5 Cara Guna Magnet Di Rumah Yang Anda Tak Tahu Selama Ini

Share

Pernah tak anda terfikir kebaikan besi magnet sehinggakan anda belanja sedikit wang untuk gunakan di dalam rumah dan bantu urusan seharian anda di dalam rumah. Ianya amat praktikal di setiap ruang rumah anda.

IMPIANA bantu anda bagaimana nak guna bar magnet dengan selamat dan praktikal.

1) Gantung pisau memasak di dapur

Jika sudah rosak atau hilang rak simpanan pisau, apa kata lekatkan pisau memasak anda di ruangan dapur yang dekat dengan singki serta dapur memasak. Gunakan bar magnet untuk gantung pisau memasak, ianya amat praktikal dan memudahkan tugas memasak anda. Akan tetapi, pastikan tempat anda gantung pisau dan bar magnet jauh daripada kanak-kanak dan hanya mudah dicapai oleh orang dewasa sahaja.

2) Depot simpanan peralatan bertukang/DIY

Bar magnet juga berupaya untuk memegang peralatan pertukangan anda. Ia juga merupakan solusi bijak kepada simpanan dalam toolbox yang kadangkala boleh membuatkan barang anda rosak sebab bertimbun dengan peralatan yang lain. Teknik susunannya anda boleh rujuk gambar di bawah ini.

3) Susun peralatan kosmetik

Di meja solek juga bar magnet boleh membantu anda. Susunkan secara teratur segala peralatan penjagaan wajah anda di bar magnet. Jika dahulu anda guna masa yang banyak untuk cari semula segala pin rambut, twizzer, pengetip kuku dan pelbagai lagi. Mungkin sudah tiba masa untuk guna magnet sebagai tempat gantung dan jimat masa mencari.

4) Gantung bekas rempah

Tahukah anda bekas simpanan rempah ratus banyak ambil ruang simpanan pantri di dapur? Alternatifnya adalah gantung secara menegak segala bahan rempah yang disimpan dalam balang kecil di atas bar magnet. Konsepnya sama seperti lekatkan pisau di dapur, jika pisau boleh, balang mini rempah ratus pun boleh juga.

5) Post-it-Note di Peti Sejuk

Peti sejuk merupakan tempat terbaik untuk anda tinggalkan pesanan untuk ahli rumah yang lain. Kalau di rumah sewa, selalu akan ada pesanan bayar sewa rumah dari ketua rumah, lain pula kisahnya jika di rumah keluarga, kaum ibu selalu tinggalkan pesanan seperti ‘keluarkan ayam dari peti sejuk beku’ untuk lembutkan ayam bila ibu pulang dari kerja. Semuanya terjadi dengan penggunaan magnet sebagai bahan pelekat untuk anda gantung mesej yang ditulis atas kertas di peti sejuk.

Published by
Impiana