Kebiasaannya, tepung jagung digunakan dalam masakan. Tapi, tahukah anda? Tepung jagung juga boleh digunakan untuk tujuan pembersihan. Di sini, IMPIANA kongsikan 5 kegunaan lain tepung jagung dalam kehidupan seharian.
1. Menghilangkan bau kurang menyenangkan dalam kasut
Kalau korang menghadapi masalah bau kurang menyenangkan dalam kasut, taburkan sedikit tepung jagung ke dalam kasut untuk menyerap bau yang kurang menyenangkan.
2. Menghilangkan kotoran pada fabrik
Campuran tepung jagung dan sedikit air dapat menghilangkan kotoran yang pada fabrik seperti kesan darah, dakwat dan kesan terbakar. Biarkan campuran tersebut mengering untuk seketika. Kemudian, tanggalkan lapisan tepung jagung tersebut.
3. Mengilatkan perkakas dapur
Jika korang sedang mencuci perkakas dapur, jangan lupa tambahkan sedikit tepung jagung untuk mengembalikan kilatan kuali dan periuk.
4. Menggantikan pelembut fabrik
Tepung jagung merupakan alternatif yang lebih jimat untuk menggantikan pelembut fabrik. Caranya, campur 2 sudu tepung jagung dengan 1/4 cawan baking soda dan beberapa titis essential oil.
5. Menghilangkan kesan minyak pada kertas dinding
Kesan minyak pada kertas dinding dapat dihilangkan dengan mudah menggunakan tepung jagung. Korang hanya perlu sapukan sedikit tepung jagung yang dicampurkan dengan sedikit air. Biarkan ia sehingga kering dan sental kesan minyak tersebut.
Selamat mencuba!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
‘Chenta Hati Garden’ Lambang Cinta Laman Rumah Berkonsep English Mix & Match
‘Chenta Hati Garden’ Lambang Cinta Laman Rumah Berkonsep English Mix & Match. Siapa sangka rumah jenis semi D dua tingkat ini mampu mewujudkan landskap laman yang cantik berkonsep Inggeris dengan gandingan suai padan (English Mix & Match).
Istimewanya, pemilik Shahrul Ikram Ismail menamakan laman indah tersebut ‘Chenta Hati Garden’, sebagai lambang cinta pada laman rumahnya.
Lebih menarik, laman berkeluasan 1,000 kaki persegi ini hanya dihias sendiri oleh pemilik mengikut citarasa dan kreativiti sendiri tanpa melantik pereka landskap profesional. Proses membina elemen seperti kolam, pergola, patio serta rumah burung pula dijalankan secara berperingkat dalam tempoh 7 tahun dengan anggaran kos RM35,000.
Keutamaan Laman Buat Pemilik
Setiap pemilik landskap kediaman mempunyai keutamaan yang tersendiri apabila menghias laman. Bagi pemilik laman seharusnya mempunyai fungsi tersendiri, pengaliran udara, cahaya dan ruang serta pokok-pokok yang mudah dijaga.
“Keutamaan diberikan kepada fungsi dan estetika. pertimbangan utama adalah pengaliran udara, cahaya, ruang dan pemilihan pokok-pokok tanaman ‘low maintenance’ serta keselesaan ruang santai tempat duduk,” jelas Shahrul.
Ini jelas dapat diperhatikan apabila tanam-tanaman dan pokok-pokok cukup subur, mendapat pencahayaan dan pengudaraan secukupnya. Begitu juga susun atur perletakan patio, meja taman dan kolam air yang sempurna memenuhi ruang laman.
Dari segi jenis-jenis tanaman yang mudah dijaga dan tahan panas, tidak hairanlah pemilik memilih pokok antaranya seperti Bunga Kertas (bougainvillea), bonsai, sepit ketam (Heliconia) dan Bromeliad sebagai penyeri landskap laman.
Patio Kawasan Kegemaran
Laman rumah merupakan definisi karakter bagi pemilik kediaman. Laman yang indah dikelilingi pepohon hijau, unggas berterbangan disamping percikan air di kolam pastinya mencetus ketenangan buat pemilik sekeluarga. Jadi tidak hairanlah kawasan patio atau anjung di tepi rumah menjadi tempat kegemaran pemilik sekeluarga untuk meluangkan masa santai bersama.
“Kawasan patio/ anjung tepi rumah merupakan ‘favorite spot’ kami. Kami sekeluarga boleh menikmati suasana teduh sejuk, privasi dan santai untuk membaca dan minum petang,”
“Landskap laman adalah citarasa kepuasan pemilik yang melibatkan aspek visual serta sesuai untuk bersantai bersama keluarga dan rakan serta dijadikan tempat menarik untuk OOTD,” ujar Shahrul.
Bercerita mengenai perancangan masa hadapan untuk konsep atau renovasi taman landskap rumah ini, pemilik secara ringkas merancang untuk membina sebuah gazebo bercirikan ‘English Garden’ pada masa akan datang.
INFO LAMAN:
Nama Pemilik: Shahrul Ikram bin Ismail
Jenis Kediaman: Semi D Dua Tingkat
Usia Taman Landskap: 7 tahun
Keluasan Taman Landskap: 1,000 kps
Spesifikasi Ruang Landskap:
Kolam Ikan, Water Feature, Rumah Burung, Meja Taman/ Edible Garden, Ruang BBQ
Konsep Landskap: English Mix & Match
Anggaran Kos: RM35,000
IMPIANA doakan semoga segala perancangan untuk menambah baik laman dipermudahkan dan dapat direalisasikan pada masa hadapan. Semoga landskap laman berkonsep ‘English Mix & Match’ ini menjadi inspirasi buat pencinta laman yang lain.
Mesti Baca: Nekad Pasang Sendiri ‘Paver Block’ Laman Depan Rumah, Buat Sikit-Sikit Siap Juga!
Baca Lagi Di Sini:Laman Cantik Berseri Pilih Pokok Senang Dijaga, Tak Perlu Siram Selalu
Artikel Menarik: 3 Jenis Pokok Berfungsi Sebagai ‘Pagar’ Privasi Semulajadi, Penyeri Landskap Laman
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Wanita Ini Kongsi 10 Langkah Cegah Cicak, Memang Menjadi
Kehadiran cicak di dalam kediaman adalah petanda. Petanda apa pulak ni? ia menunjukkan kediaman anda tidak bersih. Bukan sahaja tinja cicak yang mengotorkan rumah, kehadiran serangga kegemaran cicak seperti semut dan lalat pun mengundang masalah.
Bukan mudah ye nak musnahkan cicak di dalam rumah. Macam-macam jenis perangkap dan racun digunakan. Akan tetapi, kaedah tersebut tidak akan bertahan lama jika ada beberapa perkara lain yang tidak anda lakukan terlebih dahulu. Sekali lagi, puan Hani Mynis berkongsi tip kediaman di akauan facebook miliknya.
Hani tahu ramai yang tunggu hani post pasal pengurusan cicak kat rumah ni. Hani anti kat cicak ni bukan lah sebab semata-mata sebab geli dengan cicak tapi najis nya yg merata-rata tu mengotorkan dan susah nak dibersihkan bila dah kering
Punyalah hani anti (dan geli ) dengan cicak, ha hambik satu post hani buat khas utk dia haha
Sebelum hani kongsi macam mana nak elak atau taknak cicak masuk rumah ni, jom kita berkenalan dengan cicak ni dulu. Kita dah kenal dia baru kita boleh “hapus”kan dia hehe
BIODATA CICAK
Makanan cicak : binatang/serangga kecil seperti semut, nyamuk, lalat, kumbang, unggas, labah-labah kecil.
Pemangsa cicak: burung
Habitat cicak : Tempat yang hangat (disebabkan sekarang ni kan musim hujan sebab tu banyak cicak masuk rumah, dorang sejuk kat luar tu ), belakang almari, belakang tv, sekitar peti ais, sekitar lampu, belakang bingkai gambar dan cermin.
Kesukaan : persekitaran yang kotor, tempat yang berbau hapak seperti timbunan kertas terutamanya surat khabar, timbunan kasut, timbunan baju
Kebencian : bau yang tengik seperti bau bawang merah, bawang putih, tembakau, cuka, ubat gegat
Berdasarkan profile cicak kat atas ni hani senaraikan 10 cara nak elakkan cicak berkampung kat rumah kita
1. Hilangkan bekalan makanan cicak kat rumah kita , iaitu kita uruskan dulu masalah nyamuk dan semut yang banyak kat rumah. Gunakan racun semut (yang jual sepeket rm1 tu sangat berkesan) dan hapuskan tempat pembiakan nyamuk. Bila bekalan makanan dia tak ada kat rumah kita automatik cicak akan berkurang atau tak ada langsung. Hani gunakan cara ni juga yang menyebabkan kat rumah hani susah nak jumpa cicak
2. Disebabkan cicak takut kat burung, bela burung kat rumah! Eh eh haha takyah sampai cmtu sekali memadai sediakan jejak burung seolah2 ada burung kat rumah kita dgn cara :
-Letak beberapa kulit telur burung puyuh kat area tingkap atau mana2 tempat cicak boleh masuk. Dia nampak je telur burung puyuh tu confirm tak jadi masuk rumah haha
-Lekatkan bulu pelepah burung kat tempat masuk cicak tu. Kalau nak cantik boleh letak bulu pelepah burung merak lekatkan dinding jadikan perhiasan.
3. Disebabkan cicak suka lepak belakang almari dan bingkai cermin dan dinding, semasa susun atur perabot jangan rapatkan perabot kat dinding. Jarakkan dalam 10 cm dari dinding. Kalau kat rumah banyak cicak, kurangkan perhiasan sangkut2 mcm bingkai cermin dan gambar.
4. Jaga kebersihan rumah, pastikan tong sampah bertutup. Sebab bila sampah dan sisa makanan tarik perhatian lalat, automatik cicak pun datang ramai2 panggil geng dia sbb banyak makanan dia kat rumah tu haha
5. Elakkan suka melonggok barang samada kain-kain, kertas dan kasut. Kitar semula surat khabar lama. Re-organise semua barang supaya teratur dan berada di “rumah” dan tempat khas untuk setiap barang2.
6. Letakkan beberapa ulas bawang putih atau hirisan bawang merah dalam kabinet. Tapi ini kena berhati-hati sebab perlu ditukar selang 3 hari. Kang membusuk lain pulak jadinya.
7. Letak ubat gegat dalam kabinet atau laci. Tapi laci/kabinet berisi makanan tak digalakkan.
8. Lap permukaan meja makan/ kaunter kabinet dengan semburan campuran cuka untuk elakkan cicak melintas atas meja makan kita
250ml air biasa (air paip)
50ml cuka (cuka murah2 je cuka sintetik pn ok)
3 sudu plastik dish soap (hn guna Joy)
1 sudu plastik dettol
9. Guna pelekat perangkap lalat. Boleh beli di Eco. Tampalkan di sebelah peti ais atau belakang tv, bingkai cermin atau gambar. Cicak akan melekat kat atas pelekat tu dan kita boleh buang bila dah ada beberapa cicak melekat. Tak digalakkan utk org penggeli cicak mcm hani hahaha hani x berani buat ni
10. Bela kucing sbb kucing boleh tolong tangkap cicak, bukan setakat cicak kadang2 sumpah2 pun dorang boleh “hadiahkan” kat tuan dia
So pilihlah cara yang mana satu yg nak diguna utk singkirkan cicak kat rumah.
Semoga bermanfaat.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Dapur Sempit Terasa Lapang Dengan 4 Trik Ini
Ruang dapur yang luas dan selesa sering menjadi idaman ramai. Tapi tidak semua berpeluang memiliki kediaman yang dilengkapi dapur sebegitu.
Tetapi jangan risau, keluasan dapur tidak menentukan keselesaan ruang. Disini IMPIANA kongsikan cara-cara untuk pemilik dapur kecil untuk memberikan ilusi ruang yang luas pada dapur anda.
1. PEMILIHAN WARNA
– Gunakan warna putih atau rona-rona neutral yang terang sebagai sentuhan warna utama pada ruang dapur anda.
– Terutama pada warna dinding dan juga warna kabinet atau ruang simpanan.
– Warna putih akan sert-merta membuatkan ruang dapur kelihatan lebih luas serta bersih.
– Boleh gabungkan warna putih dengan warna pilihan anda tetapi jangan keterlaluan sehingga dapur nampak serabut pula.
2. JENIS RAK
– Rak jenis terbuka merupakan pilihan yang tepat untuk buatkan ruang dapur nampak lebih luas
– Walaupun perlu sentiasa dikemas dan disusun, rak jenis ini boleh kurangkan kepadatan dapur.
– Selain itu, ia lebih mudah untuk anda mencapai barang apa yang diperlukan ketika memasak.
3. PENGGUNAAN CERMIN
– Gunakan “backsplash” daripada cermin juga dapat beri effect luas dan mewah pada dapur anda.
– Boleh juga tukar pintu atau tingkap kayu kepada yang berkaca. Kesan dari pencahayan dari luar buat ruangan dapur anda kelihatan lebih luas.
4. KONSEP
– Terapkan konsep “less is more” ataupun minimalis di ruang dapur
– Simpan peralatan yang jarang digunakan, contohnya pembakar roti, “coffee maker”, blender.
– Elakkan menyimpan peralatan seperti ini di atas meja, simpan di satu tempat dalam ruangan khas.
– Minimumkan kabinet/ perkakas dapur.
Sumber Imej : Carian Google
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI