Segala keperluan lengkap disediakan untuk si cilik yang sedang aktif dan mula belajar menapak. Adakah itu sudah memadai? menurut kajian dari University of Alabama at Birmingham (UAB) terhadap isi rumah yang mempunyai kanak-kanak berusia 12 tahun hingga 36 bulan, 90% ibu bapa mereka gagal mengesan potensi bahaya kepada keselamatan anak-anak mereka. Ada juga yang terlalu yakin mengenai keselamatan dan perlindungan yang telah disediakan.
Artikel berkaitan: Hindari Anak Dari Bahaya Dengan Tip Keselamatan Ini
Berikut 5 perkara yang sering di abaikan dan ibu bapa tak tahu ia berpotensi memberi ancaman keselamatan kepada anak mereka:
1. LEKATKAN PENAL TV PADA DINDING
Ini antara kes yang banyak berlaku dan kerap. Ada antara kes yang menyebabkan kematian. Bila si cilik anda sudah mula memanjat dan lasak, ini lah waktu yang paling mengancam keselamatan mereka.
2. ELAK PENYAMBUNG ELEKTRIK DARI TERDEDAH
Anak anda dengan mudahnya akan mencabutkan plug atau kord dari penyambung. Hal ini mengundang bahaya kepada si cilik untuk terkena renjatan elektrik. Sebaiknya sorok atau jika tiada pilihan, sediakan kotak simpanan untuk mengelak ia dari mudah dicapai
3. ELAK PERMAINAN BERSAIZ KECIL BERSEPAH
Tidak kira bentuk bulat, silinde atau lonjong, jika barang mainan atau sebarang barang yang bersaiz kurang dari 1 inci, pastikan ia tidak bersepah dan tidak mudah dicapai. Kes tertelan barang bersaiz kurang dari satu inci ini pun antara kes panas dan kerap berlaku. Barang atau permainan kurang dari saiz 1 inci jika tertelan, ia boleh menyebabkan saluran tekak tersumbat
4. JANGAN BIARKAN REMOTE CONTROL HILANG PENUTUP BATERI
Bila bahagaian penutup hilang, ia mengundang risiko bateriny tercabut dan bersepah. Kanak-kanak cenderung untuk menelan butiran bateri tersebut dan hal ini sangat bahaya. Kandungan bahan aktif di dalam bateri tersebut boleh merosak atau melecurkan sistem usu si cilik anda. Bateri yang berbentuk bulat leper seperti bataeri jam tangan lebih berbahaya. Jika berlaku, segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan
5. BUCU MEJA ATAU PERABOT YANG TAJAM
Bahagian bucu perabot terutamanya dari jenis kaca adalah musuh utama si cilik tanpa kita sedari. Hal ini sangat bahaya terutamanya bagi yang sedang dan baru belajar berjalan. Ia mengundang kemalangan yang tidak diingini apabila kepala terhantuk pada bucu tersebut. Bukan sahaja luka dan darah malah memberi impak pada kondisi otak yang mengkin bergegar. Sebaiknya, beli getah pelindung untuk menutupi bahagian perabot yang berbucu