Dengar macam mustahil tetapi percaya atau tidak, yang anda boleh memberi wajah baru pada kediaman tanpa perlu membayar apa apa pun! YA.
Anda hanya memerlukan sedikit kreativiti, imaginasi dan kerajinan untuk melakukannya. Tidak perlu rasa terbeban memikirkan ruang tamu yang kelihatan hambar dan bilik tidur yang tidak lagi menarik kerana hanya dengan sedikit perubahan, ruangan tersebut akan dengan serta merta berubah menjadi seperti sebuah ruangan yang baru.
Mari ikuti tip-tip ini untuk upgrade rumah yang lama menjadi baru tanpa perlu mengeluarkan sebarang belanja.
Perbaharui Susun Atur Ruang Tamu
Pertama sekali, cuba tanya pada diri anda, “Adakah ruang tamu saya ini berfungsi sepenuhnya dengan baik?”. Mungkin produktiviti ruang tamu yang biasanya kita guna hanyalah 40%. Jadi apa yang perlu dilakukan untuk mendapatkan fungsi selebihnya? Majoriti ruang tamu boleh diperbaiki dengan hanya menggerakkan perabot.
Tukarkan ruang tamu anda menjadi lebih mesra pengguna; bukan saja untuk menonton TV tetapi juga mempunyai suasana yang menggalakkan perbualan. Jika anda masih tidak tahu, kerusi tidak semestinya perlu dirapatkan ke dinding. Jadi anda boleh alihkan sofa dan kerusi-kerusi lain agar lebih dekat antara satu sama lain bagi mewujudkan kenyamanan.
Ads
Wujudkan Dinding Galeri
Daripada anda gantungkan gambar-gambar kenangan peribadi merata diseluruh rumah, lebih elok jika anda kumpulkan semua gambar berharga tersebut dan gantungkannya pada satu dinding yang juga boleh dijadikan sebagai focal point sesebuah ruang. Bergantung pada berapa ukuran dinding, anda boleh susun bingkai gambar mengikut kesesuaian tetapi pastikan anda tidak menggantung terlalu banyak bingkai bersaiz kecil kerana ia akan membuatkan dinding nampak semak dan sibuk.
Ads
Waktu Untuk Spring-Cleaning !
Melainkan barangan tersebut ;
a) masih berguna
b) mempunyai nilai sentimental
Selain itu, buangkan saja. Proses decluttering ini akan membuatkan anda rasa lebih baik dan ruang akan terasa lebih nyaman dan ‘ringan’. Rumah anda bukan stor jadi apa apa objek yang tidak lagi memberi kemudahan dalam kehidupan seharian anda pelu dihapuskan atau dibawa keluar dari rumah.
Ubah Kedudukan Katil
Sedar atau tidak, mungkin anda telah letakkan katil pada dinding yang salah. Jangan khuatir, inilah masa yang sesuai untuk anda fikirkan susun atur yang baru untuk ruang paling intim dalam rumah anda.
Dengan pengecualian tertentu, katil seharusnya diletakkan di dinding yang paling ‘panjang’ di dalam bilik. Jika anda letakkan katil di dinding yang lebih pendek, ia akan memberi banyak ruang mati di kaki katil dan menjadikan bilik anda kelihatan lebih kecil dari saiz sebenar.
Ads
‘Hidupkan’ Pasu Yang Kosong
Perkara yang paling mudah anda boleh buat untuk mendapatkan nafas baru buat sesebuah ruang. Dengan sedikit tumbuh-tumbuhan hijau di rumah anda boleh membawa kesegaran taman masuk kedalam. Anda tidak perlu membeli pun, cukup saja dengan dedaun hijau yang anda boleh jumpa diluar rumah.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Definisi kediaman sempurna bukan hanya diukur dari segi fizikalnya sahaja. Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi perkara ini termasuklah hal-hal yang tidak terlihat oleh mata kasar, yang hanya penghuni rumah tersebut saja tahu. Tidak kiralah usia dan saiz rumah, jika anda bahagia, sudah tentunya kediaman terasa begitu sempurna serta lengkap serba-serbi.
Walaupun usia kediaman ini mencecah 30 tahun dengan saiz yang agak terhad, pemilik, Mohd Asri dan isterinya Marlia Ramli tetap menghargai rumah pangsa 600 kaki persegi ini dan sentiasa memberikan sepenuh perhatian bagi memastikan kediaman sentiasa di dekor cantik, kemas dan menarik.
Berpegang pada 3 elemen utama iaitu kayu, besi serta konkrit, pemilik berjaya menatarias kediaman idaman mereka dengan konsep moden kontemporari yang diserikan lagi dengan elemen tropikal yang cukup menarik. Sepanjang 8 tahun mendiami rumah 2 bilik ini, banyak yang telah dilalui dan dipelajari. Kebanyakkan ruang juga hanya DIY sahaja kerana ia dapat menjimatkkan banyak kos. Nasihat pemilik, bagi mendapatkan hasil yang baik, perlu ada daya kreativiti yang tinggi dan kewangan yang mencukupi. Selain itu, perlu juga memahami ruang dan padankan dengan bijak setiap pemilihan warna,perabot dan pencahayaan.
Antara perkara paling penting dan utama dalam proses menghias kediaman adalah pemilihan warna bagi setiap ruang dan juga perabot. Warna merupakan bahasa visual yang boleh difahami oleh semua orang walaupun dari latar belakang yang berbeza. Kita dapat berkomunikasi hanya dengan menggunakan warna sebagai ‘bahasa penghantar’ melalui pemilhan dan penggunaannya dalam seni hiasan dalaman. Jadi, untuk warna berbicara seiring dengan kehendak, kita perlu terlebih dahulu memahami dan mendalami bagaimana warna berfungsi dalam mempengaruhi mood atau suasana kediaman.
Warna pada dasarnya datang dalam tiga kategori iaitu aktif, pasif dan neutral. Warna-warna neutral termasuklah hitam, kelabu, putih dan coklat. Kebiasaannya, warna neutral digunakan untuk mewujudkan keseimbangan dalam hiasan yang menggunakan kedua-dua warna aktif dan pasif. Disini IMPIANA senaraikan skema warna asas untuk menghias kediaman anda agar nampak lebih sistematik dan menarik.
MONOCHROMATIC Menggunakan satu warna tetapi dalam pelbagai variasi dari segi kepekatan atau saturation. Penggunaan skema monochromatic akan membuatkan ruang tampak elegan, kemas dan bersih. Monokromatik juga memberi suasana yang nyaman lebih-lebih lagi dengan penggunaan warna biru atau hijau yang digabungkan dengan warna neutral seperti putih, hitau atau kelabu kerana rona warna yang digunakan lebih sekata dan tidak menyakitkan mata.
HARMONIOUS Menggunakan warna yang terletak bersebelahan dalam roda warna. Pilih satu warna yang lebih dominan dan gunakan (satu atau dua) warna disebelahnya untuk memperkayakan lagi pilihan skema warna ini. Skema warna harmonious ini seakan sama dengan skema warna monochromatic tetapi menawarkan lebih nuansa atau kehalusan dari segi kemasan rona yang mampu mengubah suasana ruang.
COMPLEMENTARY Untuk ruang dengan suasana lebih meriah atau vibrant, gunakan skema warna complementary. Pilih dua warna yang terletak bertentangan dalam roda warna. Contohnya seperti gabungan warna kuning dengan ungu, biru dengan oren dan sebagainya. Dua warna dengan kontras tinggi akan membuatkan ruang kediaman akan nampak lebih ‘lively’ dan bersemangat.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Janda Baik, Pahang antara lokasi tumpuan warga kota lari dari kepadatan dan kesesakkan hidup yang penuh mencabar. Ia sentiasa menajdi pilih dek sebabkan lokasinya hanya 45 minit dari Kuala Lumpur. Tambahan, panorama hijau kepadatan hutan di janda baik antara pendorong lokasi ini maju menjadi pusat pelancongan ekologi atau (eco-tourism).
Pelbagai jenis tawaran kemudahan dan aktiviti tersedia di Janda Baik. Pesaingan sihat ini menyebabkan ramai pengusaha rumah penginapan menyediakan kemudahan terbaik untuk menarik perhatian pelanggan. Salah satunya Rest-Pause Rainforest Retreat. Rumah penginapan yang berkeluasan 6000 kaki persegi ini dibina dilereng bukit. secara tidak langsung, la memberi pemandangan luas kepadatan hijau hutan tanpa sebarang halangan.
Mengetengahkan konsep modern kontemporari, rumah penginapan ini dilengkapi dengan 4 bilik tidur, 4 bilik air, ruang dapur dan tempat makan terbuka. Rumah penginapan ini sesuai buat anda yang merancang untuk mengadakan hari keluarga kerana ia berupaya memuatkan 20 orang dalam satu masa. Kebiasaanya, bagi penginaapn retreat villa harganya mencecah RM 2,000. Namun, di Rest-Pause Rainforest Retreat harganya hanya RM 950 satu malam. Jom kita terokai Rest-Pause Rainforest Retreat dengan video 360 darjah yang disediakan:
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.