Tikus adalah haiwan paling licik dan pandai menyembunyikan diri. Kewujudannya memang sukar dikesan lebih-lebih lagi jika ia bersaiz kecil. Namun jika terdapat petanda ini, ia menunjukkan kediaman anda telah menjadi habitat tikus
BAU AMONIA
Aroma amonia ini bukan sahaja disebabkan dari urin si tikus, malah terhasil dari hormon di dalam badannya. Aroma ini lebih mudah dan jelas dikesan di dalam tempat yang kedap dan sempit seperti di dalam kabinet, laci, stor dan sebagainya.
KESAN MINYAK BERSEPAH, BUNYI YANG PELIK DAN KESAN GIGITAN PADA MAKANAN
Sebenarnya, tikus mempunyai penglihatan yang samar. Sebab itu, ia akan menggunakan dinding sebagai panduan. Jika terdapat kesan calitan minyak pada kaki dinding, ia antara petanda awal kediaman anda telah dihadiri tikus. Yang paling ketara kehadiran si tikus ni adalah apabila terdengar bunyi pelik terutamanya lewat malam.
Jika terdapat petanda-petanda berikut, langkah pencegahan perlu diambil segeraa sebelum si tikus membina rumah tangga di dalam kediaman anda
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
8 ‘Trick’ Mudah Sejuk Kan Kediaman Untuk Rumah Yang Tak Ada Air-Cond.
Sudah beberapa minggu Malaysia dilanda cuaca yang tidak menentu. Malah cuaca panas dan suhu yang semakin meningkat turut terasa sehinggakan suasana dirumah menjadi bahang dan membuat anda tidak selesa untuk beristirehat dan tidur. Dengan suhu yang agak panas di Malaysia ni pasti ramai yang tercari-cari tips nak atasi masalah bilik yang panas.
Untuk sejukkan rumah atau bilik boleh saja pasang air-cond atau pendingin udara bagi yang ada duit lebih. Tapi bagi yang tak berkemampuan, bolehlah cuba tips di bawah. Semoga bermanfaat!
LETAK BESEN AIR DI DALAM BILIK
Sejukkan suhu dalam bilik tidur dengan besen-besen berisi air. Selalunya kita tertanya-tanya kenapa bilik air selalunya sejuk. Jawapan yang paling mudah ialah di dalam bilik air ada bekas air atau selalu disirami dengan air. Dikatakan dengan meletakkan besen-besen berisi air di dalam bilik, maka bilik akan bertambah sejuk kerana wap-wap panas di dalam rumah akan terserap ke dalam air di dalam besen itu tadi. Untuk kesan terbaik, gunakan besen air yang mempunyai luas permukaan yang besar bagi memudahkan penyerapan wap-wap panas di dalam bilik.
GUNAKAN LAMPU DARI JENIS KURANG MEMANCARKAN HABA
Anda disarankan untuk menggunakan ‘flourescent bulb’. Lampu jenis ini menawarkan jumlah kuantiti cahaya yang sama seperti ‘incandescent bulbs’ tetapi lampu ini mengeluarkan sedikit haba. Selain itu ‘flourescent bulbs’ juga kurang menggunakan tenaga elektrik.
POKOK EKOR KUCING BOLEH MENYEJUKKAN RUMAH
Tanaman hiasan dalaman juga boleh diletakkan di sudut rumah anda. Selain menjadikan ruang rumah anda kelihatan lebih segar dan menarik, ia juga dapat membantu menyejukkan ruang dalaman. Antara pokok hiasan hidup yang sesuai diletakkan di dalam rumah ialah ekor kucing, pokok palma, Anthurium sp.,Caladium sp., Dieffenbachia sp., Begonia sp. dan sebagainya.
CAT DINDING RUMAH DENGAN WARNA CERAH YANG DAPAT MEMANTULKAN CAHAYA DAN HABA
Anda juga boleh mengecat dinding rumah dengan menggunakan warna yang cerah seperti biru cair, kuning cair dan sebagainya. Ini dapat membantu ruang dalaman rumah anda lebih sejuk kerana warna cerah dapat memantulkan semula cahaya. Selain itu, rumah anda juga akan kelihatan lebih cantik, tenang dan segar.
PASANG JARING KELAMBU BESI DAN BUKA TINGKAP PADA WAKTU MALAM HARI
Selalunya pada waktu malam, udara panas akan mengewap. Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan membuka tingkap bagi membebaskan udara panas. Apabila udara panas, zarah-zarah udara akan semakin berjauhan, dan apabila tingkap dibuka, dengan mudahnya wap panas ini keluar. Namun, ada satu masalah lain, iaitu rumah atau bilik anda mungkin akan mudah dimasuki nyamuk. Pemasangan jaring yang halus lubangnya seperti kelambu boleh membantu mengatasi masalah nyamuk.
GUNAKAN PAPAN FIBER SIMEN UNTUK SILING RUMAH
Fiber cement board. Siling jenis ini lebih murah dan senang diperoleh. Untuk memastikan ruang dalaman kelihatan sejuk, alaskan dengan fiberwool insulation. Ramai yang terpedaya dengan menggantikan kepada siling kumai di mana siling ini lebih mahal dan juga menjadikan ruang dalaman kelihatan rendah serta bersuhu panas. Siling baru eloklah dipasang mengikut bentuk bumbung supaya pasak kayu bumbung boleh dilihat. Siling yang tinggi juga mampu untuk menjadikan ruang dalaman rumah anda sejuk.
AWNING DAPAT MEMBANTU MENGURANGKAN PEMANASAN RUMAH AKIBAT PANCARAN CAHAYA MATAHARI
Salah satu punca rumah menjadi panas adalah kerana dinding yang terdedah kepada cahaya matahari menyebabkan haba tersebar ke dalam rumah. Untuk kurangkan bahang pada waktu siang, pasang awning untuk mengelakkan dinding rumah menjadi panas kerana terkena cahaya matahari.
Selalunya awning di pasang pada bahagian dinding yang menghadap matahari jatuh kerana cuaca mulai panas pada waktu tengah hari hingga petang. Jika bajet lebih, pasang saja awning di sekeliling rumah.
Atau boleh juga tanam pokok yang rendang di sekeliling rumah supaya menjadi keadaan di sekeliling rumah menjadi redup dan tidak terkena bahang matahari.
JAUHKAN PENGHAWA DINGIN DARIPADA TELEVISYEN ATAU KOMPUTER
Jangan meletakkan penghawa dingin berhampiran televisyen atau komputer. Ini kerana televisyen dah komputer mengeluarkan haba yang banyak dan ini sekaligus membuatkan penghawa dingin terpaksa beroperasi lebih untuk menyejukkan ruang rumah anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
PKP- Sediakan Ruang Belajar Sebaiknya Untuk Anak- Anak
Sepanjang perintah kawalan ini, pastinya ibu dan ayah runsing melihat anak-anak asyik bermain telefon dan menghabiskan masa yang lama menonton televisyen. Walaupun dalam perintah berkawal ini kerja sekolah pastinya bertalu-talu guru kelas memberi melalui whatapps, semestinya kerja rumah yang pihak sekolah berikan dalam bentuk Goggle Classroom dan juga link untuk anak- anak.
Maka ruang belajar yang selesa dan sebaiknya perlu ada untuk anak-anak belajar di rumah. Tidak kira sama masa kini atau sebelum ini, ruang belajar untuk anak anda amat penting bagi memupuk minat belajar yang sebaiknya.
Di sini IMPIANA kongsikan beberapa idea untuk anda jadikan inspirasi ruang belajar untuk anak-anak anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
‘Stress’ Dapur Asyik Berselerak, 7 Tip Ini Mungkin Menjadi Penyelesaian.
Setiap ruang dalam kediaman sudah semestinya mempunyai susun atur yang tersendiri, di mana terdapat ruang tamu, ruang bilik tidur, ruang keluarga, mahu pun ruang dapur. Ia dibahagikan mengikut kesesuaian kediaman tersebut, supaya kelihatan lebih kemas dan mudah diakses oleh seisi keluarga.
Setiap ruangan akan mempunyai susun atur atau dekorasi yang tersendiri, di mana perabot, atau perkakas akan diletakkan pada satu-satu sudut tertentu. Ianya tidak terkecuali juga, bagi ruangan dapur, yang akan sentiasa digunakan, sama ada sewaktu menyediakan hidangan, atau mungkin hanya untuk mendapatkan sesuatu makanan.
Tetapi, kebanyakan dari anda, khususnya kaum ibu dan wanita, mungkin akan mengalami sedikit kesukaran dalam memastikan susun atur di dapur tampak lebih praktikal, atau mudah untuk diakses. Lebih-lebih lagi, jika mempunyai banyak barang dapur yang perlu disusun. Adakah caranya supaya dapur lebih kemas dan tersusun? Ya, sudah tentu ada. Jom ikuti 7 tips cara mengemas dapur ini.
7 Tips Kemas Ruang Dapur
1. Buat list setiap minggu untuk barang dapur. Ini memudahkan kita untuk mengetahui stok barang yang sudah hampir habis atau yang perlu dibeli. Sebelum pergi shopping barang dapur, anda perlu buka kabinet dan check apa yang dah habis apa yang perlu dibeli untuk tambah stok supaya mudah buat “things to buy list”
2. Susun barang dapur mengikut jenis seperti rempah, jenis-jenis tepung, jenis-jenis gula, pasta dan sebagainya.
3. Bekas-bekas yang seragam akan menjadikan barang nampak lebih teratur dan kemas. Macam botol-botol rempah atau jem tu saya beli satu katon dengan harga tak sampai rm20 pun. Sekarang macam-macam kedai ada seperti daiso/diy untuk cari bekas2 yang sesuai.Jika mahu anda juga boleh melabur sedikit untuk membeli barangan plastik tahan lama seperti tupperware dan sebagainya.
4. Biasakan kemas dan lap sebaik selesai masak supaya kotoran dan minyak tidak melekat.
5. Sentiasa letak barang di tempat asal selepas menggunakannya. Anda akan lebih mudah untuk ambil dan guna bila diperlukan.
6. Gunakan semua stok yang ada sebelum tarikh luput. Jangan simpan stok makanan anda terlalu banyak sehingga ruang penyimpanan penuh.
7. Limitkan penggunaan dapur. Nak dapur cantik kekal bersih, tapi malas untuk mengemas! Jadi langkah terakhir yang boleh anda ambil adalah limitkan penggunaan dapur. Barulah dapur kelihatan seperti ‘showroom’.
Selamat menguruskan rumahtangga dengan cara yang sistematik. Tip yang dikongsikan mungkin akan membantu anda dalam mengemas, atau menyusun atur ruangan dapur anda dengan lebih sistematik. Bagi yang baharu mengubah suai dapur, atau berpindah rumah, boleh rujuk tip ini untuk menampakkan ruangan dapur anda lebih tersusun.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI