Bangunan bertema hutan vertikal merupakan salah satu seni futuristik yang menggambarkan sebuah bangunan penuh estetika yang biasanya hanya terdapat dalam dunia imaginasi.
Selain sebagai penyelesaian mesra alam yang sesuai untuk pelbagai fungsi terutamanya kediaman, apartmen hutan vertikal juga merupakan kediaman hijau dengan banyak manfaat seperti mengurangkan pencemaran udara, penghasilan oksigen, dan banyak lagi.
Ini 5 apartment bertema hutan vertikal di dunia.
1. Treehouse Apartment di Italia
Apartmen yang terletak di Turin, Itali ini kelihatan begitu menarik dengan seni bina unik seperti rumah pokok dengan tumbuhan yang ada di setiap teresnya. Apartmen Treehouse ini dianggarkan mempunyai lebih daripada 150 pokok serta taman tumbuhan yang rimbun.
Kediaman hijau yang di reka oleh arkitek Luciano Pia ini dibina dari tahun 2007 hingga 2012 dengan 63 unit apartmen. Juga dikenali sebagai “living forest”, Treehouse ini direka untuk mengurangkan pencemaran udara dan bunyi di kawasan bandar.
2. Bosco Verticale Apartment di Italia
Ads
Selain Treehouse Apartment, terdapat lagi satu apartmen dengan tema hutan vertikal di Itali. Bosco Verticale ini terdiri daripada dua bangunan yang jauh lebih tinggi berbanding Treehouse. Ketinggian setiap bangunan Bosco Verticale adalah 80 meter dan 112 meter.
Terletak di ibu kota Itali, Milan, apartmen hutan vertikal ini menjadi salah satu bangunan yang mampu menyerap pencemaran karbon, debu serta kebisingan. Selain itu, sekitar 780 pokok serta 5000 semak di apartmen ini juga mampu melindungi daripada radiasi.
3. Qiyi City Forest Garden Apartment di China
Qiyi apartmen ini terletak di Chengdu, China dan terdiri daripada 8 bangunan pencakar langit. Qiyi City ini merupakan salah satu bangunan hijau di China selain Nanjing Tower dan 1000 Trees yang masih dalam peringkat pembinaan.
Ads
Dijuluki sebagai “eco paradise” China, bangunan di apartmen ini terdiri daripada 826 unit yang kesemuanya telah terjual. Hebat, bukan?
4. NSW’s One Central Park di Australia
One Central Park di New South Wales terletak di Sydney, Australia. Dengan ketinggian 117 meter, One Central Park ini merupakan apartmen hijau yang bergabung dengan pusat hiburan dan perbelanjaan iaitu Central Park Mall.
5. Le Nouvel Towers di Malaysia
Ads
Masuk ke Asia Tenggara yang juga merupakan negara jiran, Malaysia, juga memiliki bangunan hijau yang menjulang tinggi. Le Nouvel Towers terdiri daripada dua bangunan hutan vertikal dengan 230 spesies tanaman di dalamnya.
Dirancang pada tahun 2008 dan selesai pada tahun 2016, Le Nouvel Towers ini termasuk dalam jajaran bangunan tertinggi di Malaysia. Le Nouvel Tower 1 memiliki ketinggian 200 meter yang terdiri daripada 49 tingkat, manakala Le Nouvel Tower 2 memiliki ketinggian 174.59 meter dengan 43 tingkat.
IMPIANA : Anda teringin tak tinggal di apartmen hutan vertikal seperti di atas?
Tip dan trik jual rumah dengan mudah ramai yang tak tahu. Anda punya perancangan untuk menjual rumah sedia ada? Tahu tak, Selain lokasi strategik dan telah diubah suai, ada beberapa faktor atau point lain yang anda boleh gunakan untuk meyakinkan pembeli dan secara tidak langsung menaikkan harga rumah yang anda hendak jual. Antara faktor yang kerap diguna pakai adalah kediaman dilengkapi dengan dekorasi laman yang menawan serta dijaga dengan baik. Ada lagi faktor lain yang perlu anda perhatikan sebelum anda nak jual rumah iaitu:
1. Tanaman berpasu.
Tanaman berapsu yang telah merimbun dengan rekaan pasu yang menarik turut menjadi perhatian pembeli tau. Letakkan tanaman berpasu ni dekat depan pintu atau di kawasan anjung pun dah cukup memberi penyeri dan menyambut kedatangan bakal pembeli. Tapi bila ada bakal pembeli datang, tanaman berpasu yang telah layu tak berapa nak cantik dan suam-suam kuku tu perlu diganti segera sebelum mereka datang.
2. Tambahkan sungkupan
Bagi yang mempunyai landskap, rapikan bahagian lantai laman di bahagian bawah pokok dan tanaman dengan sungkupan. Secara tidak langsung ia lebih menyerlahkan lagi keseluruhan dekorasi laman.
3. Tambah tanaman baru berona ceria
Kehadiran tanaman baru yang ceria boleh jadi eye catching saat pertama kali bakal pembeli melangkah masuk ke kediaman anda. Ia mampu memberi impak segar kepada keseluruhan visual.
4. Kemas rapi tanaman
Ini yang paling penting, trim tanaman anda dan bagi ia nampak kemas dan rapi. mana ada bahagian yang mati tu buangkan sahaja.
5. Atasi masalah saliran
Sama ada di dalam mahupun luar kediaman, kalau ada masalah saliran seperti parit yang rosak, paip bocor perlu diperbaiki dahulu sebelum anda pasang niat untuk menjaul kediaman. Sebab ini adalah antara perkara yang sering diabaikan oleh pemilik. Cuba bayangkan, kita datang ke rumah yang hendak kite beli tue nampak paip yang bocor air meleleh-leh di dinding hingga tinggalkan kesan. Nanti kita beli kediaman tu, sudah pasti baik pulih perlu dilakukan. LECEH BETUL!
6. Kemas dalam rumah
Bagi dalam rumah kite tu cuci bersih berkilat. Mesti bakal pembeli lebih tertarik sebab nanti kalau mereka nak pindah, dah tak payah nak banyak-banyak kerja dah. Lebih baik, semburkan wangian yang menyegarkan dan menenangkan. Masuk-masuk jer bakal pembeli seakan dipukau.HAHAHA!
7. Cat baru
Langkah ini lebih menarik bakal pembeli. Pilih cat berwarna putih sudah memadai. Bukan sekadar ia murah, malah ia memberi peluang kepada bakal pembeli untuk mudah suai padankan dengan konsep kediaman mereka kelak. Kalau bakal pembeli nak cat pun, cat asas dah ada. Hanya perlu cat mengikut konsep mereka sahaja seperti untuk feature wall.
8. Pencahayaan yang mencukupi
Masa bakal pembeli datang, on semua lampu walaupun di siang hari. Ia mampu memberi kesan visual kepada bakal pembeli untuk melihat keseluruhan kediaman. Kalau ada lampu-lampu yang mentol nye dah lama dan kusam, gantikan dangn yang baru.
9. Perbaiki kabinet dapur, built in almari dan pintu.
Bahagian dapur pun perlu diperhatikan. Jika and menggunakan kabinet atau built in almari, pastikan kondisi di dalam nye bersih. Tidak bersawang dan tiada bahagian yang tidak berfungsi. Kalau bunyi “krek-krek” masa buka almari, guna pelincir pada bahagian sambungan atau ensel.
10. The first impression is the only impression Walau cantik dan hebat mana pun kediaman anda, pembeli telah pun melakukan penilaian walaupun sebelum ia melangkah masuk ke kediaman anda. Macam mana? Mereka dah mula menilai melalui pertuturan penjual. Jika kita sebagai penjual memberi layanan yang baik. sudah pasti bakal pembeli selesa berurus niaga dengan anda. So, hati-hati bila berbicara
Proses pembelian rumah bukanlah satu hal yang mudah dan boleh dilakukan dengan sambil lewa. Banyak perkara yang harus diambil kira sebelum memutuskan untuk membeli sesebuah rumah terutama dari segi harga kediaman yang tidak mampu milik. Jika rumah under construction terlalu mahal untuk dimiliki, sebenarnya terdapat pasaran sekunder iaitu unit lelong dan subsale yang ramai di antara kita terlepas pandang. Ikuti kupasan Dr Azizul dengan lebih lanjut tentang situasi ini.
Soalan : Apa nasihat Dr buat golongan berpendapatan rendah ke sederhana yang bercita-cita untuk memiliki rumah sendiri?
Saya cadangkan bagi golongan pendapatan rendah dan sederhana :
a. Jangan malu untuk membeli flat atau pangsapuri sebagai kediaman pertama.
b. Mulakan dengan kediaman kecil dan sederhana, jangan malu mula hidup dengan kediaman 650 kaki pesegi sahaja. Kediaman kecil, cantikkan dengan deco inspirasi dari majalan Impiana!
c. Saya selalu sarankan cari kediaman bawah RM200,000 sebagai permulaan buat golongan ini pendapatan rendah dan sederhana ini. Persoalannya masih adakah kediaman harga seperti ini? Rujuk website mudah.my atau property guru masih banyak kediaman bawah RM200,000 ini.
d. Selain pasaran sekunder ini rujuk juga pasaran lelong, banyak tawaran luar biasa lelongan hartanah yang saya selalu beli dan jumpa.
e. Jika usia semakin meningkat dan belum ada kediaman, buat gabungan pendapatan suami isteri untuk dapatkan pembiayaan bank. Jika tidak lepas dengan isteri, boleh juga bergabung dengan pendapatan anak.
f. Jangan terlalu tumpu mencari kediaman di pusat Bandar, jika terlalu mahal carilah kediaman dipinggir Bandar yang jauh lebih murah. Saya selalu pesan, “Jika air masih panas, minum dari tepi”.
g. Cari ilmu hartanah dan kewangan, ia lebih penting dari pendapatan dan gaji kita. Ada beberapa rakan dan pelajar saya yang tamat belajar terus mampu beli kediaman bila mereka faham bagaimana urus kewangan dengan bijak.
Nota : Wawancara ini diterbitkan dalam majalah Impiana Edisi JAN/MAC 2019 melalui segmen Bicara Pakar bersama Dr. Azizul Azli yang merupakan pakar perunding hartanah dan juga Pensyarah Kanan di Fakluti Senibina Perancangan dan Ukur dari Jabatan Senibina Dalaman UiTM Seri Iskandar, Perak. Untuk info dan tip lebih lanjut dapatkan IMPIANA JAN/MAC 2019 dipasaran sekarang.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tidak dinafikan, sememangnya ada segelintir di kalangan masyarakat kita yang memandang enteng terhadap mengenai soal pengambilan pembiayaan perlindungan tambahan untuk kediaman atau erti kata lain insurans rumah.
Bukan itu sahaja, ada juga yang mengganggap pengambilan pembiayaan perlindungan tambahan untuk kediaman ini bukan satu perkara yang penting atau mustahak buat mereka. Tetapi, sudahkah anda benar-benar mengetahui secara lebih mendalam mengenai pengambilan insurans rumah ini?
Maka oleh itu perkara tersebut sudah semestinya menjadi persoalan orang ramai antaranya kesan jangka masa panjang kepada pemilik sekiranya membeli rumah tanpa mengambil sebarang perlindungan tambahan kediaman khususnya.
Jadi, dalam episod Tour Impiana Sembang Dekor bersama Bank Islam kali ini telah mengupas serta membincangkan perkara tersebut di bawah program khas yang bertajuk ‘Elakkan Beli Rumah Tanpa Perlindungan’ bersama para penonton.
Menerusi perkongsian bersama hos dan editor IMPIANA, Puan Mariam Shukor telah membincangkan topik tersebut bersama panel tetamu jemputan istimewa iaitu Encik Mohamed Zaki Atip selaku Pengarah Wilayah, Central 2, Bank Islam Malaysia Berhad.
Ketika sesi temu bual bersama hos berlangsung, Encik Mohamed Zaki berkata setiap pemilik sememangnya amat digalakkan untuk mengambil pembiayaan perlindungan tambahan setelah membeli rumah bersama pinjaman pihak bank bagi menjamin masa hadapan yang lebih baik.
Katanya lagi, ekoran daripada masalah bencana banjir yang berlaku dalam negara baru-baru ini, orang ramai telah mulai sedar serta mendapat kesedaran dalam diri mengenai betapa pentingnya memiliki perlindungan tambahan untuk kediaman.
“Di Bank Islam sendiri, untuk makluman anda semua selepas berlakunya banjir teruk di sekitar kawasan Shah Alam dan juga Klang, sudah ramai yang mula ambil pembiayaan perlindungan tambahan untuk rumah mereka.
“Ini di mana secara tidak langsung mereka sudah mula sedar betapa pentingnya untuk memiliki perlindungan tambahan untuk rumah. Jadi, jumlah polisi yang telah dikeluarkan banyak juga,” katanya.
Jika anda ingin ketahui kesemua kupasan topik perbincangan ini, anda boleh menonton pautan video episod penuh Tour Impiana Sembang Dekor bersama Bank Islam dibawah;
Di samping itu, kepada anda semua jangan lepaskan peluang keemasan merebut pelbagai hadiah menarik dengan menonton, ‘like’ dan ‘share’ Tour Impian Sembang Dekor bersama Bank Islam sekarang!
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.