
Isi Kandungan
Toggle5 Cara Mewujudkan Rumah Kucing yang Kekal Bersih. Kucing merupakan haiwan kesayangan yang memerlukan ruang perlindungan yang selesa dan bersih. Membina rumah kucing bukan sahaja memberi mereka tempat untuk berehat, tetapi juga melindungi mereka dari cuaca buruk dan memberi mereka privasi. Namun begitu, penting juga untuk memastikan rumah kucing tersebut kekal bersih dan selesa untuk kucing anda.
Berikut adalah panduan langkah demi langkah untuk membina rumah kucing dan tips untuk menjaga kebersihannya:
1. Pemilihan Reka Bentuk dan Bahan Binaan
Pertama sekali, pilihlah reka bentuk rumah kucing yang sesuai dengan ruang yang anda ada dan keperluan kucing anda. Anda boleh memilih antara reka bentuk kotak tradisional atau reka bentuk yang lebih moden bergantung kepada citarasa dan keperluan kucing anda. Pastikan bahan yang anda gunakan adalah tahan cuaca dan tidak beracun untuk kucing. Kayu atau bahan komposit adalah pilihan yang baik kerana mereka tahan lama dan memberikan insulasi yang baik.
2. Saiz dan Kebolehcapaian
Pastikan saiz rumah kucing mencukupi untuk kucing anda. Kucing perlu mempunyai ruang yang mencukupi untuk bergerak dengan selesa di dalamnya. Selain itu, pastikan rumah kucing mudah dijangkau oleh kucing anda tanpa terlalu tinggi atau sukar untuk mereka masuk.
3. Memastikan Kebersihan Harian
Untuk memastikan rumah kucing kekal bersih, lakukan pembersihan harian. Buang kotoran dan sisa makanan dari dalam rumah kucing setiap hari. Pastikan alas tidur dan mangkuk makanan serta air sentiasa bersih. Ini bukan sahaja menjaga kebersihan tetapi juga kesihatan kucing anda.
4. Kemudahan Pembersihan Berkala
Selain pembersihan harian, lakukan juga pembersihan menyeluruh secara berkala. Keluarkan alas tidur dan bersihkan dengan sabun lembut dan air, kemudian keringkan dengan baik sebelum meletakkannya semula. Bersihkan dinding dan lantai rumah kucing dengan penyapu atau vakum untuk menghilangkan bulu dan debu.
5. Gunakan Bahan Anti-bau
Untuk mengelakkan bau yang tidak menyenangkan, gunakan alas tidur yang tahan air dan mudah dibersihkan. Anda juga boleh menambah bahan anti-bau atau pengharum udara yang lembut di dalam rumah kucing. Pastikan bahan-bahan ini tidak beracun dan selamat untuk kucing anda.
Semoga bermanfaat!
IMPIANA: Membina rumah kucing adalah cara yang baik untuk memberi kucing anda tempat perlindungan dan berehat yang selesa. Dengan merancang reka bentuk yang sesuai dan menggunakan bahan yang betul, anda boleh memastikan rumah kucing kekal tahan lama dan selesa.
Mesti Baca: Singapura WAJIBKAN Lesen & Tanam Mikrocip Bela Kucing Di Kediaman
Baca Lagi Di Sini: Atasi Bau Kucing Di Rumah Guna Bahan Dapur Ini, Berkesan & Mudah
Artikel Menarik: Cara Mudah ‘Tangkap’ Kutu Kucing, Guna Dua Bahan Je
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Amaran! Jimatlah Elektrik Sebelum Terkena Musibah!

Zaman sekarang, pengawalan elektrik tidak terkawal kerana orang sekarang banyak menggunakan elektrik dan bergantung harapan kepada elektrik. Sebagai contoh, buka TV, buka air-cond/kipas atau bermain telefon sambil cas. Itu semua faktor-faktor yang boleh menyebabkan elektrik banyak telah bazir dikeluarkan. Bila dah terjadi pembaziran, mula lah bil naik harga dari harga yang sepatutnya. Jadi, pada hari ini, saya akan menceritakan bagaimana hendak berjimat-cermat dalam penggunaan elektrik di rumah.
MATIKAN PERALATAN ELEKTRONIK YANG TIDAK DIPAKAI.
Ini yang patut dipertengahkan dan di ambil keras seriusnya. Perkara sebegini, sering dilakukan oleh masyarakat kita sekarang ini. Pendekatan paling mudah untuk menjimatkan elektrik di rumah anda adalah dengan mematikan peralatan yang tidak digunakan. Matikan kipas dan lampu apabila anda meninggalkan bilik, atau penapis air apabila anda keluar. Selain itu, ingat untuk mematikan suis pengecas telefon dan powerbank anda sebaik sahaja ia penuh. Pengecasan berlebihan bukan sahaja menggunakan elektrik, tetapi ia juga boleh memendekkan hayat bateri dan alat anda.
BERTUKAR KEPADA PERALATAN YANG MENJIMATKAN TENAGA ELEKTRIK.
Selain daripada kaedah yang dinyatakan di atas, anda boleh meminimumkan perbelanjaan elektrik anda dengan menggunakan peralatan penjimatan tenaga. Suruhanjaya Tenaga, yang merupakan sebahagian daripada Kementerian Tenaga dan Sumber Asli, telah melancarkan program untuk membantu rakyat Malaysia membuat keputusan yang lebih baik. Di mana pelbagai barangan elektrik diuji, dinilai dan dinilai bergantung pada penggunaan tenaganya menggunakan kriteria MEPS. Item ini kemudiannya ditetapkan dengan Label Cekap Tenaga, yang mempunyai penarafan maksimum lima bintang. Ini menunjukkan bahawa semakin tinggi bilangan bintang pada label, lebih banyak tenaga yang anda jimatkan. Apabila membeli produk elektrik untuk rumah anda, pastikan anda membeli peralatan dengan bintang yang lebih tinggi.
GUNAKAN MENTOL LAMPU YANG MENJIMATKAN TENAGA.
Teknik lain untuk menjimatkan elektrik ialah menggunakan mentol lampu yang cekap tenaga. Pada masa ini, empat jenis biasanya digunakan: lampu pijar, lampu halogen, lampu pendarfluor, dan lampu diod pemancar cahaya (LED). Lampu pendarfluor dan lampu diod pemancar cahaya (LED) adalah penyelesaian pencahayaan terbaik untuk rumah anda di antara empat jenis lampu ini. Ia bukan sahaja lebih sejuk, tetapi ia boleh mengurangkan penggunaan kuasa anda sebanyak 25-35 peratus.
Kesimpulannya, gunakanlah peralatan yang berelektronik dengan cermat supaya tiada pembaziran elektrik dalam rumah anda.
Sumber: Sumber Ilmiah (https://www.sumberilmiah.com/kediaman/10-cara-untuk-menjimatkan-elektrik-di-rumah/)
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
‘Cover’ Dinding Banyak Suis Dengan Idea Kabinet Ini. Auto Tampak Kemas!

Memang serabut lihat dinding yang penuh dengan suis ini.
Bagi yang suka rumah dalam keadaan tersusun, mungkin akan nampak ruang dinding ini tak kemas dan mencari cara untuk memastikan ia nampak teratur atau menutupinya. Antara idea yang boleh dipraktikkan adalah dari Siti Fatimah Ahmad ini.
Idea cover dinding banyak suis
Sebelum ini kalau ambil pic mesti dinding ni dielakkan. Rasa macam tak elok gambar yang diambil sebab kedudukkan suiz, loceng dan kotak MCB yang berselerak.
Jadi saya build in satu kabinet untuk cover semua bahagian dan cuba pelbagaikan kegunaan untuk menyimpan kunci dan bil- bil rumah.. Taraa ini lah hasilnya…
Boleh panggil tukang buat kabinet buat macam ni. Selain ‘cover semua suis dan kotak MCB, kabinet ini juga pelbagai guna.
Bahagian atas jadi tempat letak kunci. Bahagian bawah boleh jadi tempat letak kasut.
Cantik deko bila dah tambah dengan kabinet pelbagai guna.
Semoga bermanfaat.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Beli Rumah ‘Second Hand’. Lakukan 3 Perkara Ini Untuk Jimatkan Kos Peguam

Beli rumah ‘second hand’ tak sama dengan beli rumah ‘undercon’ dengan pemaju. Proses yang perlu dijalani juga turut berbeza.Pembeli rumah ‘second hand’ perlu melakukan banyak proses pertukaran nama pada segala bil dan dokumen yang ada.
Ramai pembeli rumah ‘second hand’ terlepas pandang perkara-perkara penting yang perlu dilakukan lebih-lebih lagi si pembeli rumah pertama.Kebanyakan pembeli rumah ‘second hand’ ini beranggapan selepas selesai urusan beli rumah, sudah tidak perlu lakukan apa-apa lagi. Hanya tinggal nak masuk rumah sahaja.
Selepas urusan beli rumah ‘second hand’ pembeli perlu lakukan pertukaran nama pada 3 perkara ini :
1) Ini Penting! Tukar nama ada segala bil utiliti
Ramai pembeli terlupa dan terlepas pandang untuk menukar nama pada segala bil utiliti seperti bil elektrik, bil air, dan juga Indah Water.
Sepatutnya, setelah selesai sahaja urusan jual beli rumah ‘second hand’, pembeli perlu ke pejabat pembekal perkhidmatan utiliti seperti TNB, SBA, dan IWK untuk membuat pertukaran nama.
Ini bagi mengelakkan berlakunya kekeliruan apabila sampai bil dirumah, nama orang lain (nama penjual).
Untuk melakukan pertukaran nama pada bil utiliti, pembeli rumah boleh menggunakan dua cara ini :
A: Buka akaun baru
Pembeli rumah boleh buka akaun baru untuk bil utiliti tersebut dan perlu membayar wang deposit dengan jumlah bergantung kepada jenis rumah yang dibeli.
Setelah selesai proses pembukaan akaun baru, pemilik asal boleh lah membatalkan kesemua akaun lama. Tapi sebelum itu, sila pastikan pemilik asal rumah anda membayar segala tunggakan yang ada ya!
B: Sambung guna akaun pemilik lama
Pemilik baru boleh mengekalkan akaun lama pemilik lama, tapi hanya perlu lakukan pertukaran nama sajaja. Tetapi dalam kes ini, pemilik baru perlu memulangkan bayaran deposit bil utiliti kepada pemilik lama.
Ini kerana pemilik lama tidak akan terima deposit selagi tidak melakukan pembatalan akaun.
2) Jangan lupa tukar nama pada rekod cukai pintu
Ramai juga yang terlepas pandang untuk lakukan permohonan pertukaran cukai pintu.
Sebagai pemilik baru, anda perlu pergi ke Majlis Daerah atau Majlis Perbandaran untuk buat pertukaran nama dalam rekod cukai pintu.
Berikut merupakan senarai dokumen yang perlu disedikan untuk proses pertukaran nama ini:
• Salinan kad pengenalan
• Salinan SNP
• Salinan geran (yang telah dipindah milik kepada nama pemilik baru)
• Salinan cukai pintu terkini
Pembeli juga perlu buat bayaran caj perkhidmatan yang sepatutnya.
3) Tukar nama pada bil ‘maintenance’ dan caj servis
*Proses ini hanya tertakluk pada rumah berstrata sahaja.*
Pembeli perlu memaklumkan kepada bahagian ‘maintenance’/ JMB (Joint Management Body) bahawa anda adalah pemilik baru unit tersebut.
Proses ini dilakukan supaya pihak pengurusan dapat mengemaskini rekod pemilik baru dan segala bil penyelenggaraan dan caj servis akan dihantar kepada pemilik baru, iaitu anda!
Yang menjadi isu dalam proses ini ialah, siapakah yang bertanggungjawab untuk melakukannya?
Adakah penjual, pembeli, atau peguam?
Untuk pengetahuan, proses pertukaran nama ini adalah tanggungjawab pembeli. Cuma ada sesetengah peguam yang menawarkan servis ini sekali dengan urusan jual beli.
Sebenarnya proses ini bukanlah satu tugas wajib bagi seorang peguam. Sekiranya ada peguam yang menawarkan perkhidmatan ini, sudah tentu pembeli akan dikenakan caj yuran guaman.
Untuk kurang dan menjimatkan kos, pemilik rumah atau pembeli boleh melakukannya sendiri. Bukanlah satu proses yang rumit pon, Cuma kena luangkan masa sedikit untuk uruskannya.
Sekiranya pemilik baru atau pembeli rumah tidak melakukan proses pertukaran nama ini, dan ada pula tunggakan yang masih belum dijelaskan, pemilik asal akan dituntut oleh pihak atasan.
Jadi, penting juga untuk pemilik asal melakukan ‘follow up’ dan sahkan pertukaran nama dilakukan atau tidak.
Jangan pula apabila sudah dapat rumah, segala tanggungjawab dilupakan. Kesannya, diri sendiri yang perlu tanggung.
Artikel dari Gila Hartanah
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI