Berkebun ni, tak ada istilah tangan sejuk, tangan paans. Tak ada masalah bagi yang kurang masa atau banyak masa. Tak semestinya, perlu kawasan yang luas baru boleh bercucuk tanaman. Seperti perkongsian Ganis Silvia, walaupun ruang yang terhad, ia berjaya menanam pelbagai jenis sayur dengan menggunakan teknik 3T (tanam, tinggal, tuai). Jomkita lihat cteknik tanaman sayur yang dikongsikan
Berkebun tepi rumah tak perlu ada tempat yang luas 2m x 0,5m dah boleh tanam banyak jenis sayuran, nak masak tinggal petik saja
Potong botol mineral kepada 2 bahagia dan tebuk lubang pada bahgian penutup dan leher botol (macam dalam gambar) menggunakan paku panas atau besi yang telah dipanaskan
Lubang pada penutup sebagai penyerap kelembapan atau air untuk melembapkan medium tanaman, manakala pada leher botol berfungsi sebagai sirkulasi oksigen untuk mengihindari akar dari cepat membusuk disamping menyingkirkan air yang berlebihan
Ads
Medium tanaman, guna tanah kpmpos dan baja NPK.
Boleh buka penutup botol kalau akar dah banyak
Ads
PEMBAJAAN
Pembajaan boleh dilakukan selepas tanaman mencecah usia 2 minggu. Sukatan 1 sendok makan baja larutkan dengan air 1,5 liter siram secukupnya seminggu sekali. Untuk tanaman yang akarnya telah melepasi botol atau dah mencecah permukaan air, baja boleh dilarutkan di dalam air dengan nisbah 1/4 sudu makan baja bagi setiap botol
MENUAI
Untuk tuai kangkung, hanya perlu potong bahgian atas sahaja, tinggalkan cabang atau daun paling bawah. Dalam tempoh 2 minggu dah boleh tuai baru
Ads
Untuk tuai 3T sayur sawi, salat, bak choi, bayam dan sebagainya, hanya perlu peting daun matang dan tinggalkan daun muda. Dalam tempoh seminggu dah boleh tuai lagi.
Zaman sekarang ni kalau boleh berjimat, lebih baiklah kita berjimat. Bukan sikit-sikit kalau nak baiki barang eletronik ni. Kadang-kadang memang di luar kemampuan kita. Tapi apa nak buat bila kerosakan tak dijangka. Nak tak nak kena baiki juga. Impiana kongsi tip dari Malaysia D.I.Y ini cara baiki kipas rumah ber’remote’ yang rosak.
Kerosakkan pada kipas siling yg ber ‘remote’ selalunya terjadi pada litar dc untuk controllernya. Ada 2-3 problem seperti kipas langsung tak pusing, jerk atau kipas pusing bergetar atau remote tak boleh control. Ada org kasi pada admin problem yang sama mintak betulkan. Di sini admin tunjukkan bagaimana nak settle problem yang macam ni. Kos nak tukar litar ni agak mahal, jika nak tukar component perlukan masa utk cari barang. Buat mcm ni 10min siap. Sila rujuk gambar utk keterangan.
Sumber : Malaysia D.I.Y
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Masalah cicak di rumah bukan lah sesuatu yang pelik. Rumah yang menjadi pilihan kediaman si cicak ni kebiasaanya telah ditinggalkan dalam tempoh yang agak lama. Ada tu, tak lah lama mana. 3 minggu pun di tinggalkan sudah memberi keselesaan kepada koloni cicak untuk membiak.
Faktor lain mengundang kehadiran koloni ini adalah disebabkan oleh sumber makanan yangmudah diperolehi seperti serangga. Dahulu kala, gam kasut atau gam gajah menjadi pilihan sebagai perangkap cicak. Namun, ia mengundang kesan negatif terutamanya gam yang masih cair akan menyebabkan kawasan yang di sapu atau diletakkan kotor. Yang paling mengerikan adalah apabila gam tersebut melekat pada baju atau tubuh anda.
Ada penyelesaian lain yang boleh dilakukan seperti yang telah dikongsikan oleh Ct Affaziah.
Saya nak share tips mudah dan murah untuk musnahkan cicak. Gamabr di bawah ni hasil rumah kampung saya yang ditingalkan dekat 3 minggu. Untuk kali pertama buat Total cicak yang dapat 54ekor ?Cuma perlu gunting plastik tape. Korang tampal merata tempat laluan cicak tau. ?Caranya hanya tampal hujung tape je pastu terbalikkan yang ada gam tu baahgian atas cuma hujung dengan hujung je tampal pada lantai…boleh fahamkan..?
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Bagi anda yang sememangnya hari-hari memasak di dapur, mesti ada perkakas dapur seperti bekas atau balang rempah yang sudah lama, rosak dan tidak boleh digunakan lagi.
Sekiranya anda sudah berasa bosan dengan perkakas yang sedia ada di rumah dan sedang masih mencari bekas atau balang rempah baharu dengan rekaan yang lebih moden, anda boleh mendapatkan balang rempah Bumbu Series keluaran jenama dari Kayangan Living.
Apa yang menariknya mengenai balang rempah Bumbu Series ini, ia diperbuat daripada kaca borosilikat lutsinar dan didatangkan sekali dengan penutup kedap udara yang diperbuat daripada kayu buluh.
Dengan dua pilihan saiz kapasiti 300ml dan 450ml, sememangnya amat sesuai untuk diisi pelbagai jenis rempah-ratus seperti serbuk kari, biji lada hitam, kulit kayu manis, bunga lawang dan banyak lagi.
Sekiranya anda mahu ia tampak lebih estetik dan menarik, anda juga boleh menampal pelekat label pada balang rempah anda!
Anda boleh mendapatkan balang rempah Bumbu Series ini dengan membuat pembelian secara dalam talian menerusi laman sesawang www.kayanganliving.com
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.