Laman

4 Langkah Mudah Untuk Pastikan Ayam Kampung Bertelur Banyak

Share

Sekarang ramai orang sedar dan akui khasiat ayam kampung. Telurnya menjadi buruan bagi pengamal perubatan tradisional. Walaupun saiznya kecil, telur ayam kampung lebih berkhasiat daripada yang biasa terdapat di pasaran.

Apabila permintaan tinggi terhadap telur ayam kampung ditambah pula penghasilannya yang terhad, ini menyebabkan harganya meningkat. Kalau dahulunya, ayam kampung mampu bertelur 15 biji dalam satu musim, sekarang nak dapat 8 biji pun dah susah.

Disebabkan oleh hal demikian, ladang-ladang penternakan ayam terpaksa memberi hormon dalam menggalakkan penghasilan telur yang banyak tanpa mengikut musim. Maka mudarat untuk kesihatan.

Jadi anda yang memang suka makan telur ayam kampung, apa kata anda bela sahaja di rumah. Dapat dua pasang pun dah cukup untuk menjadi bekalan keperluan harian anda. Lagipun, ayam tak memerlukan penjagaan yang rumit. Cukup selesa tempat perlindungannya dan makanan yang sentiasa ada sudah memadai. Selain itu juga, beberapa perkara perlu anda tahu”

1. Pemilihan Induk

Untuk penghasilan telur yang optimum, sudah pasti induknya harus lah dari baka yang sihat. Keadaan kesihatan ayam mudah diukur bila telah meningkat dewasa. Untuk ayam betina, tempoh sedia untuk bertelur adalah 5-6 bulan manakala jantan harus lebih tua dari betina iaitu 8-10 bulan.

Sebaiknya ayam jantan dan betina datang dari baka yang berbeza. Kira nanti telur itu jadi mix lah. Oleh itu, jika anda inginkan hasil segera, jangan beli anak ayam yang masih berbulu halus. Beli yang sudah matang.

2. Reban

Untuk mendapatkan ayam kampung yang sihat dan sedap, ia perlu dibiarkan bebas berkeliaran di sekitar rumah. Hal ini akan menyebabkan otot ayam lebih padu dan dagingnya sedap apabila dimakan. Dapat 2 jam sehari pun dah memadai. Selain biarkan di dalam reban, di samping itu juga, bila ayam bebas berkeliaran, ia akan dapat mencari makanan dari sumber lain selain yang diberikan seperti cacing, siput babi, serangga yang mempunyai protein yang tinggi.

Namun tempat teduhan nya perlu disediakan. Tak perlu terlalu besar. Memadai ada ruang ia berlindung dari terik matahari dan kesejukan terutamanya di waktu malam. Jika fokus utama tadi adalah untuk penghasilan telur, sediakan sebuah kotak kayu berisi rumput atau kain untuk keselesaan ayam betina dan bagi mengelak ia bertelur di tempat tersembunyi.

3. Makanan

Untuk penghasilan telur yang optimum. Makanan yang tinggi protein diperlukan oleh ayam. Sama juga untuk ayam biasa. Untuk memastikan ayam cepat membesar, sihat dan pastinya immune dari pelbagai penyakit, campurkan dedak ayam bersama gula merah atau gula perang.

Selain itu juga, kepala udang dan siput godang atau siput sawah juga mampu meningkatkan penghasilan dan menjadikan kuning telur kelihatan lebih cantik.

Untuk air minuman, campurkan sedikit dengan air daun sirih. Daun sirih bersifat antiseptik. Ia mampu memperkuatkan daya tahan atau immun sistem ayam.

4. Ayam sedia bertelur

Apabila kelihatan ayam betina dan jantan gelisah, itu menunjukkan ayam sedia untuk bertelur. Betul lah kata pribahasa. ” Ayam telur sebiji, riuh sekampung” Apabila kedengaran ayam jantan berkokok bising (bukan macam kokok pagi tu) itu menunjukkan ayam betina telah bertelur.

Telurnya perlu segera diambil. Jika telah dieramkan seharian, khuatir bentuk ayam dah mula menjadi sedikit. Walaupun sebiji, ambil saja. Yang penting bekas telur perlu sentiasa kosong untuk menggalakkan ayam bertelur lagi.

 

 

Published by
Impiana