Jambangan bunga artificial yang ada di rumah harus dibersihkan untuk mrngrlsk lebih banyak habuk yang terperangkap. Jika tidak dilakukan segera, habuk yang melekat akan sukar dicuci dan akan menjadikan bunga artificial anda kusam. Bagaimanakah cara mencuci atau membersihkan buga artificial ni? Anda boleh gunakan 5 cara ini untuk pembersihan bunga artificial anda;
Garam dan brown bag/plastik beg
1) Tuangkan satu cawan garam ke dalam brown bag
/plastik beg. Dan masukkan jambangan bunga ke dalam beg itu (pastikan kelopak bunga yang masuk dan bahagian batang keluar)2) Pegang brown bag/plastik beg dan pastikan ia benar-benar kedap udara. (untuk lebih rapat, genggam erat pada batang bunga). Setelah itu goncangkan brown bag/plastik beg itu tadi
3) Anda mendapati gubahan bunga kembali bersih,segar dan berseri.
Semburan dari cuka
1) Sediakan botol semburan, 1 mangkuk kecil cuka putih dan 1 mangkuk kecil air
2) Isikan botol semburan dengan kedua –dua bahan di atas
3) Semburkan pada bunga artificial
Sabun pencuci pinggan
1) Sediakan sabun pencuci pinggan , air dan bekas
2) Campurkan air dan beberapa titik sabun pencuci pinggan ke dalam bekas
3) Ambilkan beberapa kuntum bunga artificial dan dicuci satu persatu.
4) Hamparkan tuala dan biarkan ia kering dengan sendirinya
Pelembut fabrik
1) Penuhkan bekas dengan air suam dan campurkan dengan 3 penutup pelembut fabrik
2) Pegang bahagian batang bunga artificial
Pengering rambut
1) Halakan pengering rambut kearah bunga artificial lebih kurang 15 sentimeter.
2) Anda akan mendapati sawang/debu-debu hilang dengan pantas.