melakukan renovasi total justeru mengubah rekabentuk dan keseluruhan kediaman ini menjadi lebih menarik.
Kediaman yang dibeli pada tahun 2018 ini direnovasi berpandukan Japanese concept yang tampil ringkas tetapi moden. Penggunaan rona neutral dan tumbuhan hijau menrupakan elemen penting dalam memenuhi citarasa kediaman dengan konsep Jepun.
Mari kita selami bersama keindahan kediaman ini yang dikongsi oleh pemilik didalam laman Instagram peribadi milik beliau, @rahmaitudevy
Jika ke Subang Jaya sudah pasti semua tahu kawasan perumahan di sini semuanya sudah menjadi sebuah kawasan yang matang dari segi penduduk mahupun komersial. IMPIANA tertarik dengan sentuhan magis J-House by Design Collective Architects ini. Jika anda perhatikan dengan teliti rekaan yang diberikan untuk rumah teres lama ini di luar kotak fikiran.
Karya seni yang mengabungkan sifat dalam ciri moden dan alam ini membuatkan rumah ini benar-benar mendapat nafas baru berbanding dengan rumah disekitarnya. Pemilihan warna putih membuatkan rumah ini nampak menyerlah dan menonjol dalam seni bina dan sentuhan nafas baru kali ini. Walaupun fasad asal rumah ini langsung tidak di sentuh tetapi ia cukup memberi impak dalam pengubahsuaian kali ini.
Di dalam rumah ini, salah satu perkara yang akan menarik perhatian anda adalah vertical garen persendirian; yang menjanjikan untuk membawa beberapa tanaman hijau segar yang sangat diperlukan dalam rumah. Terdapat juga sebidang rumput di kawasan luar yang hanya dapat diakses dari dalam rumah; jadi anda boleh mengadakan pesta di laman persendirian sebanyak yang anda mahukan dalam privasi rumah anda.
Tema putih sudah menjadi pilihan utama dalam kediaman ini. Manakala hiasan rumah yang lain juga di pilih dalam tema putih yang diselangi warna gelap seperti meja makan slab kayu yang menjadi dambaan ramai. Unsur organik juga dititik beratkan dalam perincian rumah ini. Jika diperhatikan dalam ruang tamu yang mengenakan set sofa kelabu ini memberi elemen kontras di situ. Bijak dan cantik bukan.
Penggunaan konsep ruang terbuka dengan mengenakan tingkap secara bukaan luas yang membolehkan cahaya semula jadi menembusi kediaman dan memberi rasa segar dan lapang serta luas untuk saiz pembukaan rumah ini. Rumah lama kan … bukaan sudah pasti tidak terlalu besar. Pereka juga bijak memastikan bahawa sentuhan yang diberikan membuatkan rumah kelihatan lebih luas dengan siling tinggi; ia memberikan penampilan seperti loteng yang agak unik dalam rekaan dalam rumah ini. Sekiranya anda melihat ke atas, anda dapat melihat bahawa terdapat jubin atap akrilik yang memberi anda pemandangan langit luar yang agak menawan juga.
Jangan risau jika anda berada di tingkat atas dan ingin menikmati vertical garden juga mempunyai ruang kosong yang membolehkan penghuni bersantai dan melihat taman dan ruang tamu di bawah. Ruang teres luar untuk gaya santai harian ini dapat digunakan untuk aktiviti bersosial dan pereka juga memastikan ruang rumah ini tidak menerima panas yang berlebihan.
Kredit Gambar : J-House by Design Collective Architects
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.