Seorang Peguam Hartanah, Tuan Salkukhairi Abd Sukor memberi perkongsian tentang kesan buruk yang akan menimpa pembeli hartanah secara Subsale apabila memasuki rumah yang dibeli tanpa memeriksa dahulu adakah sudah selesai secara sempurna segala urusan SNP (Sell and Purchase Agreement).
Ia berikutan terdapat beberapa pembeli yang memberikan alasan seperti:
Realitinya, segala urusan jual beli rumah subsale, milikan kosong sesebuah rumah hanya akan diserahkan oleh penjual kepada pembeli setelah pindah milik didaftarkan daripada nama penjual kepada nama pembeli. Proses ini berlaku selepas pihak pembeli menjelaskan keseluruhan baki harga jual beli kepada penjual, sama ada melalui pembiayaan bank atau secara tunai.
Selalunya ia dinyatakan secara jelas di dalam SNP yang ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak.
Oleh itu, tindakan pembeli meminta kunci untuk mendiami rumah tersebut lebih awal adalah bertentangan dengan peruntukan dalam SNP serta menjurus kepada kesan buruk seperti:
1) Jika berlaku sebarang masalah dalam urusan jual beli rumah tersebut yang menyebabkan SNP terpaksa dibatalkan, maka pembeli hendaklah menyerahkan kembali rumah tersebut kepada penjual.
2) Jika pembeli dah buat renovation terhadap rumah, tiba-tiba SNP terpaksa dibatalkan dan rumah tersebut terpaksa dikembalikan kepada penjual, segala
renovation pada rumahtersebut jadi hak tuan rumah sepenuhnya. Tak semena-mena tuan rumah yang untung akibat sifat teruja dan tidak sabar pembeli. Kena aware anda juga tak boleh tuntut sebarang ganti rugi terhadap penjual atas segala kos renovation yang telah dikeluarkan kerana ianya atas risiko anda sendiri.
3) Jika penjual mati sebelum urusan jual beli rumah tersebut selesai, rumah tersebut akan dianggap sebagai harta pusaka simati dan waris-warisnya berhak menuntut rumah tersebut sebagai harta pusaka.
4) Selain itu, tanpa pengetahuan pembeli, rumah tersebut berada dalam proses lelongan oleh pihak bank. Sekiranya anda telah mendiaminya dan dapat tahu yang sebenarnya rumah tersebut telah dilelong, sudah pasti anda terpaksa menyerahkan rumah tersebut kepada pembeli yang berjaya dalam lelongan tersebut.
Jadi elakkan minta kunci lebih awal daripada penjual sebelum urusan jual beli rumah tersebut sempurna.
Sebaiknya, rancang terlebih dahulu sebelum membeli sesebuah rumah. Pastikan sekurang-kurangya dalam tempoh 3 hingga 6 bulan urusan jual beli rumah tersebut, anda mempunyai tempat tinggal yang sepatutnya, bukannya sign sahaja SNP terus mengharapkan untuk memasuki rumah tersebut dengan serta merta.
Terima kasih,
SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Timbalan Presiden
Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam)