Pakar Ni Kongsi Cara Selamatkan Barang ELektrik Terendam Banjir

Share

Kejadian yang berlaku Sabtu 18 Disember 2021 memang memberi kesan trauma kepada mangasa banjir kerana ia berlaku secara tiba-tiba tanpa sempat menyelamatkan barang. Kerosakkan dan kerugian di alami hampir semua warga yang terkesan banjir. paling teruk perabot dan barang elektronik.

Sebenarnya, walaupun barang elektrik telah terendam 2 hari, sebenarnya ia masih boleh diselamatkan dan digunapakai lagi. Pakar baiki kelengkapan elektronik Jalud Brothers

ni berkongsi caranya;

Asalamualaikum…pada mangsa banjir saya kongsikan tip bila barangan eletrik kena air banjir
Melihat barang rumah tunggang langgang, peti ais dan TV terbalik dan tersadai, pasti ramai mangsa banjir yang hampir patah hati. Perkara pertama bermain di fikiran pastilah barang letrik dah rosak.

Tapi bagaimana jika kami katakan barang elektrik anda masih boleh diselamatkan walaupun dan beberapa hari terendam dalam air banjir berlumpur?

Kami kongsikan 7 langkah untuk anda bersihkan barang elektrik selepas banjir dah surut

Baca juga: Mangsa Banjir Perlu Ambil Tahu, Elak Barang Elektrik Di Rumah Rosak

TIPS KEPADA MANGSA BANJIR BERKAITAN BARANGAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK YANG TERENDAM BANJIR

1. Jangan sekali-kali cuba menghidupkan untuk test ia masih OK atau TIDAK.
2. Kumpul semua peralatan letrik, kemudian tembak air untuk membersihkan lumpur di setiap bahagian.
3. Buka back cover atau sebarang penutup yang boleh dibuka sehingga menampakkan komponen dalam peralatan, kemudian tembak air untuk membersihkan lumpur.
Jangan memberus, jika perlu guna berus cat untuk menyental lumpur yang degil.
4. Bila dah rasa cukup bersih, jemur tengah panas 2 ke 3 hari sehingga puas hati tiada air atau kelembapan pada komponen bahagian dalamnya.
5. Jika ada pengering rambut (hair dryer) tiupkan udara panas kebahagian yang sulit supaya betul-betul kering.
6. Pasangkan balik back cover atau penutup belakang.
7. Hidupkan untuk test OK atau TIDAK.

Yang penting sabar dan tabah mengendali kerja baik pulih peralatan letrik yang sebenarnya tidak rosak pun kerana banjir. Untuk membantu mangsa-mangsa banjir supaya mereka dapat mengurangkan belanja membeli peralatan letrik yang baru

 

Published by
Impiana