5 Elemen Dekorasi Jadikan Rumah Anda Tenang Macam Dekat Spa

Share

Tidak cukup dengan isu persekitaran seharian yang membelenggu, tambah lagi dengan stress kerja. Pulang dari kesibukkan harian di pejabat, sudah pasti anda akan mencari sesuatu yang mampu melegakan minda dan memebri ketenangan. Apa kata inspirasikan kediaman anda menjadi sebuah spa. Untuk zahirkan sebuah kediaman yang mempunyai dekorasi ala spa, ini yang anda perlukan.

Letakkan bauan aroma terapi dalam rumah

Bauan aroma adalah antara solusi termudah untuk anda wujudkan elemen ketenangan dalam rumah walaupun tidak sama seperti pusat spa, bauan aroma seperti lavender sudah cukup untuk membuatkan anda khayal sebentar kerana ianya bersambung terus secara direct kepada sistem otak yang mengawal emosi dan menyimpan memori. Selain daripada bauan lavender, anda boleh juga letakkan chamomile, eucalyptus.

Wujudkan bunyi yang menenangkan

Perasan tak kalau anda berkunjung ke spa, item pertama yang anda akan lihat adalah hiasan berbentuk air terjun serta pancuran air? Ini kerana bunyi percikan air yang dihasilkan dari air pancut mampu membuatkan anda berasa tenang seketika. Tambahan, menurut kajian apabila anda melihat air yang beralun bersama ikan ia akan membawa pemikan yang serabut hanyut bersama. Selain itu, anda boleh hebatkan lagi kediaman ala spa anda dengan alunan muzik jenis soul dan elakkan dari memasang lagu kegemaran anda di dalam kereta tetapi adalah molek untuk tune lagu yang hanya menggunakan instrumen.

Baluti diri anda dengan tuala yang nyaman atau jubah mandi

Tuala putih selalu menjadi pilihan pengusaha spa untuk diberikan kepada pelanggan sementara menunggu giliran. Tualanya tidak menggunakan bahan peluntur untuk kekal putih, tetapi ianya dihangatkan untuk keselesaan pengunjung. Anda boleh lakukan perkara yang sama jika anda pulang ke rumah, selepas anda selesai membersihkan diri, baluti tubuh anda dengan tuala hangat suam kuku, untuk dapatkan ketenangan ditambah iringan muzik instrumental alunan perlahan.

Pasangkan lampu malap

Selain daripada memasang lampu flourescent untuk menerangi kediaman di waktu malam, anda juga boleh pasangkan lampu malap untuk mewujudkan elemen tenang dan romantik. Cadangan kadar pencahayaan yang sesuai adalah lampu putih lembut berkadaran 2700K Celcius. Kadar ini sesuai kerana pencahayaannya akan membuatkan anda berasa lebih tenang serta kemalapannya sesuai dengan keperluan anda.

Bawa masuk elemen semulajadi

Apabila telah tersedianya elemen air, tambahkan lagi satu item penting dalam dekorasi yang seimbang  iaitu pepohon hidup di dalam rumah. Tekstur alam semulajadi seperti kita ketahui amat efektif dalam memastikan aliran udara segar berterusan di dalam rumah. Selain daripada penyusunan pokok segar dalam rumah, anda juga boleh lekatkan wallpaper berunsurkan alam semulajadi atau konsep hijau.

Kerusi dan sofa empuk

Jika anda inginkan suasana seperti di dalam spa, anda boleh letakkan kerusi atau sofa empuk di ruang rehat utama. Elakkan penggunaan material bersifat keras seperti besi. Ini kerana anda mahukan suasana tenang dan manjakan diri. Manjakan diri, kena empuk, kalau keras, tak empuk namanya.

 

 

 

 

 

 

 

Published by
Impiana