Dengan penggunaan kreatif, cermin bukan sahaja boleh dijadikan medium untuk kita memeriksa penampilan malah ia juga boleh dijadikan alat pantulan cahaya, dan secara amnya meningkatkan mutu deko sesuatu ruang. Selain itu, cermin juga terkenal dengan fungsinya yang mampu memberikan ilusi ruang yang lebih luas serta menonjolkan lagi aksesori atau perhiasan kegemaran anda melalui pantulan yang dapat dilihat dari sudut yang berbeza. Dengan penggunaan yang betul dan sesuai cermin dapat membangkitkan perasaan elegan serta dapat membentuk karakter sesuatu ruang.
Ini adalah senarai idea penggunaan cermin bagi membantu anda memberi life terhadap kediaman anda.
Pencahayaan Semulajadi
Ads
Apabila anda meletakkan cermin di tempat yang betul di dalam bilik, ia mewujudkan peluang untuk anda mengoptimumkan penggunaan cahaya semulajadi. Untuk berbuat demikian, letakkan cermin bersebelahan dengan tingkap untuk menangkap cahaya matahari dan melantun pada keseluruhan bilik dengan sempura.
Menambah Tekstur
Cermin boleh digunakan untuk menambah tekstur pada ruangan dengan dua cara. Yang pertama adalah dengan memasang bingkai cermin bertekstur yang dramatik bagi menampakkan ilusi tiga dimensi pada dinding. ia juga boleh berfungsi sebagai focal point dalam mana-mana bilik. Cara kedua untuk menambah tekstur pada ruang adalah dengan meletakkan cermin pada posisi di mana ia mencerminkan objek bertekstur dalam ruang tersebut seperti pasu kristal atau meja kopi rustic.
Ciptakan Ilusi Ruang
Lebih besar cermin, lebih banyak ilusi ruang yang akan tercipta. Fikirkan dengan teliti tentang sudut bilik yang anda mahu highlight. Sebagai contoh, leletakkan cermin bertentangan dengan tingkap dan ia mampu memantulkan kedua-dua cahaya semula jadi serta kehijauan ke dalam ruang yang lebih kecil. Dalam ruang berkumpul seperti ruang makan atau ruang tamu, cermin yang lebih besar boleh meningkatkan suasana ceria dengan memberikan ilusi lebih tetamu.
Ads
Hiasi Hallway Yang Hambar
Ads
Hallway atau laluan masuk utama akan serta merta kelihatan lebih welcoming dengan kehadiran cermin besar memenuhi dinding. Ia juga dapat membangkitkan perasaan teruja selain menjadi pelengkap aksesori lain dalam kediaman.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Dalam era pembangunan yang pesat ini, semakin ramai warga bandar yang terpaksa memilih untuk mendiami kediaman bertingkat seperti apartment dan pangsapuri. Jarang sekali dapat merasai kehijauan rumput dan keempukan tanah. Tambahan pula, hutan konkrit yang mengelilingi sekitar kota boleh menambahkan stress dan pencemaran. Oleh kerana itu, setiap ruangan yang ada haruslah dimanfaatkan dengan baik oleh penghuni. Balkoni ataupun berandah merupakan salah satu ruang yang boleh anda variasi kan penggunaannya. Selain boleh digunakan untuk menyidai jemuran, ruang balkoni juga boleh dijadikan sebagai tempat untuk menghilangkan stress dan tempat seisi keluarga bersantai pada hujung minggu yang nyaman.
Sama ada anda mempunyai balkoni yang luas, mahupun balkoni dengan kawasan yang terhad, sudah tentu anda mahukan ruang tersebut sentiasa rapi dan cosy. Tentukan terlebih dahulu konsep apa yang ingin anda ketengahkan. Ambil kira keluasan dan cara penggunaan agar bersesuaian dengan perabot dan perhiasan yang dibeli. Pelbagai tema boleh dipilih bagi mendapatkan balkoni yang cantik termasuklah variasi dari konsep moden, kontemporari dan tropikal. Dinding yang kosong boleh dihias dengan tanaman pokok kecil atau tumbuhan menjalar yang sekaligus akan membuatkan balkoni anda lebih menarik. Ia juga akan menyerlahkan lagi kehijauan dan memeberikan rasa yang menyegarkan.
Banyak lagi langkah-langkah yang boleh anda ikuti demi menjadikan balkoni anda sebuah ruang santai yang sentisa ‘hidup’ dan ceria, seperti ;
TAMAN BALKONI
Tiada apa yang lebih menyenangkan daripada tumbuhan hijau yang subur dan segar selepas seharian meluangkan masa didalam pejabat. Tanaman hijau memberikan udara dan pemandangan yang mengasyikkan. Selain itu, tumbuhan hijau juga dapat mempengaruhi suhu kediaman anda menjadi lebih sejuk dan nyaman. Anda juga dapat memanfaatkan ruangan ini menjadi kebun mini dengan menanam sayur-sayuran untuk kegunaan memasak. Herba dan rempah yang berasal dari iklim tropika Malaysia juga memang mudah untuk hidup, walaupun dengan penjagaan yang minima.
LANTAI BARU
Jika balkoni anda terasa suram dan hambar, anda boleh pertimbangkan untuk menukar lantainya. Pendedahan kepada cahaya matahari, hujan dan kelembapan boleh menyebabkan lantai balkoni lebih cepat haus dan buruk berbanding lantai didalam rumah. Pencemaran udara juga sedikit sebanyak menyumbang kepada pemudaran warna jubin diluar. Jadi dengan menukar kemasan lantai, balkoni akan mempunyai wajah baru yang lebih segar dan menarik. Lantai kayu sesuai untuk mereka yang meminati gaya kontemporari, dan rumput sintetik pula untuk material yang tahan lasak tanpa perlu penyelenggaraan yang kerap. Pelbagai pilihan terdapat dipasaran, dan yang pasti, lantai dapat menambah karakter sesuatu ruang. Jadi jangan takut untuk bereksperimentasi dengan warna dan corak yang terang atau abstrak.
ITEM DIY
Untuk peminat DIY, tidak ada yang lebih memuaskan daripada menambah sentuhan peribadi anda sendiri untuk membuat ruangan tampak persis perwatakan tuan empunya. Walaupun sesetengah projek DIY akan memakan masa yang sedikit panjang, tetapi aktiviti ini sangat kos efektif dan menjimatkan. Anda boleh luangkan hujung minggu dengan membina rak untuk pasu bunga atau tempat duduk daripada kayu palet sebagai aksesori di balkoni. Ia amat versatile, mudah untuk diubahsuai mengikut kesesuaian atau kehendak dan yang paling penting, murah.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Cuaca yang tidak menentu kini mudah untuk membuat kita berasa lelah dan rimas. Dari hujan yang tidak berhenti hingga terik panas matahari telah menjadi salah satu permasalahan yang dapat mempengaruhi mood dan juga produktiviti harian kita. Pendingin hawa menjadi salah satu jalan penyelesaian bagi mereka yang hanya ingin bersantai di dalam rumah. Tapi jika digunakan secara berlebihan, aircond dapat memberi kesan yang buruk bukan sahaja pada bumi malahan juga pada bil elektrik kediaman anda. Jadi, dalam usaha untuk mendapatkan keselesaan buat diri dan keluarga, kita juga perlu ingat bahawa menjaga alam sekitar adalah tanggung jawab bersama. Kurangkan memasang aircond jika anda mampu. Tetapi jangan khuatir, tidak bermakna anda perlu berpanas seharian tanpa aircond, ikuti tip ini agar rumah sentiasa terasa sejuk dan nyaman.
Cabut Semua Plug Pada Soket Selepas Digunakan
Ramai antara kita yang tidak mencabut plug selepas digunakan. Walaupun suis telah ditutup tetapi aliran elektrik masih berjalan sesudah digunakan, segala jenis plug harus dimatikan dan dicabut terus daripada soket. Hal begini selalu dipandang remeh tetapi jika kita gagal melakukan langkah mudah ini, soket akan cepat panas seterusnya menjadikan udara dalam rumah lebih bahang.
Turunkan Tirai Atau Langsir Di Tingkap
Pengaliran udara serta cahaya dalam rumah selalunya tertumpu dan bermula dari tingkap. Namun dari bukaan tingkap jugalah udara panas dari matahari ketika waktu siang boleh masuk dan membuat penghuni berasa bahang. Dengan menutup tirai atau langsir pada tingkap, ia akan mempengaruhi suhu ruang lantas menjadikan rumah lebih sejuk dan kurang rimas. Hal ini sangatlah membantu terutamanya untuk rumah yang tingkapnya mengadap matahari.
Matikan Lampu Dan Manfaatkan Natural Lighting
Lampu juga merupakan salah satu barang yang akan menghasilkan haba. Walaupun ia dapat menerangi ruangan, namun ketika tidak diperlukan ada baiknya jika dimatikan sahaja. Gunakan peluang ini untik memanfaatkan cahaya matahari diluar untuk menerangi rumah anda.
Tanam Tumbuh-Tumbuhan Hijau Di rumah
Pohon ataupun tanaman merupakan cara yang bukan hanya membantu menyejukkan ruang dalam rumah malah juga membuat kediaman terasa lebih segar. Pokok-pokok dapat menghalang radiasi dari matahari untuk masuk terus ke dalam rumah. Di samping dapat menyejukkan rumah, dengan menanam tumbuhan juga anda dapat menambah seri di laman kediaman. Satu tip, dua manfaat.
Tambahkan Awning Pada Luar Tingkap
Selain langsir dan tirai untuk tingkap, pelindung seperti awning di bahagian luar juga perlu untuk memaksimakan perlindungan dari sinaran matahari. Perlindungan seperti ini dapat membantu menurunkan suhu panas hingga 70%!
Tukar Sarung Katil Dengan Kerap
Ketika musim panas begini, waktu malam pun adakalanya udara masih terasa bahang. Nak tidur pun boleh berpeluh-peluh justeru memberikan perasaan kurang selesa. Perkara pertama yang anda boleh lakukan ialah mengganti alas katil. Ia bukan sahaja akan menjadikan katil lebih sejuk malah ruang akan terasa lebih fresh dan nyaman untuk menyambung aktiviti kegemaran ramai iaitu, tidur.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Memilih dapur gas, Haruslah tepat. Ia bukan sekadar memudahkan tugasan anda memasak, malah mempercepatkan urusan penyediaan makanan. Terdapat pelbagai rekabentuk, jenama dan harga dapur gas di pasaran. Dari yang harga puluhan hinggalah ribu-ribu. Sebenarnya, nak membeli dapur gas bukan harga dan jenama yang menjadi ukuran. Yang menjadi keutamaan adalah kualiti dan sistem yang disediakan. Ada je dapur gas yang murah tapi mampu bertahan 2-3 tahun tempoh penggunaan. Jadi, sebelum membeli dapur gas, ini yang perlu anda ambil perhatian
1. Burner atau tungku
Sebaiknya, pilih tungku yang diperbuat dari tembaga. Tungku yang diperbuat dari tembaga lebih mudah diselenggara dan dibersihkan terutamanya apabila api mula mengecil atau tungku tersumbat. Tambahan, tungku tembaga tidak mudah berkarat. Tapi zaman sekarang memang agak sukar untuk mendapatkan tungku yang diperbuat dari tembaga. Jadi, sebaiknya cari tungku yang menggunkan material tahan karat dan padu.
Saiz dan jumlah lubang pada tungku juga memainkan peranan yang penting. Jika saiz tunggunya besar dan mempunyai lubang yang banya, ia bukan sekadar mempercepatkan waktu memasak malah haba dapat di agih secara rata. kalau tungku nya kecil dan lubang api tak banyak, perkara sebaliknya yang akan berlaku
2. Sesuaikan dengan keperluan
Jika anda yang jenis mamang geamr memasak, pemilihan dapur gas yang mempunyai tungku 4 mungkin bersesuaian. Namun jika anda seorang yang jarang memasak, Pemilihan tungku 1/2 sudah memadai
3. Saiz
Nak beli dapur gas pun perlu perhatikan saiz ruang yang akan diletakkan. Dapur gas kini datang dalam saiz yang virasi sama ada untuk jenis build in (binaan dalaman) atau yang mudah alih. Pastikan, saiz yang di beli bersesuaiandengan ruang yang tersedia. Jika tidak, dapur anda akan jadi sempit dan tidak selesa
4. Pemilihan material
Pilihan terbaik untuk badan dapdur gas adalah stainless steel. Ia bukan hanya ringan malah tahan karat. Namun, bagi anda yang sukakan sentuhan rekaan khas, boleh cuba memilih struktur kaca. Namun, untuk menggunakan dapur kaca ada beberapa tip yang WAJIB anda ikut. Kalau tak, mungkin anda bakal mangsa dapur kaca meletup. [klik sini untuk artikel lengkap]
5. Hos dan regulator
Untuk sambungan dapur ke tong gas, gunakan hos dan regulator yang terbukti dan teruji mempunyai ciri-ciri keselataman yang diperakui SIRIM. Hal ini paling penting. Cop sirim ini bukan sekadar melindungi dan menjaga keselamatan anda, malah untuk melepasi tahap pengesahan tersebut ia perlu lah peroduk yang berkualiti dan bagus.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!