Rumah yang kemas dan teratur bukan sahaja sedap mata memandang, tetapi juga memberi ketenangan kepada penghuni. Namun, tanpa kita sedari, ada beberapa jenis barang yang sebenarnya menjadi punca rumah kelihatan serabut.
Jangan sayang untuk buang barang-barang ini kerana ia boleh membantu mencipta suasana rumah yang lebih nyaman dan minimalis. Berikut adalah 5 barang yang anda patut pertimbangkan untuk nyahkan dari rumah:
Pakaian
Bila dibuka almari di rumah pasti ada baju, seluar dan tudung yang sudah tidak dipakai lagi tapi terus disimpan kemas di dalam almari. Masukkan sahaja dalam kotak dan jual sebagai barangan ‘preloved’.
Altenatif lain boleh sahaja mendermakan kepada yang memerlukan. Tak perlu disimpan lagi!
Alat solek dan penjagaan diri
Kalau perasan di meja solek kita pasti ada barangan alat solek yang sudah tidak digunakan malah telah tamat tarikh luputnya tetapi sayang hendak dibuang. Rumah kita bukan muzium jadi buang sahaja alat solek dan penjagaan diri yang lama.
Barangan elektrik
Ini satu hal lagi. Pergilah ke mana-mana rumah pasti ada perkakasan elektrik yang dibiarkan terabai tanpa digunakan untuk tempoh lama. Berikan sahaja kepada mereka yang amat memerlukan. Jangan simpan lama-lama.
Bekas makanan
Bekas makanan plastic antara koleksi wajib ada bagi mak-mak. Apa kata sisip hanya bekas makanan yang benar-benar diperlukan sahaja di rumah. Selebihnya buang sahaja. Tabiat menyimpan bekas-bekas makanan ini perlu dihapuskan. Dapur nampak sangat sesak!
Prop hiasan
Jangan terkejut ada rumah yang masih menyimpan hiasan-hiasan lama seperti bekas hiasan dari majlis perkahwinan atau hiasan-hiasan kecil lain yang tidak perlu. Apa kata buang sahaja nampakkan perbezaannya. Barang-barang kecil ini selain memerangkap habuk turut juga membuatkan pandangan jadi semak.
Baca Lagi Di Sini:
Jual Rumah Teres Beli Rumah Flat Keluasan 753kps, Makeover Cantik & Selesa!Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.