Pelbagai resepi baja organik dari sisa bahan dapur pernah dikongsikan impiana. Tapi, dalam banyak-banyak resepi yang dikongsikan, baja dari sisa bahan basah seperti perot ikan, kulit udang adalah antara yang terbaik. Azuan Abdullah berkongsi rahsia baja organik dari sisa perut ikan dan kulit udang

Setiap kali siang udang dan ikan, kepala udang dan perut ikan saya akan simpan. Benda boleh buat baja, buat apa kita buang kan. 2-2 sisa ni sangat power bila digunakan pada pokok.Baja Organik Dari Sisa Perut Ikan Jadikan Pokok Tahan Penyakit

Kepala dan kulit udang ni kaya dengan chitin @ chitosan. Banyak sangat kelebihan chitosan ni. Antaranya boleh meningkatkan tahap antibody pokok terhadap sesuatu penyakit dan boleh juga merangsang tumbesaran pokok supaya jadi lebih subur.

Insang dan perut ikan pula kaya dengan unsur Nitrogen dan asid amino. Antara fungsi penting asid amino adalah membantu dalam proses kelekatan bunga.

Ada pelbagai teknik yang kita boleh jadikan kepala udang dan insang ikan ni sebagai baja. Kali ni, saya nak kongsi cara yang paling mudah. Cara yang paling malas. Hihi.
Saya guna terus 2-2 sisa buangan tersebut pada pokok limau kasturi. Caranya boleh tengok pada gambar ya.Baja Organik Dari Sisa Perut Ikan Jadikan Pokok Tahan Penyakit

Ads

Pokok limau kasturi ini saya tanam dalam tayar ditepi pagar rumah. Usianya lebih kurang 1 tahun lebih. Dia punya dahan ada yang dah cecah simen planter box sebab tak mampu tanggung berat buah.

Langkah 1

Mula-mula kita buat alur dibawah kanopi daun pokok tersebut. Dalam gambar ini, saya buat alur di keliling pokok. Kedalaman alur lebih kurang 3-4 inci.Baja Organik Dari Sisa Perut Ikan Jadikan Pokok Tahan Penyakit

Ads

Baca juga:Baja Organik Elak Serangan Serangga dan Kulat Untuk Cili

Langkah 2

Tabur je kulit udang dan insang ikan ke dalam alur yang kita buat tu. Eloknya tabur biar sekata.Baja Organik Dari Sisa Perut Ikan Jadikan Pokok Tahan Penyakit

Ads

Langkah 3

Siap tabur, kambus balik alur tu ya. Ini penting supaya sang lalat tak datang berkampung kat sini. Bila kambus, bau busuk pun tak ada.Baja Organik Dari Sisa Perut Ikan Jadikan Pokok Tahan Penyakit

Langkah 4

Akhir sekali, saya siram dengan cecair BIM + molasses. Untuk 1 liter air, saya guna 5 ml BIM + 5 ml molasses. Tujuannya adalah untuk mempercepatkan proses pengomposan sisa yang kita kambus tadi.Baja Organik Dari Sisa Perut Ikan Jadikan Pokok Tahan Penyakit

Nak siram plant booster, EM atau molasses sahaja pun boleh. Jika semua ini tak ada, siram je guna air basuhan beras ya. Tak ada masalah.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI